Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

PAK BARA TO KOH LIPE

Add caption Today is a hot day at Pak Bara, we are waiting our guest from Europe to visit KOH LIPE.From Pak Bara to Lipe Island takes at least an hour away by boat.Fees is around B1000 round trip.

MU KO PHETRA NATIONAL PARK

Mu Ko Phetra National Park atau Taman Negara Pulau Pulau PHETRA terletak berhampiran dengan Bandar La-ngu dan Pekan Pak Bara.Tempat ini diawasi oleh pihak kerajaan Thailand.Untuk melawat tempat  ini ,pelawat Malaysia di kenakan RM10/orang. Anda boleh menginap disini dengan kadar RM80 ~ RM120 semalam. Sekiranya KONVOI ingin menginap disini ,kami boleh menguruskan penginapan. Aktiviti memancing adalah dilarang disini,akan tetapi ada juga yang pengunjung "curi-curi" pancing,kerana tak tahan dengan "godaan" ikan yang menangkap.....hasil pancing sangat lumayan...jadi saya nasihatkan kalau nak pancing ,tidur disini dan pandai pandai lah sendiri... Bilik disini di bina di atas air...oleh itu kegiatan curi pancing amatlah mudah....kekadang kalau pelancong Malaysia..askar siam ni..pejam mata je...buat macam tak nampak je...pandai pandai lah...

SELAMAT HARI GURU, CIKGU (Khas Warga SMK Penanti )

SELAMAT HARI GURU , cikgu 1Malaysia dan Cikgu2 dan Warga SMK Penanti Dahulu Baktinya Di Sanjung, Kini Bebannya Menggunung, Dahulu Jasanya di kenang, Kini silapnya di canang, Dahulu Rotannya Tanda Sayang, Kini Rotannya Di Saman, Walaupun beza guru dahulu dan sekarang, Kami sentiasa nendoakan cikgu berbahagia dan diberkati, Jasamu tetap kami ingati seperti kami mengingati A B C dan Alif Ba Ta, Selamat Hari Guru,Cikgu Semoga Cikgu menjadi guru yang terbaik kami dan generasi kami.... Untuk guru 1 Malaysia Dan dedikasi khas buat guru dan warga SMK Penanti Bukit Mertajam.

WILAYAH SELATAN THAI MASIH SELAMAT DI LAWATI

Wilayah Satun di selatan Thai adalah tempat yang masih selamat untuk di lawati.Wilayah yang terdiri daripada 90% penganut Islam.Tiada rekod yang tercatat bahawa Wilayah Satun pernah bergolak.Penduduknya yang ramah dan mudah didekati oleh pelancong luar terutama dari Malaysia. Bagaimana hendak ke sana? Dari Lebuhraya Utara Selatan,anda perlu memandu menghala Bukit Kayu Hitam.Selepas pekan Cangloon ,lebih kuran 1KM ada exit ke Kuala Perlis. Anda ikut exit ke Kuala Perlis. Selepas beberapa minit memandu,anda perlu exit ke Padang Besar,berhampiran Kampus Induk Univesiti Malaysia Perlis. Sesampai di Padang Besar,anda belok ke kiri,ke Jalan Kaki Bukit.Selang beberapa minit anda akan menemui UPP check point.Selepas itu anda belok ke kanan ke Jalan Kaki Bukit Wang Kelian.Anda akan memandu mendaki bukit dan seterusnya ke sempadan. Sesampai di sempadan, anda perlu pemeriksaan Passport atau border pass di pusat pemeriksaan Imegerisen  Malaysia. Selepas itu anda perlu menyerahkan Pasport at

BAJET KOS KONVOI SATUN PAK BARA MANANG HATYAI

Bajet Kos untuk Konvoi Dari Wang Klian,Satun,Pak Bara,Manang dan Hat yai 1.Bilik Kongsi 2 orang sebilk untuk 2 mlm  2.Makan tenghari Hari Pertama  3.Makan Malam Hari Pertama 4.Makan Pagi Hari Kedua 5.Makan Tengahari Hari Kedua 6.BBQ Hari Kedua 7.Makan pagi Hari Ketiga 8.Kayak 9.Servis Cas Jumlah RM280.00 / seorang Minimum 5 buah kereta Anda perlukan menyediakan kereta 1.Salinan Geran dan disahkan Di balai polis 2.Surat kebenaran pemilik sekiranya kereta bukan milik sendiri 3.Insuran RM18.00/2 minggu  4.Duti kastam Thai RM10.00 5.Duti chop passport RM4.00 6.Kos minyak ke wang kelian (pergi balik) 7.Kos minyak di Thailand ( diisi di Wang Klian isian penuh) Anggaran kos minyak dan tol dari Butterworth ke Thailand 3h2m dalam RM150.00 Kereta cc 1.5 Semak Tol Plus  http://www.plus.com.my/calculator/index.asp Untuk melihat Convoy terdahulu sila  http://satunsiam.blogspot.com/search/label/Travel