KOH LIPE - BEACH |
Pantai Pattaya
Pantai utama di Koh Lipe .Terletak di sebuah teluk besar yang terlindung.Pantai diliputi dengan pasir halus yang lembut, air biru yang jernih dan baik untuk aktiviti snorkeling . Terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan di Pantai Pattaya, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat trend untuk membina resort yang lebih besar dan lebih mewah.
Terdapat berpuluh-puluh bar dan restoran di pantai atau di sudut di Walking Street. Pada musim puncak,kawasan ini agak sibuk.Anda sekadar berjalan kaki 15 minit untuk lari dari kesibukan di Walking street.
Sunrise Beach (Hat Chao Ley)
Sunrise Beach menampilkan sebuah pantai yang putih lagi bersih di teluk yang cetek dan luas. Ia dilindungi dari cuaca tengkujuh di musim rendah (low season), dan mempunyai tiupan angin yang nyaman sepanjang hari pada musim puncak. Terdapat sebuah Sekolah, hospital dan kecil kampung Chao Ley berhampiran.
Penginapan adalah lebih banyak disini daripada di Pantai Pattaya, dan masih terdapat beberapa tempat murah di sekitar. Beberapa resort mewah telah dibuka sejak beberapa tahun yang lalu. Terdapat beberapa restoran kecil dan kedai-kedai di dalam dan berhampiran Sunrise Beach.
Pantai Sunset (Hat Pramong)
Pantai Sunset terletak disebuah teluk kecil menghadap barat ke seluruh kumpulan pulau itu, dan, seperti namanya sunset beach, adalah tempat yang terbaik untuk menonton matahari terbenam, atau kapal pelayaran menyesurinya. Aman dan santai, bar dan restorandibina dengan kayu hanyut. Ini memberi satu daya tarikan menarik. Jika anda ingin mendapatkan kelainan di Koh Lipe,pantai ini memang pilihan tepat.Anda seperti berada di lima atau sepuluh tahun lalu.Pantai Sunset menyediakan anda suatu kehidupan yang 'lama' dan cara tradisional pulau.
Penginapan antara pondok asas ala kampung hingga ke banglo terletak di dalam hutan rendang. Pembangunan kini rancak di dalam kawasan itu, dengan beberapa pusat peranginan baru disamping mengekalkan keaslian. Terdapat beberapa tempat-tempat yang bagus untuk makan dan minum di kawasan itu. Anda perlu berjalan 10 hingga 15 minit untuk ke Walking Street dan pantai yang lain.
KOH LIPE BEACH |
Kepulauan & Pantai Yang Berdekatan
Terdapat beberapa pulau-pulau yang tidak didiami boleh dilawati dengan mudah dengan menyewa bot longtail. Jarak yang dimabil sekitar dari 15 minit ke satu jam. Terdapat dua yang besar, Koh Adang dan Koh Rawi mempunyai stesen renjer di mana anda boleh melakukan aktivi perkehmahan.
Stesen renjer di Koh Adang juga mempunyai banglo dan khemah-khemahuntuk disewa. Disini juga terdapat sebuah restoran kecil (terbuka dari bulan November hingga Mei). Jika anda telah memikirkan melakukan aktiviti perkhemahan dimusim ini,.Berkehmah pulau adalah cara yang kos rendah.
Aktikel Yang Berkaitan
1.KOH LIPE - AKTIVITI
2.KOH LIPE - KEMUDAHAN
3.Persedur Memandu Kereta Ke Thailand
4.Panduan Kepada Family Ke Koh Lipe
5.Panduan Melawat Satun ( Koh Lipe )
6.Koh Lipe - Panduan Ke sana
Ulasan