Langkau ke kandungan utama

Seludup Barang Ke Thailand,Malaysia Rugi RM145.2j setahun


KUALA LUMPUR: Pendapatan mencecah RM30,000 sebulan, permintaan tinggi terhadap petrol dan diesel serta penguatkuasaan sempadan yang longgar menjadikan pekerjaan menyeludup bahan bersubsidi itu dari negara ini ke negara jiran terutama Thailand dan Filipina, sebagai pilihan utama untuk hidup mewah.
Tanpa memerlukan ijazah dan bekerja di pejabat besar serta berhawa dingin, pekerjaan menyeludup minyak menjanjikan pendapatan tinggi malah lebih tinggi daripada gaji pengurus besar syarikat multinasional.

Apa yang perlu ada hanyalah keberanian menghadapi risiko ditahan jika tidak bernasib baik setiap kali menyeludup minyak di sempadan negara.
Jika ada pihak berkuasa pun, bukan sukar, mereka hanya perlu melarikan diri dan meninggalkan barangan yang hendak diseludup dan semuanya akan kembali seperti sedia kala keesokan harinya. Penyeludup ini tidak pernah serik kerana hasil daripada kegiatan itu cukup lumayan dan permintaan terhadap petrol dan diesel tetap tinggi. Malah, penyeludup terpaksa bersaing sesama sendiri bagi mendapat bekalan di sempadan negara ini.

Tinjauan dibuat di tiga wilayah di Selatan Thailand, baru-baru ini, mendapati harga petrol yang ditetapkan Kerajaan Thailand ialah RM3.91 seliter manakala harga diesel pula RM2.93 seliter. Di Filipina, harga petrol RM3.95 seliter, diesel berharga RM3.19 seliter manakala di Indonesia, harga petrol ialah RM3 seliter dan diesel RM2.17 seliter.

Harga bahan api itu paling tinggi di Singapura iaitu RM5.41 sen seliter dan diesel RM3.81 seliter, tetapi tidak berlaku penyeludupan bahan bakar ke negara berkenaan kerana kawalan agensi penguatkuasaan yang ketat dan berkesan.
Berdasarkan harga itu, penyeludup mampu mendapat keuntungan lumayan. Bayangkan jika penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand menyeludup 500 liter petrol sehari, mereka mampu membawa pulang lebih RM1,000 sehari. Jika 30 hari dalam sebulan melakukan aktiviti haram itu, pendapatan mereka mencecah RM30,000. Jadi tidak hairanlah, kegiatan itu walaupun berisiko ditahan pihak berkuasa tetap menjadi pilihan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan sempadan.

Bagi penyeludup, selain petrol dan diesel, mereka turut menyeludup tepung gandum, gula pasir dan minyak masak.
Dua cara digunakan untuk penyeludupan iaitu jalan darat dan jalan laut. Untuk jalan darat, pelbagai kenderaan digunakan daripada motosikal hinggalah lori tangki manakala jalan laut menggunakan sampan atau bot nelayan. Aktiviti penyeludupan ini bukan masalah baru, malah sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu iaitu sejak wujudnya sempadan negara. Agensi penguatkuasaan membabitkan polis, tentera, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam Diraja Malaysia dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) kerap juga melakukan operasi dan sekatan jalan raya di negeri yang bersempadan iaitu Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis.

Bagaimanapun, masih banyak ketirisan kerana bahan bersubsidi negara itu masih dinikmati rakyat negara jiran seolah-olah negara kita memberi hak sama kepada rakyat asing.

Berikutan aktiviti itu, kerajaan membelanjakan RM11.5 bilion untuk subsidi petrol manakala diesel RM8.6 bilion pada tahun lalu dan semuanya itu dibuat untuk memastikan harga komoditi itu mampu dibeli rakyat.

Tahun sebelumnya, kerajaan membelanjakan RM10 bilion untuk tujuan sama.

Malah, penyeludupan itu menyebabkan negara kerugian kira-kira RM12.1 juta setiap bulan. Jika dicongak dalam tempoh setahun, kerajaan kerugian RM145.2 juta, iaitu satu jumlah yang cukup untuk membina sekolah untuk kemudahan rakyat.

Bagi membendung penyeludupan ini, kerajaan menguatkuasakan peraturan dengan mengehadkan penjualan petrol dan diesel hanya 20 liter kepada kenderaan asing di stesen minyak dalam radius 50 kilometer dari sempadan sejak 16 Disember 2009. Terdapat 334 stesen minyak dalam lingkungan berkenaan di seluruh negara.

Berdasarkan peraturan itu, terdapat penurunan 25 peratus daripada jumlah kenderaan asing yang masuk ke negara ini bertujuan mengisi minyak di sempadan negara.

Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mula menugaskan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk memantau stesen minyak di sempadan sejak 2011 bagi memastikan pemilik stesen mematuhi peraturan yang ditetapkan KPDNKK.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/05

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand ? Bagaimana hendak bawa kereta ke Thailand ? Cara-cara nak bawa kereta Malaysia ke Thailand ? Ini adalah antara soalan yang sering karm terima dari pembaca ? Ini jawapan  nya :-  Baca Disini 1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement) di mana-mana Balai Polis atau JPJ . 2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran. Contoh Surat Kebenaran Pemilik FORMAT SURAT RASMI 1.PEMILIK ALAMAT PEMILIK NO MYKAD NO HP 2.PEMBAWA ALAMAT PEMBAWA NO MYKAD NO HP 3.KERETA JENIS KERETA WARNA NOMBOR PENDAFTARAN PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand. Tandatangan P