KONVOI SMK PENANTI DI THAILAND |
Salam Semua Konvoi kereta kian popular dikalangan rakyat Malaysia dan sudah menjadi trend percutian terbaru. Bila bercuti bersama kereta sendir agak mudah untuk membawa bersama keluarga tersayang dan pergi bersama kumpulan rakan rakan dan sanak saudara .Bagi mereka yang sentiasa sibuk dalam tugas seharian, masa inilah digunakan untuk merapatkan hubungan bersama antara satu sama lain.Banyak aktiviti kekeluargaan boleh diatur untuk menceriakan suasana. Masa yang terhad diperuntukkan untuk anak-anak disebabkan sibuk dengan tugasan di pejabat membuatkan mereka berasa tersisih dan tidak disayangi oleh ibu bapa. Justeru, membawa mereka bercuti ke destinasi pilihan atau tempat-tempat kunjungan ramai adalah salah satu langkah yang bijak. Selain berseronok, membawa anak-anak bercuti memberi peluang kepada ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Ibu bapa juga boleh merehatkan minda. Namun, saat bercuti bersama keluarga terutama membawa anak kecil, banyak hal yang harus dititikberatkan supaya percutian anda lebih selesa, aman dan meninggalkan kenangan terindah buat anda sekeluarga. Panduan Berkonvoi Ke Selatan Thailand :-
1.Guna egen atau warga Thailand yang boleh berkelayakan dalam bidang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini atau kesulitan komunikasi. Permudah cara untuk berhubung dengan kakitangan atau penguatkuasa Thailand. Permudah cara dengan orang berkaitan atau pihak berwajib bila berlaku kemalangan jalanraya. ( berkonvoi tanpa agen tidak menjadi kesulitan bila semuanya selamat,TETAPI bila berlaku insiden ,akan mendatangkan berbagai masalah )
2. Memastikan kereta bekeadaan baik.
3. Membawa geran ori atau salinan yang disahkan oleh PDRM. Surat Kebenaran dari pemilik kereta
4. Membeli Insuran Thailand ( di Cangloon,Bukit Kayu Hitam,Padang Besar,Wang Kelian atau mana mana pintu sempadan)
5. Mengistihar kereta di Pejabat Kastam Thailand
6.Mengisi petrol atau bahan api tangki penuh disempadan ( petrol mahal di Thailand)
7.Jangan membawa senjata berbahaya atau barang larangan.
8. Pastikan lokasi dengan betul
9.Berhemah dan bertanggungjawab ( faham faham saja, orang Thai )
TIP PERLANCONGAN
Bekal makanan dan minuman. Bawalah makanan ringan yang sihat dan air mineral yang banyak. Makanan sihat berupa buah seperti pisang atau epal serta roti berinti keju pasti menyelerakan. Jika boleh, bawalah sendiri bekal makan tengah hari anda dan keluarga supaya tidak perlu bersusah paya mencari tempat makan di dalam keramaian. Pastikan tempat yang dituju membolehkan pengunjung membawa makanan dari luar. Tanda pengenalan. Buatkan tanda pengenalan untuk si kecil seperti tanda nama dilengkapi nama anak, nama ibu bapa, alamat, jenis darah dan nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku sebarang masalah. Tanda pengenalan ini sangat penting terutama bila anak-anak hilang atau terlepas dari pengawasan anda. Pastikan juga anda mengambil gambar terbaru anak ketika itu biarpun sudah menukar baju lain. Ia sangat penting untuk menjadi rujukan jika anak hilang. Bawa kelengkapan lain. Tuala kecil dan baju gantian untuk si kecil wajib anda bawa. Bila perlu, anda juga boleh membawa baju gantian untuk diri sendiri. Semasa bercuti bersama anak, pakaikan mereka baju dari bahan kapas yang menyerap keringat supaya mereka selesa terutama apabila panas. Apabila mengunjungi taman tema air, pantai atau sebagainya, membawa baju renang adalah satu kewajipan untuk memenuhi keperluan aktiviti itu. Payung atau baju hujan, krim pelindung cahaya matahari, ubat peribadi, minyak angin, ubat antiseptik untuk luka dan kaca mata hitam boleh menjadi kelengkapan lain yang di bawa bersama. Senaraikan barangan yang perlu di bawa tetapi janganlah pula sampai berlebihan. Bawa wang Kecil. Siapkan wang kecil untuk memudahkan anda membayar tempat letak kereta atau membeli makanan ringan. Hal ini memudahkan anda untuk mempercepatkan masa dan tidak perlu beratur panjang.
Ulasan