BETING PASIR PAK BARA SATUN THAILAND
Beting Pasir atau Coral Sand , kejadian semulajadi alam.
Kejadian ini sering terjadi di muara sungai
atau ditepi pantai . Air laut yang surut mengeringkan sebahagian besar
dari kawasan pantai yang cetek. Di Pantai Pak Bara terdapat sebuah Beting Pasir
yang boleh dikatakan luas. Fonomena ini berlaku disetiap Petang dikala mentari
terbenam. Suasana yang hening dan suram berlatarbelakang mentari terbenam
diantara dua pulau sungguh menakjubkan.
Malangnya tempat ini tidak di popularkan sebagai destinasi
perlancongan dan jarang dilawati oleh pelancong tempatan atau luas. Cuma
sekiranya anda dating bersama Travel Planner yang peka dengan keindahaan
fenomena alam semulajadi ,anda berpeluang melawat tempat ini,
Terletak berhampiran Jeti Pak Bara . Akan tetapi dilindung
oleh sebuah perkampungan , membuat tempat itu terlindung dari pandangan umum.
Di Beting Pasir Pantai Pak Bara, anda boleh melakukan
aktiviti mencari siput dan hasil laut yang terdampar setelah air surut. Aktiviti
sukaneka pantai juga boleh dilakukkan disini. Keadaan tempat yang luas dan jauh
dari kesibukan laluan awam.
Sila Baca Aktikel Berkaitan
3.Koh Lipe
4.Krabi
Ulasan