Prosedur Bawa Kereta ke Thailand ? Bagaimana hendak bawa kereta ke Thailand ? Cara-cara nak bawa kereta Malaysia ke Thailand ? Ini adalah antara soalan yang sering karm terima dari pembaca ?
Ini jawapan nya :- Baca Disini
1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement)
di mana-mana Balai Polis atau JPJ .
2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran. Contoh Surat Kebenaran Pemilik
FORMAT SURAT RASMI
1.PEMILIK
ALAMAT PEMILIK
NO MYKAD
NO HP
2.PEMBAWA
ALAMAT PEMBAWA
NO MYKAD
NO HP
3.KERETA
JENIS KERETA
WARNA
NOMBOR PENDAFTARAN
PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK
Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand.
Tandatangan Pemilik Tandatangan Pembawa
................................................. .................................................
Nama Nama
Mykad Mykad
HP HP
Sebaiknya anda menulis dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan segala urusan. Penggunaan Bahasa Melayu juga dibenarkan TETAPI kadang kala ada juga Pegawai Kastam Thailand banyak soal. Surat kebenaran mesti yang asli.Kalau fotostat mestilah telah disahkan oleh Balai Polis.
JANGAN LUPA SALINAN ( DEPAN/BELAKANG) MYKAD PEMILIK KENDERAAN DAN MYKAD ANDA.
3.Anda perlu membeli INSURAN THAILAND .
a.harga RM18/seminggu
Wakil Insuran Changlun :
bila anda sampai di pekan Changlun,kiri kanan jalan ada kedai menjual insuran.
Tour Agent Dan Insuran, Wakil Kurnia Insuran,Kedai Bebas Cukai dan Insuran.Banyak wakil insuran kat Changlun ni. ( Tanya kat penduduk atau kedai makan)
Wakil Insuran Padang Besar
sama sahaja macam di Changlun, banyak wakil insuran disana. Anda tengok papantanda berkaitan Insuran,anda pergi tanya.Mudah sangat.
Sebelum stamping atau chop passport atau border baca arahan di gambar bawah.
Borang TM 6 ( warna biru ) diisi dan diselit bersama passport atau border.
Isi Borang TM 2 Dan TM 3
- Persoalan tentang Borang TM6 TM2 Dan TM3 Klik sini
4. Selepas urusan Passport atau Border Pass selesai, anda tanya atau cari Pejabat Kastam Thailand.
Kalau tak pasti tanya.Banyak yang akan membantu.
SERAHKAN :-
1. GERAN ( ori atau salinan)
2. Passport atau border pass
3. Surat Kebenaran Pemilik ( jika kereta bukan milik anda)
4. Borang TM2 dan TM3
Anda akan diberi declearation form untuk di tanda tangani.
Simpan borang declearation form bersama borang TM2 dan TM3
JANGAN LUPA , BILA PULANG KEMBALIKAN BORANG BORANG BERKENAAN DI MANA MANA PEJABAT KASTAM SEMPADAN.
Anda boleh masuk dari Wang Kelian dan keluar melalui Bukit Kayu Hitam.
Lesen Memandu Malaysia di benarkan. Sah di segi undang undang Negara Asean.
*******
Booking Bilik : Langka Beach Resort Pak Bara . Harga THB1000 seaview. THB800 standard.
Whatsapp : +66887553209
Booking Tiket Ferry / Speedboat Ke Koh Lipe
Dewasa : THB 1000
Kanak² : ( 5 - 10 th ) THB850
Whatsapp : +66887553209
Koh Bulone Pak Bara Satun Untuk Pakej SILA KLIK DISINI |
INFO SATUN
1. Satun vs Krabi
2.Panduan Melawat Satun
3.Koh Lipe
4.Satun vs Krabi 1
5. Seafood Di Tanjung Pauh Satun
2.Panduan Melawat Satun
3.Koh Lipe
4.Satun vs Krabi 1
5. Seafood Di Tanjung Pauh Satun
Ulasan