Langkau ke kandungan utama

Pernikahan Di Thailand

http://satunsiam.weebly.com/package-holiday.html
satunsiam.weebly.com

Salam

Dalam episod perlancongan kami, ada kala kami di tanyakan akan soalan soalan cepumas dari perlancong di kalangan lelaki ( peratusan tinggi ) dan couple iaitu pasangan lelaki dan wanita.Soalan mereka berkisar tentang pernikahan di Thailand.

Untuk pengetahuan semua, pernikahan di Thailand adalah Sah dari segi hukum dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sekiranya :-
1. Pasangan Memilik Passport atau Border Pass ( di fotostat di hari masuk untuk pernikahan)
    Fotostat ini adalah untuk salinan ketika mendaftar di konsulat Malaysia.

2. Kadi yang diiktirafkan oleh Majlis Agama Islam Thailand dan Malaysia

3.Bukti surat cerai,jika wanita itu seorang janda.

4.Mestilah mendaftarkan dengan Konsulat Malaysia selepas upacara nikah dilangsungkan.

Pengalaman kami membawa pasangan Malaysia bernikah di Thailand TIDAK menjadi rumit kerana mereka memenuhi karetiria diatas.

1. Upacara pernikahan, selalunya kami buat di Kampung Guar Ban Kuan Satun,Thailand.
2. Dimana distulah kampung halaman kami. Yang pasti kami kenal siapa IMAM atau Kadi nya.
3. Kami bukan agen atau orang tengah. Kami adalah pasangan warga Thailand dan Malaysia yang      
mengusahakan perniagaan tourism di thailand dan menetap di Satun Thailand.
4. Kami Fasih berbahasa Melayu ,Inggeris dan Thai.
5. Imam dan Kadi fasih berbahasa Melayu dan Thai kerana kedua bahasa itu sering digunakan di persekitaran Wilayah Satun.
6. Pembantu Imam adalah kakitanga Majlis Agama Islam Satun.
7. Kami akan menguruskan Pernikahan Anda di Konsulat Malaysia,agar memudahkan urusan pendaftaran di Malaysia.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu
1.Sebarang Pernikahan di luar Malaysia tanpa mendapat surat kebenaran dari Pejabat Agama Negeri di Malaysia, anda akan dikenakan sedikit denda.
2.Sekiranya ada mana mana sindiket pernikahan yang menyatakan bahawa,bernikah melalui agen mereka TIDAK akan dikenakan DENDA adalah satu PEMBOHONGAN BESAR.
3.Oleh itu bagi pasangan yang ingin bernikah di Thailand , mestilah bersedia untuk dikenakan denda BUKAN tindakan.
4.Bagi kakitangan Kerajaan di Malaysia , anda mungkin dikenakan tindakan tatatertib jika rahsia pernikahan KEDUA anda terbongkar. (KHAS UNTUK LELAKI POLIGAMI)
5.Pihak wanita dikecualikan dari tindakan tatatertib.
6.Kakitangan Swasta juga dikecualikan dari tindakan tatatertib dari majikan anda.

Oleh itu dari KITA membuat DOSA ,adalah lebih baik kita bernikah .Menghalalkan Yang Haram.
Denda cuma sekadar wang ringgit didunia.Di akhirat kita akan selamat.

Anda baca anda Fikir

Anda Baca Disini Selanjutnya untuk Panduan dan Hukum Nikah di Thailand .CLICK HERE


Ulasan

Fnd berkata…
Salam, brapa kos yg dikenakan utk nikah di Satun..?
Cikgu Joe Satun berkata…
wasup +66629728939
0066 62972 8939
nadyAmsyar berkata…
assalamualaikum wbt. boleh x hubungi saya kembali melalui emel yg saya gunakan ni. saya ada sedikit pertanyaan.

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...