Travel Blog Dan Perniagaan Tourism Saya bukan Travel Blogger tapi saya Blogger Tourism. Saya menulis blog untuk mempromosikan perniagaan tourism di sekitar tempat saya tinggal. Saya memulakan Travel Blog Malaysia Thailand, pada hujung 2012 di Pak Bara Satun. Pada masa itu saya bekerja membantu perniagaan keluarga saya di Pekan Langu Satun. Pekan Langu dengan Pak Bara lebih kurang 10 KM. Pak Bara terkenal dengan pusat perikanan dan perlancongan. Disana terdapat sebuah jeti untuk mereka yang ingin melancong di Koh Lipe,sebuah pulau batu karang yang sangat cantik. Oleh kerana saya fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal 10 tahun di Malaysia, saya berbual dengan ramai perlancong Malaysia yang melawat Pak Bara. Rata rata penduduk Pak Bara,tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris. Ini memberi saya idea bagaimana saya boleh membantu mereka. Dengan bantuan suami saya ,seorang warga Malaysia ,kami memulakan perniagaan ini secara sambilan dalam bentuk online. Pada permulaan menul...