BLOGGER |
Blogger MESTI BACA
Salam Blogger
Saya seorang blogger baru. Tidak tahu hal hal blog.Tidak tahu SEO.
Tidak tahu meta.Tidak Tahu Google Adsence.Tidak tahu Nuffnang.
Apa yang saya tahu copy and paste.Rujuk kepada blogger yang
mahir di Alam Siber.
Kenapa saya blogging ?
Saya tiada kerja.
Saya perlu duit untuk menambah pendapatan.
Apakah hobi saya ?
Minat melancong tapi tidak ada duit.
Bagaimana Nak Melancong tanpa Duit ?
Saya mula buat blog perlancongan.
Destinasi mana yang saya nak promosikan,sedangkan saya jarang
melancong ?
Kampung saya. Saya mahir di kampung saya. Kebetulan saya dilahirkan
di Wilayah Satun Thailand.Wilayah bersempadan dengan Perlis
di Malaysia.Kebetulan di Kampung saya,Kampung Guar,orang kampung
mahir berbahasa Melayu loghat Kedah.Kebetulan saya berkahwin
dengan orang Malaysia.
Saya mempromosi kampung saya di dalam blog cap ayam ni.Orang
Kedah kata blog saya ni lekeh sangat.Blog yang tak popular
saya hanay tersenyum kenapa ianya adalah KEDAI atau
OPIS saya.
Setiap harisaya buka KEDAI saya,tengok email atau menjawab
soalan.
Bulan Mac adalah bulan rezeki.Sekolah Menengah Penanti
Bukit Mertajam Pulau Pinang,menulis email kepada saya
Soalan demi soalan di tanya. Soalan terakhir yang bermain
di kepala mereka adalah,betulkah awak ni buat bisnes ni.
Saya jawab BUSINESS IS ALL ON " TRUST".
Hanya kepercayaan dan kejujuran sahaja urusan
perniagaan didunia dijalankan.Dunia berubah kerana
urusan perniagaan yang berlandaskan KEPERCAYAAN
Pada 25hb Mac 2013,KONVOI PERLIS THAILAND pun bermula.
Sebanyak 16 kereta (termasuk 3buah MPV dan sebuah pickup)
Kami menjelajah dari Wang kelian,Satun,Pak Bara,Manang
Hat Yai dan berakhir di Dannok sempadan Bukit Kayu Hitam.
Selama 3H2M kami bersama,makan bersama,solat ,bersukaneka,bbq
dan bermain kayak arus deras.Kami bermalam ditempat yang sama
kami berkongsi segalanya bersama.
Selepas itu sehingga hari ini ,dari blog yang LEKEH,jadi sebuah
OPIS perlancongan yang mendatangkan hasil untuk menampung
kehidupan kami berempat di Wilayah Satun Thailand.
TARGET SAYA pada tahun 2013 ini RM200K turnover dengan
untuk bersih selepas tolak gaji kami berdua ,
NETT PROFIT 10% dari RM200K.
TIPS UNTUK BLOGGER
1.Kampung anda tentu ada temapt yang menarik ?
2.Berdekatan dengan tempat tinggal anda tentu ada tempat menarik ?
3.Family atau saudara mara atau kawan atau kenalan tentu ada yang
berniaga ?
4.Anda sendiri peniaga ?
MULAKAN BERIKLAN
IKLAN saja ,mana tahu rezeki Allah SWT.Siapa tahu .Buat dengan Iklas.
Cuba bermula dengan PERCUMA ,kalau ada sambutan,itulah turning point
untuk iklan berbayar yang lain.
Di Iklan anda,pamerkan no hp atau email anda. Mungkin ini kerja renyah
tapi ianya adalah kayu pengukur pada anda daripada respon pengunjung
blog anda. Bila dah tahu ia berespon tinggi.Guna data yang ada untuk
mempromosi tapak iklan untuk disewa.
NASIHAT PENTING
1.Anggap blog anda adalah KEDAI atau PERNIAGAAN atau OPIS anda.
2.Jangan syok sendiri. Buat analisa selalu
Akhirkata ,dari anda ber iklan syarikat GERGASI yang dah kaya TAPI
kecil impak kepada anda,LEBIH BAIK ANDA PROMOSI ,produk
umat Islam kita dan memberi impak besar di Akhirat.Yakinlah bahawa
ILMU yang menafaat, talian kita ke dunia walaupun kita sudah tiada.
AKHIRKATA : popular dan traffic yang tinggi belum tentu menjana
sesuatu yang berfaedah . Lakukan perkara yang berfaedah walaupun
sebaris ayat. YAKIN 90% rezeki Allah adalah dari PERNIAGAAN.
BLOG ADALAH SUATU PERNIAGAAN.
Sikaranya suka LIKE
Sekiranya benci,doakan agar saya di beri hidayah.ampun dan maaf
Sila email ke karlisahalim@gmail.com untuk perkongsian ilmu.
SALAM SAYA DARI THAILAND
Ulasan