Surat Jemputan Rasmi |
Salam Blogger
Kepuasan sebagai Blogger bila hasilnukilan anda di hargai dan di nilai. Ranking dan Pageview juga penting
bagi sesebuah blog. Akan tetapi anda juga harus menitik berat dari segi hasil penulisan dan nukilan.
Petuanya :-
1. Buat Reseach setiap artikel .
2.Tulisan dalam gaya anda sendiri dan mudah difahami.
3.Karya Ori . Jika copy dan paste sila TERTERAKAN kredit backlink karya asal
( rujukkan)
4.Sasaran pembaca
5.Keikhlasan berkarya
Jika karya anda kekadang tidak mendapat pageview yang tinggi bukan beerti,karya anda tidak baik,tetapi
bukan semua yang blogger mempunyai minat atau kecenderungan yang sama. Mungkin karya anda dibaca
oleh mereka yang teliti dalam aspek penulisan atau mereka tertarik dengan isi kandungan atau mereka yang
memcari bahan rujukan untuk assignment atau pembaca yang cendiakawan.
Oleh itu jangan putus asa. Teruskan menulis sebagai tanggungjawab sosial membudayakan sastera dan penulisan Melayu. Dengan harapan anda sebagai pewaris Bangsa Melayu atau anda pencinta Budaya atau
Blogger Tulen .Kalau kita orang Melayu tidak mencintai Bahasa dan Budaya kita, siapa lagi ?
Adakalanya saya menulis dalam bahasa Inggeris tetapi bahasa Inggeris saya terlalu ringkas dan mudah difahami.Saya tidak malu sekiranya tersalah dalam penggunaan tatabahasa kerana itu bukan bahasa ibunda saya.Kekadang saya menulis dalam bahasa Thai, tetapi amat jarang sekali kerana sasaran saya pada penduduk Malaysia atau pelanggan dari Malaysia untuk melawat Thailand.
Dalam masa yang sama, saya tidak lupa berkongsi pengalaman di tempat perlancongan di Malaysia.Ini semua adalah kerana :-
1.Suami saya orang Malaysia
2.Dua anak saya warga Malaysia
3.Malaysia negara kedua saya
4.Berketurunan dari Malaysia dan menjalankan kehidupan dengan budaya Melayu Islam,walaupun kami
menetap di Satun Thailand.
Hasil dengan penulisan Blog, saya menjalan Perniagaan Perlancongan :-
1.Membawa rakyat Malaysia melawat Thailand
2.Membawa rakyat Thailand melawat Malaysia
3.Kekadangan membawa perlancong asing melawat Malaysia atau Thailand.
4.Di jemput oleh Kementerian Perlancongan Malaysia dan Persatuan Perlancongan Keretapi dan Homestay Malaysia sebagai Blogger Perlancongan.
Di hadiahkan percutian 3H2M bersama perlancongan asing untuk bersama Menteri Perlancongan
berkeretapi dari KL ~ Ipoh dan bermalam di salah sebuah homestay di Perak.
*****ciri ciri dipilih berdasarkan ,gaya penulisan dan okjiektif penulisan
Perkara ini amat membanggakan saya sebagai Blogger. BUKAN untuk di riak TETAPI sebagai perkongsian. Mungkin ini adalah REZEKI yang Allah kongsikan kepada saya,dan apalah salahnya
saya berkongsi dengan semua BLOGGER.
Saya bersyukur kehadrat Allah SWT. Saya doakan kehadrat Allah SWR agar semua Blogger memperolehi kejayaan yang lebih dari apa yang saya dapat.AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Terima kasih kepada semua pembaca yang budiman,kepada Blogger dan kepada sesiapa yang terlibat
semoga Allah memberi Rahmat dan Keberkatan kepada kita semua.
Ampun dan Maaf kerana kekadang saya menegur dikalangan Blogger yang berpotensi untuk menjadi
penulis blogger yang baik. Saya faham blog mereka memang POPULAR dan PAGEVIEW yang
sangat tinggi. Cuma saya rasa,mereka akan lebih baik lagi jika memberi sedikit penumpuan
dari segi gaya penulisan dan hindari dari perasaan "SS"
Saya mohon Ampun dan maaf. bukan niat untuk mengajar tapi sekadar berkongsi.
ANDA PATUT BACA ARTIKEL INI JUGA
1.Blog Adalah Satu Perniagaan siri 1
2.Tip Blogging Bisnes Kecil Kita
Ulasan