Langkau ke kandungan utama

PCL : Bila Mereka Gembira , Aku Bahagia


PCL at Travel Blog Malaysia Thailand                                                                                                                                      
Salam  dan Hi All , Hari ini rasa macam bosan dengan blog sendiri.Blog saya sekadar blog cap ayam.Baru buat blog untuk mempromosikan bisnes baru dalam bidang TOURISM. Bila bosan saya blogwalking, banyak blog yang saya singgah.Antaranya http://www.nazlee.com/2011/12/bila-mereka-gembira-aku-bahagia.html . Blog Pakcik Lie. Saya tak kenal pun dia, tapi dia ni, bila saya tak tahu tentang blog,saya tanya dia.Lambat atau cepat dia akan jawab dan sebagai orang baru, saya puas hati.

Sebagai seorang Thai atau orang Siam , bahasa Melayu saya pun kelam kabut.Walaupun di Kampung Saya di Daerah Satun,Thailand, majoroti berbahasa Melayu TAPI kami guna loghat Kedah lama. Nasib baik saya pernah berlajar di Narathiwat yang rata ratanya berbahasa Melayu dan bahasa pengantar di Sekolah Swasta itupun guna bahasa Melayu tapi dalam loghat Kelantan.

Saya cuba menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di blog cap ayam saya ini. Pada 29hb Disember 2012 maka terciptalah Travel Blog Malaysia Thailand. Tujuan blog ini untuk mempromosikan Wilayah Satun atau Negeri Satun kepada orang Malaysia khasnya orang Melayu. Wilayah yang dulunya adalah sebahagian dari negeri Kedah dan penduduknya berbahasa Melayu dan sehingga kini 90% warganya beragama Islam.

Dalam perniagaan siapa yang tidak mahu untung TETAPI matlamat kami hanyalah satu. Untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa masih ada lagi saudara mu diseberang sana. Masyarakat yang tahu asal usul mereka dan sering mengambil tahu hal orang di Malaysia. Kami berbangga dengan Malaysia walaupun kami mendaulatkan Negara Thai. Ketaatan pada Negara Thai, Raja dan Pemerintah tidak berbelah bagi TETAPI kami masih mengagumi Malaysia.

Berbalik pada blog Pakcik Lie, saya terpanggil untuk menulis mengenai blognya. Ini adalah kerana beliau seorang blogger yang terkenal TETAPI tidak sombong dan dialah orang yang pertama "SHARE" artikel saya di Google Plus. Ada juga seorang dua lagi ,antaranya Khir Khalid , Awin Lorh dan lain lain ( maaf banyak sangat ).

Tajuk post Bila Mereka Gembira , Aku Bahagia tersentuh hati. Bila rakan rakan kita posting artikel kita LIKE atau SHARE , mereka akan gembira dan kita terasa bahagia .Terima Kasih PCL dan terima kasih rakan rakan di Malaysia. Semoga Allah merahmati kalian dan di murahkan rezeki dan berbahagia bersama keluaraga,saudara mara dan sahabat handail dan seluruh umat Islam di dunia.

SALAM HORMAT DARI SAYA ,saudara kalian di THAILAND.


Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...