KONVOI KEHIDUPAN KOH SARAI & HAT YAI SMK KEPALA BATAS
Pada bulan November 2013 yang lalu,ketika masyarakat Malaysia keturunan India
menyambut perayaan Deepavali,kami bersama family guru-guru SMK KEPALA BATAS
berkonvoi mencari erti kehidupan di Thailand
Bertolak dari tempat berkumpul di R&R Gurun hala utara,Konvoi yang diketuai Cikgu Rahim
sampai di Pekan Changloon untuk urusan membeli insuran Thailand dan pertukaran wang.
Konvoi sampai di Sempadan Malaysia Thailand pada tengahari.Ramai sungguh rakyat Malaysia
yang ingin ke Thailand.Mengambil masa kurang lebih satu jam,segala urusan selesai.Kami
menyambut dan membawa konvoi ke destinasi yang pertama.
KUACHAYAT HALAL RESTAURANT
Kami menjamu selera tenghari di restoran Kuachayat,lebihkuran 20KM dari sempadan atau
1KM ke Pekan Chalung,Thailand.Hidangan kami adalah masakan thai yang terdiri dari
sup daging thai,sayur,campur,telur bungkus dan lain lain juadah lagi. Juadah yang dihidangkan
sungguh menyelerakan tekak kami yang lapar dan mengidam masakan ori Thai.
Bagan Jai Thaephe (Thung Rin)
Kami sampai di Bagan Jai pada pukul 3 ptg. Disepanjang jalan kami menyaksikan suasana
jalanraya yang "tidak" normal seperti di Malaysia.Motosikal yang diubahsuai,seperti
motorsikal "peniaga aiskrim" adalah menjadi salah satu pengankutan utama bagi penduduk
kurang mampu Thai membawa family ke pekan atau ke sesuatu destinasi.Sebuah bot panjang
siap sedia menanti kami disana.
Bot kami mudik ke muara sungai untuk ke Pulau Sarai atau Koh Sarai.Cuaca amat tenang dan laut
tidak berombak.Jeti yang biasa digunakan,tidak dapat didekati kerana air kian surut.Kami ke jeti
dibelakang pulau.
KOH SARAI
Sebuah perkampungan nelayan yang sangat daif dari segi kemudahan asas.Sekitar 51 keluarga
sahaja yang mendiami pulau tersebut. Disini jarang kita lihat anak anak muda,kebanyakkan warga
emas dan kanak kanak di bawah 12 tahun yang menjadi majorati penduduk.Terdapat sebuah masjid
untuk penduduk yang terdiri dari 100% umat Islam.
Sarai atau nama asalnya adalah dari pokok serai.Selepas tahun 1909 ,pulau ini diperintah oleh
Kerajaan Thailand.Sebelum ini Pulau Sarai dan Wilayah Satun sehingga ke Wilayah Trang adalah
wilayah dibawah kekuasaan kerajaan Kedah Lama. Mengikut sejarah melayu Kedah,wilayah
selatan Thailand adalah dibawah jajahan Kerajaan Kedah Lama.Selepas Perjanjian Bangkok
pada tahun1909 wilayah wilayah dibawah kerajaan Kedah Lama telah dibahagi bahagi oleh
British kepada Siam dan Tanah Melayu.
Koh Sarai mempunyai pantai yang unik.Salah satunya sebuah benteng pasir yang terpanjang
didunia wujud di pulau ini.Manakala pasir pantainya pula berwarna hitam.Oleh itu kekadang
kita menyangkakan air lautnya kotor,SEBENARNYA TIDAK.
Kemudahan chalet disini tidaklah begitu baik dan sempurna.Terdapat chalet di muka air tetapi
tiada kemuhan bilik mandi dan tandas.Manakala chalet didarat pula dalam proses dinaik pulih
Makanan Laut
Makanan laut disini amat sedap dan segar. Konvoi kami makan BBQ sampai puas.Juadah seperti
ketam,udang dan ikan segar amat menyelerakan.Hidangan istimewa adalah siput yang kami
kutip sendiri di benteng pasir ketika air surut.
Semalaman di pulau ini membuat kami ,mengisafi diri betapa kelebihannya kita dibumi Malaysia.
Kita hidup serba kemudahan berbandingkan saudara seagama kita dibumi Thailand.Masyarakat
disini selalu memuji Malaysia dan kemakmuran Malaysia.
