Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

BLOG ADALAH SUATU PERNIAGAAN

BLOGGER                                                     Blogger MESTI BACA Salam Blogger Saya seorang blogger baru. Tidak tahu hal hal blog.Tidak tahu SEO. Tidak tahu meta.Tidak Tahu Google Adsence.Tidak tahu Nuffnang. Apa yang saya tahu copy and paste.Rujuk kepada blogger yang mahir di Alam Siber. Kenapa saya blogging ? Saya tiada kerja. Saya perlu duit untuk menambah pendapatan. Apakah hobi saya ? Minat melancong tapi tidak ada duit. Bagaimana Nak Melancong tanpa Duit ? Saya mula buat blog perlancongan. Destinasi mana yang saya nak promosikan,sedangkan saya jarang melancong ? Kampung saya. Saya mahir di kampung saya. Kebetulan saya dilahirkan di Wilayah Satun Thailand.Wilayah bersempadan dengan Perlis di Malaysia.Kebetulan di Kampung saya,Kampung Guar,orang kampung mahir berbahasa Melayu loghat Kedah.Kebetulan saya berkahwin...

AL FATIHAH Ustaz Azizan Abdul Razak

ARWAH USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK                                                AL FATIHAH Kepada Arwah Ustaz Azizan Abdul Razak ,Bekas Menteri Besar Kedah. Semoga Allah mencucuri Rohnya....... Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (Tulisan Jawi: استاذ حاج عزيزان عبدالرازق) merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS danParti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalampilihan raya umum Malaysia 2008. Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40petang (Ahad),bersamaan 9 Mac 2008.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Se...

PANDUAN BERKONVOI KE THAILAND

KONVOI SMK PENANTI DI THAILAND                Salam Semua Konvoi kereta kian popular dikalangan rakyat Malaysia dan sudah menjadi trend percutian terbaru. Bila bercuti bersama kereta sendir agak mudah untuk membawa bersama keluarga tersayang dan pergi bersama kumpulan rakan rakan dan sanak saudara .Bagi mereka yang sentiasa sibuk dalam tugas seharian, masa inilah digunakan untuk merapatkan hubungan bersama antara satu sama lain.Banyak aktiviti kekeluargaan boleh diatur untuk menceriakan suasana. Masa yang terhad diperuntukkan untuk anak-anak disebabkan sibuk dengan tugasan di pejabat membuatkan mereka berasa tersisih dan tidak disa­yangi oleh ibu bapa. Justeru, membawa mereka bercuti ke destinasi pilihan atau tempat-tempat kunjungan ramai adalah salah satu langkah yang bijak. Selain berseronok, mem­bawa anak-anak ber­cuti memberi peluang kepada ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Ibu bapa juga boleh merehatkan minda. Namu...

Pakej Mencandat Sotong

MENCANDAT SOTONG             PAKEJ MENCANDAT SOTONG KUALA TRENGGANU Harga Group Pakej 2013 Pakej 1 ( Bot max 8 orang ) RM150 x 8  = RM1200.00 Pakej 2 ( Bot max 10 orang ) RM140 x 10 = RM1400.00 Pakej 3 ( Bot max 15 orang ) RM130 x 15 = RM1950.00 **bot terhad Pakej 4 ( Bot max 6 orang ) RM135 x 6 = RM810 ** bot tiada tandas Makan dan Bilik percuma Bot Berlesen KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN: - Peralatan Candat - Jake Keselamatan - System GPS - Spot Light - kemudahan dapur - Air batu dan Air mineral - Tekong berpengalaman - Taklimat teknik mencadat yang betul - Bertolak lepas Asar dan balik waktu subuh - Setiap Group diberi 1 Chalet/Bilik percuma untuk menyimpan barang Untuk keterangan lanjut Email : karlisahalim@gmail.com/

IKLAN PERCUMA SAHAM AKHIRAT

DERMA MASJID   مَنْ بَنَى مَسْجِدًا  قَالَ بُكَيْرٌ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّة     رواه الشيخان Barangsiapa yang membangun sebuah masjid karena Allah Taala. (Bukair berkata: Aku kira) beliau bersabda: Kerana mengharap keredhaan Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga. Riwayat Bukhari dan  Muslim SUMBANGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN !!! PERHATIAN ;  * Kami bukan dilantik oleh mana-mana organisasi/masjid. * Kami hanya membantu anda bagi menyalurkan sumbangan/derma/wakaf * Kami tidak menerima sebarang komisen * Kami tidak menerima sebarang sumbangan/derma/wakaf drp anda * Kami hanya menyiarkan iklan untuk membantu anda menyumbang derma pembinaan masjid * Kami hanya menyiarkan iklan masjid yang mempunyai kebenaran mengutip derma/sumbangan PASTIKAN ANDA HANYA MENDERMA TERUS KE AKAUN...

