Makanan
Thai di Satun,Pak Bara ,Tanyong Po,Dannok,Hat Yai,Songkhla
Kami
membuat kajian rambang dari pengguna dan sahabat Facebook.
Adakah
makanan di Thai lebih mahal dari Malaysia ? Bagi kami yang dah merantau lebih
10 tahun di serata pelusuk Malaysia , tomyam dan seafood malaysia lebih murah.
Tetapi citarasa sedikit kurang kerana tomyam versi Patani. Cuma seafood Satun
lebih fresh. Apa komen anda ?
Lebih
73 sahabat Facebook : Karlisa Latisya yang LIKE status ini dan seramai lebih
kurang 56 rakan yang memberi pendapat.
Kesimpulannya
: Masakan Thailand sangat digemari oleh ramai pelancong. Ini antara sebab ramai
yang berkunjung untuk menikmati makanan Thai seperti :-
1. Tomayam
2. Kengsom ( asam pedas
thai )
3. Seafood yang segar (
Udang,Ketam,Sotong)
4. Masak kari hijau
5. Nasi beras wangi
6. Kerabu kaki
ayam,mangga atau kerabu telur belangkas
7. Daging Bakar dan ayam
bakar
8. Pulut Ayam dan pulut
mangga
Pejabat Karlisa Travel beralamat di CJS Satun 406, No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam , Amphore Langu ,
Changwat Satun, Thailand 91110 .
Waktu Urusan : Isnin - Ahad
Jam : 09:00am - 05:00 pm
Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )
Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948
Whatsapp : +6688 755 3209
https://wa.me/66887553209
Email : karlisahalim@gmail.com
Lokasi tempat makan
Changwat Satun, Thailand 91110 .
Waktu Urusan : Isnin - Ahad
Jam : 09:00am - 05:00 pm
Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )
Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948
Whatsapp : +6688 755 3209
https://wa.me/66887553209
Email : karlisahalim@gmail.com
Lokasi tempat makan
1. Bandar Satun ( sebelah
stesen minyak Shell dan berdekatan Masjid Mambang. Dibuka setiap hari dari jam
5.00 ptg – 10 mlm.Makanan yang menjadi pilihan disini. Masakan kampung versi
Satun. Dari nasi campur dan pilihan beraneka lauk pauk hingga kuih muih dan
perbagai kerabu.
2. Tanyong Po ( Tanjung
Pauh ) Dari makan tengahari hingga ke makan malam.Hidangan yang selalu menjadi
sebutan ODANGKOTAM ( udang dan ketam ) perbagai jenis hidangan dan masakan laut
dan masakan Thai boleh di pesan disini. Suasana Gerai tepi pantai dan
berlatarbelakang Koh Tarutao dan Pulau Langkawi.
3. Pak Bara pekan
pelancongan yang kian popular di Wilayah Satun. Gerai di sepanjang pantai yang
bersih sertan nyaman.Terdapat lebih dari 20 restoran dan cafe yang boleh
memuatkan 50 – 100 orang dalam satu masa. Di Pak Bara selain boleh menjamu
selera,anda boleh menganjurkan aktiviti berkumpulan serpeti sukaneka pantai ,
BBQ dan aktiviti bersiar siar bersama keluarga.Antara restoran dari puluhan
yang ada, kami mencadangkan NAVA SEAFOOD kerana , 100% halal dan arak tidak
dibenarkan dibawa ke restoran.Tempat riadah sesuai untuk seisi keluarga
termasuk kanak kanak dan bayi. Kemudahan surau walaupun berhadapan dengan
masjid.Mudah untuk berkomunikasi.Harga lebih kurang saja dengan restoran yang
ada.
Sebahagian
dari pendapat mereka
1. Mulut Melayu : Belangkas (King Crab) berharga
equiv. RM30? Fuhh!!!
2. Mohammad Afendy Noor Khan Pengalaman saya
makan tomyam setakat ni dlm malaysia or area thailand..makanan dekat Pak Bara
memang terbaik setakat ini..tomyam seafood dia..kerabu kaki..daging
bakaq..memang sedap..
Betul tak Jamiran
Satam?
3. Che Bukh harga makan sekarang bleh kata dekat
sama.. x mcm dulu2.. tp dari segi rasa of course kat thailand la kan.. sbb
bahan masak mai dari sana.. kedai kat m'sia kena jimat cermat, tu yg rs kurang
kick skit tu.. pada pandangan saya la.
4. Azman Abdul memang thailand sedap ,,kalau free
lagi sedap.... depan nok nam ban thong pun sedap..kedai kak aisyah (satun)
5. Mohd Lotfi Abdullah ya....betullllll.....
6. Jazzy Jeff Harga dah sama dengan Malaysia cuma
masakan Thai asli lebih sedap. Di Malaysia ramai bukan nya tukang masak.
Sekadar bekerja di restoran. Masakan pun tak sedap mana.
7. Luth Fie Bawak la kami p.nk tau hahah ( tiada
pengalaman di Thai )
8. Ted Eijall Betui tu Jazzy Jeff...Teman Kalo
Kat Malaysia ni mmg jarang jejak kedai tomyam ni...totally lain Dr kat siam
tu...
9. Jazzy Jeff (mention Ted Eijall) - ditambah
lagi org Malaysia main bedal je ....he he he
10. Shukri Abdullah ( mention Karlisa Latisya),
kami sekeluarga selalu makan kt Tanjung Pauh…tomyam campur + ketam kari 1 kilo
+ nasi utk 4 org + 2(nasi tambah) = dlm ThB540 kalau saya x silap. Tp x pernah
melebihi ThB600 lg laa....ok la saya rasa. Kalau nk banding dgn Kuala Perlis
saya x pasti, sebab x pernah p makan pun...walau kami org sini...mmg fresh dan
tomyam plg sedap setakat ini...
11. Irwan Fahmy Kalau selain tjg pauh n sepanjang
raj manggala poliiteknik( Jalan Ke Tammalang,Satun ) .. kebanyakan kedai makan
kat thailand mmg mahal la.. tula betui kat malaysia tom yam versi pattani.. suh
buat tomyiam putih dah rasa lain heheheh
12. Abd Rahman Abd Ghani Org Msia yg sekali sekala
makan masakan Thai akan kata 'murah nooo' terutama di DANNOK.Sebenaq nya mahal
tuan tuan/puan puan.Rate Singapore tu....
13. Shaiful Anuar Che Pe Karlisa Latisya kena buka
bikers cafe dh senang kami nk makan
14. Hamirudin Hamidi Kari Hijau di Krabi bikin
teringat sampai sekarang.. THB 150.. Ada versi Greenwood, Gombak, oklah..
RM10..
Ulasan