Memancing
Aktiviti memancing pantai adalah aktiviti yang amat sesuai disini. Disamping memancing di jeti
kita boleh menaiki sampan.Bila air surut kita boleh mencari siput atau kepah di benting pasir.
HAT YAI
Kami sampai di Hat Yai pada pukul 2ptg. Setibanya di Hat Yai kami langsung check in di hotel
Beza sungguh Hat Yai berbanding Koh sarai. Sebuah kota yang moden TETAPI tidak semoden
bandar bandar di Malaysia.
Terasa kehidupan normal kembali setibanya dibilik penginapan. Hotel lebih kurang 4 bintang ini
amatlah bersih dan dikelilingi taman bunga yang mendamaikan hati kami yang bergolak ketika
di Koh Sarai.
Anak-anak kecil mula memakai sut mandi untuk ke kolam renang.Selepas sahaja menjamu selera
mula seorang demi seorang terjun ke kolam.
KLONG HAE
Pada sebelah petang selepas solat mahgrib ,konvoi menaik "tut tut" ke Pasar Terapung. KLONG
HAE FLOATING MARKET HAT YAI unitnya kerana peniaga menjual makanan diatas perahu.
Terdapat juga pasar yang menjual pakaian dan barang barang lain.
ASEAN TRADE MARKET
Sebuah pusat membelibelah yang seakan akan pasar malam di Malaysia.Banyak barangan murah
yang dijual disini.Anda kena berani dan pandai tawar menawar.
PASAR BERHAMPIRAN LEE GARDEN
Hari ketiga kami,selepas b'fast,anak anak kecil mula terjun ke kolam mandi.Berjam jam mandi,sampailah
waktu untuk check out. Sebelum balik ke Malaysia kami sekali lagi buat FINAL SHOPPING.
LEE GARDEN
Adalah terpat pertama yang kami tuju.disekitar hotel Lee Garden kami menjelajah banyak kedai
Berbagai jenis barangan yang harganya sangat murah.
MARKET PLAZA
Selepas itu kami ke Market Plaza.Ini adalah tempat terakhir kami di Hat Yai. Antara barang yang
kami beli adalah POWER BANK YAOBOO .harganya separuh dari harga di Malaysia.
Dannok
Kami sampai di Dannok pada jam 8 malam.Shopping terakhir adalah barangan dapur.
selesai sudah,waktu untuk kami berpisah.
BERSALAMAN DAN MENGUCAPKAN SELAMAT.
KONVOI ini kami namakan konvoi MENCARI ERTI KEHIDUPAN .
Kami diuji dengan berbagai kepahitan. kami menyaksikan sebuah kehidupan yang terlalu
asing dibumi Malaysia. Kami bersatu setia kawan.
Kepada FAMILY SMK KEPALA BATAS, Travel Blog Malaysia Thailand memohon sejuta
KEMAAFAN diatas segala kekurangan. Anda group yang BEST.
DEDIKASI UNTUK SEMUA
ABDUL RAHIM BIN ISHAK
NORIZA BT ZAKARIA
NUR ALYA NAJWA BT ABDUL RAHIM
SHAHRIN BIN NORDIN
RUSAZNIZA BT ALIAS
SYAHMI IZHAM BIN SHAHRIN
SYAMIMI NURIN YASMIN BT SHAHRIN
SYAMIMI IZZUREEN BT SHAHRIN
SYAHMI IZZAN NABIL B SHAHRIN
MOHD RIZAL BIN ISMAIL
MAZLINA BT ISMAIL
MUHAMMAD IQBAL WAFI BIN MOHD RIZAL
NUR BATRISYIA BALQIS BT MOHD RIZAL
MUHAMMAD ADAM LUQMAN BIN MOHD RIZAL
MUHAMMAD ILHAM HAZIQ BIN MOHD RIZAL
MUHAMMAD AIMAN ZIQRY BIN MOHD RIZAL
ZAKI ZAMMANI BIN ABU BAKAR
ZURIANIE BT MOHD SAHAK
ISYRAF IMRAN BIN ZAKI ZAMMANI
MOHAMMAD AIDIL AMZAR BIN ZAKI ZAMMANI
KHAYRA KHALEESA BT ZAKI ZAMMANI
ADNNAN BIN AHMAD
ROZITA BT MD ISA
MUHAMMAD AMIRUL FAIZ BIN ADNNAN
MUHAMMAD AQIL FARHAN BIN ADNNAN
Ulasan