Langkau ke kandungan utama

Info Satun Dalam Bahasa Melayu

Travel Blog Malaysia Thailand

Wilayah Satun Thailand , atau terkenal dengan nama Setoi bagi penduduk utara Malaysia bersempadan dengan negeri Perlis. Anda boleh melalui pintu Wang Kelian di Perlis, berferi dari Langkawi ke Tammalang dengan harga harga RM30 sehala.

Jika anda dari Hat Yai , anda boleh memandu sehingga menemui Highway 406 . Jaraknya lebih kurang 90km ke Pekan Chalung , Satun. Di Pekan Chalung anda boleh ke Pak Bara lebih kurang 46 Km atau Bandar Satun.

Pak Bara adalah pekan perlancongan yang kian popular di Wilayah Satun. Di Pak Bara anda boleh bersantai sambil menjamu selera makanan laut dengan harga yang berpatutan . Untuk  info lanjut anda baca disini, Tempat Makan dan Makanan Popular di Satun

Di Pak Bara juga anda boleh menaiki Feri ke Pulau Batu Karang , antara yang tercantik di dunia.
Tambang Feri anda boleh semak disini. Jadual Feri dan Harga
Koh Lipe adalah sebuah pulau yang dilindungi di satun . Anda perlu membayar cukai jika ingin ke sini.
Info Koh Lipe Baca Di Sini

Dari Pekan Chalung anda boleh ke Bandar Satun.

Wilayah Satun , terletak di Selatan Barat Thailand.Satun adalah wilayah yang kecil dan tenang.Bandar Satun juga dikenali sebagai " Clean City" , "Serenity", Prisitine Nature ( Bandar Bersih , Ketenangan dan Alam Semulajadi )

Wilayah Satun di hijau oleh hutan semulajadi yang belum diterokai dan pulau-pulau disekitar Laut Andaman yang belum dicemari.Wilayah ini tidak pernah digemparkan oleh serangan pengganas atau dicemari dengan pergaduhan kaum atau agama.

Wilayah Satun tidak sepopular dengan Songkhla atau tempat percutian seperti Krabi dan Phuket. Ini adalah kerana Wilayah Satun tidak dipromosikan sehebat tempat tempat percutian yang lain. Kini pihak berkuasa mula mempromosikan Wilayah Satun kepada dunia luar.

Bandar Satun terletak lebih kurang 973 kilometer ke selatan Bangkok.Penduduknya terdiri dari kebanyakan orang Islam dan dari suku Melayu Kerajaan Tua Kedah. Terdapat tujuh (7) daerah di Wilayah Satun.Daerah itu terdiri dari :-
1.Muaeng Satun
2.Khuan Don - 21Km dari bandar Satun
3.Tha Phea - 28KM dari bandar Satun
4.Khuan Kalong - 32Km dari bandar Satun
5.La-ngu - 50Km dari bandar Satun
6.Thung-Wa - 76Km dari bandar Satun
7. Manang - 60KM dari bandar Satun




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...