MASJID KAMPUNG GUAR SATUN DAN TADIKA MSIBAHUDIN |
Selain dari mengajurkan Pakej Lawatan ke tempat peranginan, tempat membeli belah , menyelam dan menikmati keindahan batu karang di dasar laut atau menjelajah gua terpanjang dan tercantik,disamping memancing dan berkayak mencabar jurang air terjun , anda boleh menganjurkan Lawatan Ukhwah ke Masjid atau Madrasah atau pondok pondok pengajian Islam.
Berhampiran dengan Bandar Satun,terletak Kampung Guar ,Chalung,Khuan Don. Disini ada sebuah Masjid yang mempelopori bahasa Melayu dan tulisan Jawi di Satun. Tadika Misbahuddin Kampung Guar adalah sebuah tadika di perkarangan Masjid Kampung Guar. Tadika ini seperti sekolah agama rakyat,atau KAFA di Malaysia. Selain dari mengajar Pengetahuan Islam, Al quran dan Tajwid , tadika ini juga mengajar pelajaran Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi. Bahasa pengantar di Tadika ini adalah Bahasa Melayu. Menerima kanak kanak dari usia 4 tahun hingga ke orang dewasa.
Ikutilah cerita seramai Imam dan Jawatankusa Masjid Parlimen Sungai Petani......
WALAU di mana pun manusia yang mengucap dua kalimah syahadah itu berada, mereka adalah saudara seagama. Saya berharap kunjungan ini bukan sahaja dapat mengukuhkan ikatan ukhuwah tetapi memberi kefahaman tentang sejarah orang Islam Thailand di peringkat akar umbi."
Begitu kata Imam Masjid Fathu Islami, Pekan Danok, Thailand, Sufian Ismail, 54, ketika menyambut rombongan imam dan jawatankuasa masjid dari Sungai Petani, Kedah yang tiba di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk memulakan lawatan ke wilayah selatan negara itu pada awal Oktober lalu.
Kata-kata berkenaan menggambarkan lawatan tersebut cukup bermakna bagi mengeratkan tali persaudaraan antara umat Islam di dua buah negara bersempadan tetapi berbeza tahap cabaran yang perlu ditempuhi itu.
Selepas bacaan doa selamat oleh Sufian, lawatan melibatkan seramai 32 imam dan jawatankuasa masjid dari seluruh Parlimen Sungai Petani di bumi Thailand bermula dengan menuju ke wilayah selatan - Yala, Pattani dan Narathiwat yang majoriti penduduknya beragama Islam.BACA SELANJUTNYA DISINI .
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121012/ba_01/Mempererat-hubungan-dua-negara#ixzz2ddqpittd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ulasan