Protes Bangkok Iktibar Bagi Rakyat Malaysia |
Protes Bangkok,telah berlarutan lebih seminggu,tiada jalan penyelesaian atau tanda tanda ianya mahu dihentikan.Kerajaan telah mengarahkan 3000 tentera untuk mengawal keadaan.Amaran perjalanan telah dikeluarkan oleh lebih dari 23 negara agar rakyat mereka berhati hati ketika melancong di Thailand.
Natijahnya tiada kebaikan ,malah lebih keburukan kesan dari protes ini. Tourism adalah salah satu penyumbang terbesar ekonomi bagi negara Thai , menerima kesan yang amat hebat. Agensi Perlancongan menerima banyak pembatalan tempahan perlancongan.
PROTES sudah menjadi budaya rakyat Thailand.Apabila ada sesuatu yang tidak dapat kesepakatan, mereka nak tumbangkan kerajaan. Beberapa Perdana Menteri sudah dijatuhkan oleh mereka sebelum ini dengan kaedah itu. Kerajaan Thailand perlu lebih prihatin dan memberi ruang untuk rakyatnya terlibat dalam politik.
Thailand perlu lebih prihatin kerana mereka seharusnya bertindak mengikut mood dan kehendak rakyat. Kerajaan juga harus memberi ruang untuk rakyat terlibat dalam suasana politik.Rakyat mahu tuntutan mereka didengar. Kalau kerajaan Thailand tak mahu mendengar, sebab itu selalu berlaku rakyat turun ke jalanan. Jika TIDAK ditangani maka perkara sama akan berulang lagi pada masa akan datang.
Thailand ini adalah satu negara yang cuba mempamerkan bahawa mereka mempunyai konsep satu negara satu agama satu bangsa. Tetapi sebenarnya, bagi saya Thailand terbentuk daripada pembentukan pelbagai bentuk negara.
Negara Thai sebenarnya terletak di Bangkok. Itu kubu bangsa Thai. Utara Thai pengaruh Cina Myanmar, sebelah Timur pengaruh Vietnam dan Selatan pula pengaruh Melayu Pattani dan adalah sebahagian dari jajahan Kerajaan Kedah Lama.Kerajaan Kedah Lama mengutara Thai sehingga di Surat Thani.Ianya diserahkan kepada Bangkok selepas Perjanjian Bangkok 1909.
Di sini pentingnya politik dalam dunia global sekarang memahami bagaimana kerajaan nak mengurus rakyat yang sebenarnya.Ekoran ekoran kejadian di Thailand itu, mungkin Malaysia boleh belajar sesuatu.
Ulasan