Langkau ke kandungan utama

WILAYAH SELATAN THAI MASIH SELAMAT DI LAWATI

Wilayah Satun di selatan Thai adalah tempat yang masih selamat untuk di lawati.Wilayah yang terdiri daripada 90% penganut Islam.Tiada rekod yang tercatat bahawa Wilayah Satun pernah bergolak.Penduduknya yang ramah dan mudah didekati oleh pelancong luar terutama dari Malaysia.

Bagaimana hendak ke sana? Dari Lebuhraya Utara Selatan,anda perlu memandu menghala Bukit Kayu Hitam.Selepas pekan Cangloon ,lebih kuran 1KM ada exit ke Kuala Perlis. Anda ikut exit ke Kuala Perlis.
Selepas beberapa minit memandu,anda perlu exit ke Padang Besar,berhampiran Kampus Induk Univesiti Malaysia Perlis.

Sesampai di Padang Besar,anda belok ke kiri,ke Jalan Kaki Bukit.Selang beberapa minit anda akan menemui UPP check point.Selepas itu anda belok ke kanan ke Jalan Kaki Bukit Wang Kelian.Anda akan memandu mendaki bukit dan seterusnya ke sempadan.

Sesampai di sempadan, anda perlu pemeriksaan Passport atau border pass di pusat pemeriksaan Imegerisen  Malaysia. Selepas itu anda perlu menyerahkan Pasport atau border pass di kaunter Imegerisen Thailand.bayaran RM2.00 akan dikenakan.

Sekiranya anda ingin membawa kereta , ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan :-
1.Geran ori ( sekiranya ada )
2.Geran Fotostat yang di sahkan mana mana balai polis.
3.Sekiranya kenderaan itu bukan milik anda,anda perlu membawa surat kebenaran dari pemilik kenderaan.
4.Insuran Thai ( Rm18.00 / 2 minggu ). Boleh di beli di pekan Cangloon atau Padang Besar.
5.Anda perlu mengistiharkan kenderaan anda di Pejabat Kastam Thailand di sempadan.Kadang kala bayaran RM10.00 akan dikenakan.

Tempat-tempat yang selalu dilawati di Wilayah Satun :-
1.Bandar Satun ( masjid Mambang, Muzium Satun,Saturday Night Plaza,barangan dapur seperti ikan bilis dan ikan kering yg murah dan terkenal dan tempat tempat hiburan bagi yang berkeinginan)
2.La ngu ( tempat memproses ikan bilis dan pasar basah La ngu)
3.Pak Bara ( Pantai yang menarik,National Park,Jeti ke Koh Lipe,aktiviti memancing pantai dan laut dalam dan lain lain tempat menarik)
4.Koh Lipe,Pulang Adang,Pulau Rawi Pulau Bulong dll
5.Manang ( Gua Phu Pha Pet ,antara gua yg tercantik didunia , Gua Ched Kot dan Water Rafting atau berkayak arus deras sepanjang 10 KM

Sekiranya anda ingin bermalam,kami cadangkan anda bermalam di Pak Bara,kerana banyak terdapat resort dengan harga berpatutan.

Kos minyak kereta dari Butterworth ke Satun,Pak Bara,Manang,Hat Yai,Dannok dan Bukit Kayu Hitam,antara RM150.00 sahaja untuk kereta 1.5 cc. Anda dinasihatkan mengisi minyak isian penuh di Butterworth dan menambahnya di Wang Kelian,sebelum memasuki Thailand.

Untuk Pakej Konvoi Kereta ke Satun,Pak Bara,Manang,Hat Yai dan Dannok adalah RM280.00 / seorang dewasa.Sekiranya anda satu keluarga berkereta dalam jumlah 4 atau 5  orang ,anda boleh berbincang untuk menginap sebilik sahaja.

Untuk kanak kanak di bawah 8 tahun,kos makan dan minum cuma separuh harga.Sekiranya anda tidak memerlukan berkayak,kos anda akan dikurangkan.

Untuk pakej berkonvoi ,minima 5 kereta atau 20 orang.

### Untuk ke Pulau berhampiran , anda perlu menambah kos pengankutan laut.

Sekiranya anda berminat , anda boleh menghubungi kami melalui emel karlisahalim@gmail.com



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...