Langkau ke kandungan utama

JAKIM BENARKAN NIKAH SIAM

http://satunsiam.blogspot.com/
TRAVEL BLOG MALAYSIA THAILAND

Nikah Siam merupakan dua kalimah yang membawa dua makna berbeza iaitu bahagia  dan derita. Pasangan akan merasa bahagia dan gembira semasa bernikah di Selatan Thailand (selalu disebut Nikah Siam) dalam masa sama mereka akan menghadapi penderitaan dan kesusahan bila pulang semula ke Malaysia. Mereka yang bernikah di Siam hendak atau tidak, pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti terpaksa bersemuka dengan isteri sedia ada (bagi kes poligami tanpa kebenaran), terpaksa berulang alik ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan nikah, masalah pendaftaran kelahiran serta persekolahan anak serta pelbagai lagi masalah lain. Tidak dinafi Nikah Siam bukan sahaja diminati oleh mereka yang tidak mendapat restu wali tetapi juga digemari oleh mereka yang terlanjur. Malah ia juga menjadi pilihan segelintir tokoh korporat dan orang-orang yang berkedudukan serta berpengaruh dalam masyarakat untuk bernikah dengan membelakangkan undang-undang sedia ada.
Paling menyedihkan jika pernikahan berkenaan diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Syariah akan menyebabkan pasangan itu terpaksa dinikahkan semula. Ada juga pihak-pihak yang mengambil peluang terhadap pasangan yang terdesak dengan menipu serta mengaut keuntungan berlipat ganda sedangkan sijil dan dokumen dari Selatan Siam yang dikeluarkan adalah sijil dan dokumen palsu. Ada juga sindiket yang berani mengeluarkan sijil nikah palsu dari Majlis Agama Islam di Selatan Thailand serta surat akuan palsu dari pejabat konsulat di Songkhla walaupun pasangan dinikahkan di dalam Malaysia tanpa mengikut undang-undang sedia ada. Sindiket pernikahan ini perlu diatasi memandangkan ia memberi impak negatif yang sangat besar kepada umat Islam.  
Memetik ucapan YBhg Dato’ Haji Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim dalam Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Sempena Mesyuarat Khas Isu Nikah Sindiket dan Nikah Tidak Ikut Peraturan di Luar Negara pada 17 dan 18 November 2011 di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur menyebut :
“Impak negatif nikah sindiket bukan hanya pada undang-undang sedia ada bahkan melibatkan nasab dan keturunan umat Islam itu sendiri. Kita bimbang jika isu ini tidak diatasi maka akan mencelarukan susurgalur nasab umat Islam. Pernikahan yang tidak sah akan melahirkan anak yang tidak sah taraf dan kesannya amatlah berat sekali kerana jika sekalipun si ibu yang melahirkan anak itu berkahwin dengan bapa biologi anak tersebut, hubungan anak dan bapa itu dari sudut hukum adalah seperti hubungan bapa tiri dan anak tiri. Sudah semestinya si bapa tidak boleh sama sekali menikahkan anaknya jika anak itu perempuan dan si anak sama ada lelaki atau perempuan tidak boleh mewarisi harta pusaka. Jika aturan hukum ini dilanggar, maka akan terjadilah kelahiran generasi taksah taraf yang mana impaknya adalah sangat besar kepada komuniti umat Islam masa kini dan akan datang. Saya sangat bimbang jika berlaku satu masa dan ketika, anak-anak atau cucu-cucu kita sendiri akan “ter”kahwin dengan generasi yang taksah taraf. Nauzubillahiminzalik… kita bermohon kepada Allah S.W.T semoga dipelihara diri kita dan nasab keturunan kita daripada perkara ini.”
Menangani isu nikah sindiket atau nikah tidak ikut peraturan / nikah berlawanan akta/enakmen merupakan salah satu agenda utama Jakim dan JAIN dalam usaha memastikan pernikahan umat Islam di Malaysia berjalan mengikut hukum syarak serta peraturan dan undang-undang keluarga Islam di negara ini. Justeru Jakim melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) bersama Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk di negeri-negeri Seluruh Malaysia telah mengadakan satu lagi mesyuarat khas bagi membincangkan secara khusus isu ini.
Turut dijemput dan menghadiri mesyuarat ini ialah Tuan Mohd Aini bin Atan; Konsul Jeneral Malaysia (KJM) di Songkhla Thailand, Tuan Abdul Aziz bin Jusoh; Atase Agama Di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Indonesia, Tuan Abas bin Nordin ; Pengarah Bahagian Rekod dan Keurusetiaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tuan Burhan bin Mat Sum; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah, ACP Tuan Ibrahim bin Zakaria dari Cawangan Khas Bukit Aman,Encik Azizi bin Wahab dan Encik Mohd Suhoor bin Buyati dari Jabatan Imigresen Malaysia; Encik Razali bin Khamis dan Encik Azmi bin Talib dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mesyuarat selama dua hari yang telah dipengerusikan oleh Puan Hajjah Saimah binti Mukhtar; Pengarah Bahagian KSK Jakim ini telah memutuskan warganegara Malaysia yang hendak bernikah sama ada di dalam Malaysia atau di Selatan Thailand atau di mana-mana negara lain mestilah bernikah dengan mengikut hukum syarak dan hendaklah mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan pernikahan itu sah serta tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Ulasan

Unknown berkata…
https://sites.google.com/site/kahwinthai/our-story-2/about-the-groom

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand ? Bagaimana hendak bawa kereta ke Thailand ? Cara-cara nak bawa kereta Malaysia ke Thailand ? Ini adalah antara soalan yang sering karm terima dari pembaca ? Ini jawapan  nya :-  Baca Disini 1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement) di mana-mana Balai Polis atau JPJ . 2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran. Contoh Surat Kebenaran Pemilik FORMAT SURAT RASMI 1.PEMILIK ALAMAT PEMILIK NO MYKAD NO HP 2.PEMBAWA ALAMAT PEMBAWA NO MYKAD NO HP 3.KERETA JENIS KERETA WARNA NOMBOR PENDAFTARAN PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand. Tandatangan P