Langkau ke kandungan utama

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand



Prosedur Bawa Kereta ke Thailand ? Bagaimana hendak bawa kereta ke Thailand ? Cara-cara nak bawa kereta Malaysia ke Thailand ? Ini adalah antara soalan yang sering karm terima dari pembaca ?
Ini jawapan  nya :- Baca Disini


1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement)
di mana-mana Balai Polis atau JPJ .

2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran. Contoh Surat Kebenaran Pemilik

FORMAT SURAT RASMI

1.PEMILIK
ALAMAT PEMILIK
NO MYKAD
NO HP

2.PEMBAWA
ALAMAT PEMBAWA
NO MYKAD
NO HP

3.KERETA
JENIS KERETA
WARNA
NOMBOR PENDAFTARAN

PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK

Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand.


Tandatangan Pemilik                                                                                 Tandatangan Pembawa

.................................................                                                              .................................................                                          
Nama                                                                                                      Nama
Mykad                                                                                                     Mykad
HP                                                                                                           HP



Sebaiknya anda menulis dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan segala urusan. Penggunaan Bahasa Melayu juga dibenarkan TETAPI kadang kala ada juga Pegawai Kastam Thailand banyak soal. Surat kebenaran mesti yang asli.Kalau fotostat mestilah telah disahkan oleh Balai Polis.
JANGAN LUPA SALINAN ( DEPAN/BELAKANG)  MYKAD PEMILIK KENDERAAN DAN MYKAD ANDA.

3.Anda perlu membeli INSURAN THAILAND .
  a.harga RM18/seminggu

  Wakil Insuran Changlun :
 bila anda sampai di pekan Changlun,kiri kanan jalan ada kedai menjual insuran.
Tour Agent Dan Insuran, Wakil Kurnia Insuran,Kedai Bebas Cukai dan Insuran.Banyak wakil insuran kat Changlun ni. ( Tanya kat penduduk atau kedai makan)

Wakil Insuran Padang Besar
sama sahaja macam di Changlun, banyak wakil insuran disana. Anda tengok papantanda berkaitan Insuran,anda pergi tanya.Mudah sangat.

Sebelum stamping atau chop passport atau border baca arahan di gambar bawah.


Borang TM 6 ( warna biru ) diisi dan diselit bersama passport atau border.
Isi Borang TM 2 Dan TM 3
Persoalan tentang Borang TM6 TM2 Dan TM3 Klik sini

4. Selepas urusan Passport atau Border Pass selesai, anda tanya atau cari Pejabat Kastam Thailand.
    Kalau tak pasti tanya.Banyak yang akan membantu.
    SERAHKAN :-
    1. GERAN ( ori atau salinan)
    2.  Passport atau border pass
    3.  Surat Kebenaran Pemilik ( jika kereta bukan milik anda)
    4. Borang TM2 dan TM3

Anda akan diberi declearation form untuk di tanda tangani.
Simpan borang declearation form bersama borang TM2 dan TM3

JANGAN LUPA , BILA PULANG KEMBALIKAN BORANG BORANG BERKENAAN DI MANA MANA PEJABAT KASTAM SEMPADAN.

Anda boleh masuk dari Wang Kelian dan keluar melalui Bukit Kayu Hitam.

Lesen Memandu Malaysia di benarkan. Sah di segi undang undang Negara Asean.

*******
Booking Bilik : Langka Beach Resort Pak Bara . Harga THB1000 seaview. THB800 standard.
Whatsapp : +66887553209

Booking Tiket Ferry / Speedboat Ke Koh Lipe
Dewasa : THB 1000
Kanak² : ( 5 - 10 th ) THB850
Whatsapp : +66887553209

CJS SATUN 406
Koh Bulone Pak Bara Satun
Untuk Pakej SILA KLIK DISINI



INFO SATUN









 
 




 

Ulasan

BARANGAN PERAK berkata…
salam. nk tanya yng surat kebenaran bawa kenderaan org lain. perlu ke buat pengesahan suruhanjaya sumpah???
SENIFOTO KELANTAN berkata…
kalau masuk melalui sg kolok adalah diwajibkan.
Unknown berkata…
salam, insuran tu hr2 pun buka ke?
Unknown berkata…
Salam, saya nak tanya, kalau naik motosikal tpi nama moto bukan nama kita boleh ke kita bawak masuk..
Unknown berkata…
Kalau kita dari indonesia lalu kita pakai lesen internatiol bisa di pakai tak..?
Unknown berkata…
Kalau kita dari indonesia lalu kita pakai lesen internatiol bisa di pakai tak..?
Unknown berkata…
surat kebenaran tuan kereta tu kita kena buat,sendiri atau ada tempat untuk dpatkan surat kbenaran tu?
Unknown berkata…
Asalamualaikum cg.joe...sy nak Tanya boleh ka kalau msuk ikut bentong Dan kluar ikut bkt kayu hitam menggunakan border
Unknown berkata…
salam.. kalau bawa motor org surat pegesahan tu perlu sah kan di balai mana ya.. sebab sy pergi di balai berdekatan sy polis kata xboleh buat.. kena buat di balai border.. pencerahan sikit... tq...
Unknown berkata…
Berapa lama tempoh sah surat kebenaran bawak keluar kenderaan ? Ada had masa tak?


Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7