DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong |
Rakyat Mesir keluar ke jalanan dan merusuh selama 18 hari pada Februari 2011 menuntut Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak digulingkan, dan pada 4hb July 3013 sekali lagi selepas mereka berdemonstrasi, tentera memaksa Presiden Mohamed Mursi yang menggantikan Mubarak selepas pilihan raya Jun 2012 meletakkan jawatan.
Malaysia yang aman damai,berbanding Thailand,yang bahagian selatan timur selalu bergolak.Rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Mesir dan Selatan Timur Thailand. Rakyat Malaysia beruntung kerana menikmati segala rezeki yang Allah beri dengan berlimpah ruah. Banyak barang keperluan asas disubsidikan oleh kerajaan.Minyak Petrol,Diesel,LPG,Beras,Gula,Tepung,minyak masak dan lain lebih murah berbanding di Thailand. Sehinggakan ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menjadi "PENYELUDUPAN" adalah kerjaya mencari "REZEKI HALAL" Aktiviti penyeludupan berleluasa terutama di pintu masuk Wang Kelian di negeri Perlis. Kegiatan ini seperti di HALALkan oleh pihak berkuasa. Dimanakan pihak berkuasa Malaysia yang rata ratanya beragama Islam? Atau ada tangan AJAIB yang membenarkan kegiatan ini BERLELUASA. ?
Kebebasan media sosial telah disalah gunakan oleh segelintir rakyat Malaysia. Mereka sanggup menghina dan mencerca DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Dimanakah nilai kelembutan orang Malaysia.?
Kemudahan dan kecanggihan teknologi maklumat di Malaysia, telah disalah gunakan oleh ramai rakyat Malaysia. Ramai yang menggunakan medium ini untuk mencari seks bebas dan kegiatan tidak bermoral.Malaysia adalah negara Islam contoh tetapi nilai keislaman segelintir rakyatnya,mencemarkan nama baik Malaysia sendiri.
Kebebasan bersuara selalunya tidak diguna dengan sebaiknya. Perjanjian dimungkiri dan demo jalanan berleluasa. Apakah rakyat Islam Malaysia sudah tidak yakindengan HUKUM ALLAH. Menolak qada dan qadar Allah ?
Sekiranya berlaku pergolakkan di Malaysia, sektor PERLANCONGAN akan terjejas teruk. Para perlancong akan
berhenti dari melawat Malaysia.Apakah ini yang dimahukan oleh rakyat Malaysia.
Sekadar pandangan dari kami Rakyat Islam Thailand di bumi bertuah Malaysia.Harap rakyat Islam Malaysia mengambil iktibar dan bersyukur dengan pemberian
rezeki dari Allah. Kalau ada ketidakpuasan, ada saluran yang lebih profesional atau berdoa kehadrat Allah.Salam ,ampun dan maaf.
Ulasan