Langkau ke kandungan utama

PANDUAN BERKONVOI KE THAILAND

KONVOI SMK PENANTI DI THAILAND              

 Salam Semua Konvoi kereta kian popular dikalangan rakyat Malaysia dan sudah menjadi trend percutian terbaru. Bila bercuti bersama kereta sendir agak mudah untuk membawa bersama keluarga tersayang dan pergi bersama kumpulan rakan rakan dan sanak saudara .Bagi mereka yang sentiasa sibuk dalam tugas seharian, masa inilah digunakan untuk merapatkan hubungan bersama antara satu sama lain.Banyak aktiviti kekeluargaan boleh diatur untuk menceriakan suasana. Masa yang terhad diperuntukkan untuk anak-anak disebabkan sibuk dengan tugasan di pejabat membuatkan mereka berasa tersisih dan tidak disa­yangi oleh ibu bapa. Justeru, membawa mereka bercuti ke destinasi pilihan atau tempat-tempat kunjungan ramai adalah salah satu langkah yang bijak. Selain berseronok, mem­bawa anak-anak ber­cuti memberi peluang kepada ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Ibu bapa juga boleh merehatkan minda. Namun, saat bercuti bersama keluarga terutama membawa anak kecil, banyak hal yang harus dititikberatkan supaya percutian anda lebih selesa, aman dan meninggalkan kenangan terindah buat anda sekeluarga. Panduan Berkonvoi Ke Selatan Thailand :-

 1.Guna egen atau warga Thailand yang boleh berkelayakan dalam bidang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini atau kesulitan komunikasi. Permudah cara untuk berhubung dengan kakitangan atau penguatkuasa Thailand. Permudah cara dengan orang berkaitan atau pihak berwajib bila berlaku kemalangan jalanraya. ( berkonvoi tanpa agen tidak menjadi kesulitan bila semuanya selamat,TETAPI bila berlaku insiden ,akan mendatangkan berbagai masalah )

 2. Memastikan kereta bekeadaan baik.

 3. Membawa geran ori atau salinan yang disahkan oleh PDRM. Surat Kebenaran dari pemilik kereta

 4. Membeli Insuran Thailand ( di Cangloon,Bukit Kayu Hitam,Padang Besar,Wang Kelian atau mana mana pintu sempadan)

 5. Mengistihar kereta di Pejabat Kastam Thailand

 6.Mengisi petrol atau bahan api tangki penuh disempadan ( petrol mahal di Thailand)

 7.Jangan membawa senjata berbahaya atau barang larangan.

 8. Pastikan lokasi dengan betul

 9.Berhemah dan bertanggungjawab ( faham faham saja, orang Thai )

 TIP PERLANCONGAN

 Bekal makanan dan minuman. Bawalah makanan ringan yang sihat dan air mineral yang banyak. Makanan sihat berupa buah seperti pisang atau epal serta roti berinti keju pasti menyelerakan. Jika boleh, bawalah sendiri bekal makan tengah hari anda dan keluarga supaya tidak perlu bersusah paya mencari tempat makan di dalam keramaian. Pastikan tempat yang dituju membolehkan pengunjung membawa makanan dari luar. Tanda pengenalan. Buat­kan tanda pengenalan untuk si kecil seperti tanda nama dilengkapi nama anak, nama ibu bapa, alamat, jenis darah dan nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku sebarang masalah. Tanda pengenalan ini sangat penting terutama bila anak-anak hilang atau terlepas dari pengawasan anda. Pastikan juga anda mengambil gambar terbaru anak ketika itu biarpun sudah menukar baju lain. Ia sangat penting untuk menjadi rujukan jika anak hilang. Bawa kelengkapan lain. Tuala kecil dan baju gantian untuk si kecil wajib anda bawa. Bila perlu, anda juga boleh membawa baju gantian untuk diri sendiri. Semasa bercuti bersama anak, pakaikan mereka baju dari bahan kapas yang menyerap keringat supaya mereka selesa terutama apabila panas. Apabila mengunjungi taman tema air, pantai atau sebagainya, membawa baju renang adalah satu kewajipan untuk memenuhi keperluan aktiviti itu. Payung atau baju hujan, krim pelindung cahaya matahari, ubat peribadi, minyak angin, ubat antiseptik untuk luka dan kaca mata hitam boleh menjadi kelengkapan lain yang di bawa bersama. Senaraikan barangan yang perlu di bawa tetapi janganlah pula sampai berlebihan. Bawa wang Kecil. Siapkan wang kecil untuk memudahkan anda membayar tempat letak kereta atau membeli makanan ringan. Hal ini memudahkan anda untuk mempercepatkan masa dan tidak perlu beratur panjang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand ? Bagaimana hendak bawa kereta ke Thailand ? Cara-cara nak bawa kereta Malaysia ke Thailand ? Ini adalah antara soalan yang sering karm terima dari pembaca ? Ini jawapan  nya :-  Baca Disini 1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement) di mana-mana Balai Polis atau JPJ . 2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran. Contoh Surat Kebenaran Pemilik FORMAT SURAT RASMI 1.PEMILIK ALAMAT PEMILIK NO MYKAD NO HP 2.PEMBAWA ALAMAT PEMBAWA NO MYKAD NO HP 3.KERETA JENIS KERETA WARNA NOMBOR PENDAFTARAN PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand. Tandatangan P