Melawat Batu Feringgi Pulau Pinang

BERKUDA DI PANTAI BATU FERINGGI      Salam Kalau anda nak bercuti di Penang, banyak tempat yang boleh anda lawati. Antaranya Batu Feringgi.Terletak di kawasan yang berbukit mengambil masa hanya 25 minit dari Georgetown merupakan lokasi sesuai untuk melupakan sejenak masalah di tempat kerja, kesesakan di jalan raya dan hingar bingar di bandar.Tapi kalau anda memandu bukan musim cuti sekolah pada waktu puncak, sesak gila.Ambil masa lebih kurang 1 jam juga la. Batu Feringghi adalah lokasi yang paling ideal untuk menghabiskan musim cuti atau pada hujung minggu sama ada bersama keluarga, sahabat handai atau untuk berbulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin. Tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk melancong ke luar negara kerana Batu Feringghi menyediakan segala keperluan percutian dan mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Memadai dengan perbelanjaan yang sederhana, kunjungan ke destinasi indah itu pasti tidak menghampakan. Dik...

TRAVEL BLOG DAN BLOG PERLANCONGAN

VISIT SATUN THAILAND         TRAVEL BLOG , TRAVEL WEB ATAU BLOG PERLANCONGAN YANG POPULAR DI MALAYSIA. Terdapat banyak blog perlancongan atau tourism di Malaysia .Senarai ini saya kutip dari  http://www.majalah.com/?profile:linkman:6B1VY3V5MY  ,antarnya http://www.tourism.gov.my   http://www.danarif.com/blog/ http://j-travel.blogspot.com/ http://myloismylife.blogspot.com/ http://www.dexxy.net/ http://www.vkeong.com/ http://www.sherrina.com/ http://www.tim-the-traveler.com/ http://malaysia-campervan.blogspot.com http://www.j2kfm.com/ http://smallhiker.blogspot.com/ http://www.dusuntua.com/ http://blog.malaysia-asia.my/ http://www.cutikelantan.com http://www.mysabah.com/wordpress/ Sekiranya anda berminat nak kongsikan pengalaman anda,anda boleh tuliskan pengalaman anada di FACEBOOK : TRAVEL BLOG MALAYSIA THAILAND FRIENDS Saya akan copy paste pengalaman anda disini.Terima Kasih Terima kasih kepada  Linkman Majalah.Co ...

Teluk Bahang,Pulau Pinang

Batu Kepala Buaya                           Salam semua Dah lama saya tak ke Teluk Bahang. Teluk Bahang terletak di barat daya Pulau Pinang.Dari Jambatan Pulau Pinang kira-kira 33KM dan dari Jetty antara 23KM.Sekiranya anda menaiki bas, ambil bas no 101 Rapid Penang. atau   BACA DISINI SELANJUT NYA Penginapan Terdapat banyak penginapan dari harga serendah RM18 ~ RM150 semalam. Antaranya Fisherman Guest House, Seri Nelayan Chalet dan Restoran, Rozita ,Chalet Persatuan Nelayan, Kesian Homestay dan banyak lagi. Info sila email ke karlisa@gmail.com  . Makanan Saya kira lebih dari 20 buah kedai makan di sekitar Teluk Bahang. Dari nasakan melayu,Thai dan Nasi Kandar. Antara restoran yang sedap dimakan, Restoran Ikan Bakar Seri Nelayan,Kedai Kak Ina atau makan western food di Awang Burger.( Lamb chop,chicken Chop,steak,burger dan lain lain.) Kedai makan berikut terletak di Jalan Nelayan,Kampung Nelayan at...

SEGMEN YUMIDA

NAK JOIN SILA KLIK DISINI         Hi All , acctually saya dari Thaialand. I baru dalam blogging ni. Bahasa Melayu pun kelam kabut lagi. Bila i join Google plus , I baca banyak segmen, tapi I tak tahu apa bendaa. Bila dah lama, mula dah faham. Segmen ini adalah one of marketing tools for blogger, untuk mempromosikan blog mereka. Anyways good ideal you...... Blog saya Travel Blog Malaysia Thailand adalah blog baru, saya pun tak pandai untuk blogging ni dan tak pandai tentang blog. saya belasah je. Tujuan saya buat blog untuk perniagaan, dari 29hb Disember 2012 sampai lani...baru 17K visitor dan 20K viewer. Sepanjang 8 bulan ni Total Sale dah mencecah lebih dari Baht 700K atau RM80K in term of jualan PAKEJ PERLANCONGAN. Keuntungan boleh menccah RM8K ~ RM16K dari hasil jualan. Sekiranya anda ingin melancong dan ada group ining melancong,kalau anda KETUA atau rekemen a group untuk melancong, saya akan bagi anda komisen.

