Konvoi Kereta Ke Selatan Thailand |
Konvoi kereta ke Thailand.Kami Cadangkan bermula di Wang Kelian dan berakhir di Bukit Kayu Hitam.Kenapa ?
1.Pintu Masuk ke Thailand di Wang kelian dibuka pukul 7 pagi dan ditutup pukul 7 petang.Dikhuatiri tak sempat keluar.
2.Manakala pintu masuk ke Thailand di Bukit Kayu Hitam,dibuka pukul 7 pagi dan tutup pukul 12,00 malam,
3.Tempat terakhir,sebelum balik ,nak shopping di Hat Yai dan Hat Yai dekat dengan Bukit Kayu Hitam.Lagipun Hat Yai macam syurga untuk membeli belah.
Persiapan sebelum konvoi
1. Kereta mesti kondusi yang bersedia untuk menjelajah jauh.
2. Passport atau border pass
3. Geran ori atau photostat (photostat mesti disahkan di balai Polis berdekatan tuan)
4. Surat kebenaran dari pemilik asal,jika kereta pinjam (hehehehe)
5. Insuran masuk Thailand,boleh dibeli di Changloon,Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam.Harga RM18.00/seminggu
Kos
1. Minyak dan tol RM150.00 bermula dari Plaza Tol Sg Dua Butterworth.(keseluruhan)
2. Anggaran Kos Makan dan tempat tinggal 3H2M
a.Makan Tengahari HARI 1
b.Makan Malam HARI 1
c. Makan Pagi HARI 2
d. Makan Tengahari HARI 2
e. BBQ HARI 2
f. Makan pagi HARI 3
1.Kalau 2 dewasa dan 2 kanak dibawah 8 tahun anggaran (RM560.00) berkongsi bilik
2.Kalau 2 dewasa dan 2 kanak 9 tahun keatas anggaran (RM990.00) berkongsi bilik
3.Kalau dewasa RM280.00 seorang
* kanak kanak dibawah 8 tahun, tiada dikenakan bayaran.
Ulasan