Salam Rakyat Malaysia,Blogger Blogger yand di hormati
Kempen Tahun Melawat Malaysia ,TMM2014,VMY2014 telah dilancarkan oleh TPM Malaysia baru baru ini. Begitu juaga Program Perlancongan Keretapi dan Homestay juga telah dilancarkan.
Baru baru ini dari 10hb Jan 2014 ~ 12hb Jan 2014 kami telah dijemput oleh Railway Tourism Association Malaysia-RTAM untuk bersama sama media elektronik,media cetak dan media blogger Malaysia serta deligasi antarabangsa untuk menjayakan Brosur Perlancaran Perlancongan Keretapi Dan Homestay Malaysia.
Sebagai deligasi antarabangsa dan juga blogger antarabangsa, kami menjadi wakil Kingdom Of Thailand dan Tourism Of Thailand. Sebagai pemain dalam industri perlancongan dan menggunakan media blogger untuk mempromosikan perniaggaan kami berasa amat berbesar hati bila dijemput menghadiri program di peringkat nasional dan antarabangsa itu.
Kami amat gembira ketika berada di Malaysia, khasnya KL,Ipoh,Kuala Kangsar dan Taiping. Menaiki keretapi laju (ETC) dan bermalam di homestay di sebuah kampung di Bukit Gantang,Taiping Perak.
Pengalaman bersama rakan blogger ,media dan perlancongan antarabangsa sedikit sebanyak mengajar kami tentang dunia Tourism.
Walaupun program berjalan dengan baik, tetapi ada juga ketirisan dalam jadual program. Kekadang ada juga perasaan marah dan tidak puas hati. Namun kami HARUS faham, kerana bila berurusan dengan ramai orang maka kadang kala timbul juga ketegangan.Sebagai manusia yang waras, apa yang dapat kami lakukan adalah meluahkan pada tempat yang betul dan MEMAAFKAN jika ada kekurangan.
Sebagai balasannya kami kepada Presiden Railway Tourism Association Malaysia ( RTAM) ,Facebook Presiden ,juga kepada pihak RTAM ( FAN PAGE) , Kementerian Perlancongan Dan kebudayaan Malaysia dan seluruh Rakyat Malaysi, kami menyeru dan mengajak semua rakyat Malaysia , Media , blogger blogger dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Malaysia ,marilah kita JAYAKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014.
Berbanggalah dengan logo VMY2014 dan TMM2014 di blog blog atau website anda.
" Jangan Tanya Negara Apakah Sumbangan Negara Pada Anda TAPI Tanyalah Pada Diri,Apakah Sumbangan Anda Pada Negara "
Salam Hormat dari kami yang jauh di THAILAND.
Selamat menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Artikel Yang Berkaitan
1.Malaysian railway tourism
2. tourism-homestay-rail
3.RTAM
Ulasan