Nasihat Warga Emas Satun Kepada Anak Melayu

Pakcik Ismail Kasim, 72 tahun orang Melayu dari Kampung Guar ,Satun Thailand, kesal dengan warga muda SATUN yang kian melupakan asal usul budaya Melayu Ikut ceritanya..... PERTEMUAN 40 anggota Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) dengan seorang warga tua berketurunan Melayu di Kampung Guar di Satun, Thailand pada hari pertama ekspedisi amat menginsafkan mengenai betapa pentingnya jati diri Melayu dan Islam dipertahankan walau apa pun berlaku. Ismail Kasim, 72, yang sudah semakin uzur sanggup bertemu dengan anggota ekspedisi JWJ2 semata-mata mahu memberi pesan kepada semua anggota supaya bersungguh-sungguh mempertahankan jati diri, warisan serta budaya walau apa pun berlaku. Secara peribadi dia amat mengharapkan masyarakat Melayu di Malaysia tidak senasib seperti mana kelompok Melayu lain termasuk di Thailand sendiri apabila budaya kaum itu semakin terhakis secara perlahan-lahan akibat pengaruh-pengaruh di sekeliling. Dia mengakui generasi Melayu di Thailand tidak seperti datuk moyan...

LAWATAN UKHWAH KE WILAYAH SATUN

MASJID KAMPUNG GUAR SATUN DAN TADIKA MSIBAHUDIN                                                      Bila orang Malaysia dengar perkataan Thailand,mereka ingat hiburan dan shopping. Jangan lupa bahawa di bahagian Selatan Thailand,terutama wilayah pantai barat Selatan Thai, terletak Wilayah Satun. Wilayah yang menyimpan kisah suka duka masyarakat Melayu Malaysia dan khasnya orang Kedah dan Perlis. Selain dari mengajurkan Pakej Lawatan ke tempat peranginan, tempat membeli belah , menyelam dan menikmati keindahan batu karang di dasar laut atau menjelajah gua terpanjang dan tercantik,disamping memancing dan berkayak mencabar jurang air terjun , anda boleh menganjurkan Lawatan Ukhwah ke Masjid atau Madrasah atau pondok pondok pengajian Islam. Berhampiran dengan Bandar Satun,terletak Kampung Guar ,Chalung,Khuan Don. Disini ada sebuah Masjid yang mempel...

Lawatan Ke Satun Thailand Wujudkan Idea Baru

BIRD OF PAK BARA SATUN,THAILAND                     Artikel ini saya copy dari Utusan Malaysia. Sila  BACA DISINI  untuk link asalnya. Memang tidak dinafikan,lain negara lain caranya. Tujuan kerajaan Malaysia menghantar guru guru ke Satun adalah untuk mendapatkan idea untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran.Tak dinafikan taraf pelajaran di Malaysia bermutu tinggi TETAPI di Thailand pun apa kurangnya.Sebagai negara jiran yang ada pertalian tidak salah kita berkongsi ILMU TEMERLOH 5 Nov. - Lawatan sambil belajar oleh beberapa guru dan sekolah menengah termasuk Sekolah Vokasional (SMV) Puteri di sini ke selatan Thailand tahun lalu berjaya mewujudkan beberapa idea baru bagi memantapkan lagi kemahiran guru dan pelajar di negeri ini. Ketua Sektor Pembangunan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Jailani Ludin berkata, bersesuaian dengan peningkatan taraf sekolah vokasional menjadi kolej vokasional nanti, ia meme...

PCL : Bila Mereka Gembira , Aku Bahagia

PCL at Travel Blog Malaysia Thailand                                                                                                                                       Salam  dan Hi All , Hari ini rasa macam bosan dengan blog sendiri.Blog saya sekadar blog cap ayam.Baru buat blog untuk mempromosikan bisnes baru dalam bidang TOURISM. Bila bosan saya blogwalking, banyak blog yang saya singgah.Antaranya  http://www.nazlee.com/2011/12/bila-mereka-gembira-aku-bahagia.html  . Blog Pakcik Lie. Saya tak kenal pun dia, tapi dia ni, bila saya tak tahu tentang blog,saya tanya dia.Lambat atau cepat dia akan jawab dan sebagai orang baru, saya puas...