BERKUDA DI PANTAI BATU FERINGGI |
Salam
Kalau anda nak bercuti di Penang, banyak tempat yang boleh anda lawati. Antaranya Batu Feringgi.Terletak di kawasan yang berbukit mengambil masa hanya 25 minit dari Georgetown merupakan lokasi sesuai untuk melupakan sejenak masalah di tempat kerja, kesesakan di jalan raya dan hingar bingar di bandar.Tapi kalau anda memandu bukan musim cuti sekolah pada waktu puncak, sesak gila.Ambil masa lebih kurang 1 jam juga la.
Batu Feringghi adalah lokasi yang paling ideal untuk menghabiskan musim cuti atau pada hujung minggu sama ada bersama keluarga, sahabat handai atau untuk berbulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin.
Tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk melancong ke luar negara kerana Batu Feringghi menyediakan segala keperluan percutian dan mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain.
Memadai dengan perbelanjaan yang sederhana, kunjungan ke destinasi indah itu pasti tidak menghampakan.
Dikenali juga dengan jolokan pekan pelancongan, terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung. Bagi penggemar sukan, mereka boleh menghabiskan masa bercuti dengan berekreasi meredah hutan dan menikmati keindahan pantai dengan menunggang jet ski.
Bagi mereka yang mahu mencari sesuatu sebagai tanda mata untuk kenalan, barangan kraf tangan pelbagai jenis termasuk pakaian mudah diperoleh dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Suasana malam menjadi begitu meriah di pinggir jalan di pekan kecil tersebut dengan peniaga memperagakan aneka barangan yang sesuai dijadikan kenangan sebagai tanda pernah singgah di Batu Feringghi.
Bagi pengunjung yang mahu menikmati pelbagai aneka sajian makanan, sama ada masakan Melayu, barat, sentuhan dari Thailand, sajian mamak dan masakan Cina Batu Feringghi tidak menghampakan.
Tidak ketinggalan makanan laut segar, sesuai dengan lokasinya.
1. Restoran Seri Nelayan Kampung Nelayan Teluk Bahang. Sekadar 3KM dari Batu Feringgi,Masakan yang sedap dan murah.
Ulasan