KOH KHAI, LIPE |
#Kohlipe
Satun,Pak Bara,Koh Lipe Dan Hat Yai 3H2M
Dengan kerjasama Unic Group http://unicleisure.com/
Email : anas@unicgroup.com.my
Jam 10.00 pagi waktu Malaysia,13hb May 2014 , Rombongan dari UUM dan Istana Budaya selamat sampai di Border Wang Kelian ( Malaysia/Thailand).
Rombongan yang diketuai UUM dari Pusat Badaya dan Seni yang di ketuai oleh En Huzaidy Bin Haji Hussain ( Pengarah ) dan dari Istana Budaya oleh
En. Nik Kamaruzaman Bin Nik Husin ( Timbalan Ketua Pengarah/Operasi) membawa sejumlah 38 orang peserta gabungan Kakitangan/Pelajar UUM dan
kakitangan IB .Setelah siap urusan Passport di Pintu Wang Prachan, rombongan mula bertolak ke Satun.
Destnasi Pertama.
Perjalanan lebih kurang 30 minit kami tiba di Tessco Lotus Satun. Rombongan mula shopping barang keperluan dan membeli kad telefon Thai.
Kami mengambil masa lebih kuran 1 jam dalam menyelesaikan urusan "shopping".
Destinasi Kedua
Bas bergerak menuju ke Masjid Misbahuddin Kg Guar Satun ( Masjid Ban Khuan ) . Rombongan disambut oleh AJK Masjid dan penduduk kampung.
Rombongan dijamu kenduri kampung. Nasi berlaukkan Kemson Ikan Kapas ( Asam Pedas Thai ) , ayam goreng kunyit, ulam ulaman dan lain lain maskan
kampung ori Thai.Sebelum solat Zohor pihak rombongan diwakili oleh En Huzaidy Bin Haji Hussain ( Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM) menyerahkan
sumbangan kepada pihak Tadika Misbahuddin ( Tuan Imam ).
Serba sedikit tentang Tadika Misbahhudin.
Tadika Misbahuddin adalah sebuah sekolah yang diusahakan oleh penduduk Kg Guar yang 100% masih lagi mengekalkan Budaya,Adat dan Bahasa Melayu.
Pelajar terdiri dari seusia 5 tahun hinggalah ke 12 tahun.Tadika ini mengajar matapelajaran Pengetahuan Islam dan Bahasa Melayu ,tulisan Rumi dan Jawi.
Bahasa pengatar adalah Bahasa Melayu. Tujuan Tadika ini ditubuhkan kerana mereka mahu generasi muda mewarisi Adat,Budaya dan Bahasa Melayu,
yang mana kini perlahan lahan dihapuskan oleh pihak berkuasa.Hasil dari keringat dan airmata penduduk Melayu Islam Kg Guar maka terbinalah
sebuah banggunan tiga tinggat yang masih terbengkalai 5 tahun pembinaan kerana tiada dana. Akan tetapi , murid murid terpaksa berlajar di
banggunan yang terbengkalai ini dengan serba kekurangan.
Baru baru ini Rider Rider Motor Besar Malaysia yang di ketuai oleh En Zulhisham Abdul Hadi ( https://www.facebook.com/zulhisham.abdulhadi ) telah menderma sebanyak RM11,800 untuk membeli
set kerusi dan meja. Pihak "Projek Iqra" yang diketuai oleh Cik Sharifah Sharina Syed Aswad ( https://www.facebook.com/sherrina ) pula menderma buku buku bacaan.
Kini pihak Tadika Misbahuddin masih lagi memerlukan dana untuk menyiapkan banggunan yang terbengkalai itu.
Sila lawati https://www.facebook.com/MasjidMisbahuddin
atau https://www.facebook.com/karlisa.latisya
Destina Ketiga
Selepas solat Jamak Zohor/Asar , rombongan dibawa melawat sekitar Bandar Satun
Destinasi Keempat
Rombongan bertolak ke Pak Bara. Kami check in bilik di Rim Kau Resort. Ada sedikit masalah terjadi. Bila bila yang kami tempah dan deposit telah dibayar
telah disewakan pada perlanggan yang lain. Oleh kerana kami warga Thai dan boleh berkomunikasi dengan baik, masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.
( Inilah masalah bila berusan dengan pihak di Thailand. Mereka sukar berkomunikasi dengan baik.Nasihat kami,sekiranya melawat Thai,guna agen perlancongan,
agar masalah mudah diselesaikan)
Desinasi Kelima
Kami ke pantai Pak Bara ( Nava Seafood ) . Pantai persendirian milik Nava Seafood kami mendapat kebenaran dari pemilik ( kenalan kami ) uuntuk melakukan
sukan pantai.
Selepas sukan pantai,kami balik ke bilik untuk mandi dan solat
Pada waktu malam kami menjamu selera Seafood BBQ
Hari Kedua
Destinasi Keenam
Selepas sarapan pagi, kami ke Jety Pak Bara. Menaiki speed boat ke Koh Lipe
Destinasi Ketujuh
Hampir 1jam 30 minit kami dipukul ombak . Ada yang muntah dan ramai yang pening pening.Kami sampai di Koh Kai ( Pulau Teluk )
Destinasi Kelapan
Ke Koh Lipe dan bersiar siar di pekan kecil sambil bergambar
Destinasi Kesembilan
Ke Koh Rawi untuk menjamu selera dan bersolat ( sediakan tikar untuk bersolat)
Destinasi Kesepuluh
Ke Koh Yang untuk aktiviti snokeling
Destinasi ke Sebelah
Ke Pulau Batu Hitam
Destinasi keduabelas
Snorkeling di Cabang
Destinasi Ketigabelas
kami ke Jety Terapung untuk menukar Speed Bot yang lebih besar kerana,banyak dari ahli rombongan yang kepenatan dan mungkin terkena mabuk laut
Kami sampai ke jety Pak Bara lebih cepat,cuma 1 jam perjalanan. balik bilik dan makan malam
Hari Ketiga
Selepas sarapan kami bertolak ke Hat Yai ,lebihkurang 120KM .kami singgah di pusat kraf tangan di Dusun.
Destinasi Keempatbelas
Kami sampai di Hat Yai Plaza untuk shopping
Destinasi kelimabelas
Makan tengahari dan bersolat di SAMI KITCHEN
Destinasi keenambelas
Shopping di Hat yai Frstival dan masa untuk berpisah dengan kami Travel Blog Malaysia Thailand.
Suasana sepi seketika,berpelukkan sesama kami yang muhrim. Selamat Jalan dan Jutaan Terima Kasih.
Rombongan bertolak ke Dannok ,Bukit Kayu Hitam dan UUM.
Terima Kasih Pro Club dan semua yang terlibat.
Ulasan