SATUN DAN TEMPAT TEMPAT MENARIK |
Satun adalah sebuah wilayah ( negeri ) yang bersempadan
dengan negeri Perlis di utara Malaysia. Pintu masuk yang terdekat adalah dengan
melalui Wang Kelian. Dari lebuhraya utara selatan,anda perlu memandu ke Pekan
Changlon Kedah. Di pekan ini ,anda boleh membuat urusan seperti :-
1.
menukar wang RM ke THB
2.
membeli insuran kereta ke Thailand
Dari Pekan Changloon anda memandu ke hala utara sehingga
menemui Lebuhraya ke Kuala Perlis. Dari sini anda memandu ke Chuping Perlis
atau berhampiran Kampus Induk UniMap. Anda mengambil simpang ke Padang Besar.
Sesampai di Padang Besar,anda belok kiri ke Kaki Bukit ( sebelah Pejabat
Kastam).Kemudian anda memandu sehingga menemui Komplek Unimap disebelah kiri
dan simpang di sebelah kanan.
Dari simpang UniMap anda ikut arahan jalan dan memandu ke
Wang Kelian. Sebelum memasuki Thailand,anda PERLU mengisi minyak tanki penuh di
CALTEX Wang Kelian. Kemudian anda akan melepasi pemeriksaan UPP dan memandu
sehingga menemui Komplek Kastam dan Imigresen Wang Kelian.Selesaikan urusan
Passport di Wang Kelian dan terus memandu Ke Wang Prachan Thailand.
Komplek Kastam Thailand di Wang Prachan, anda perlu :-
1.
mengisi borang untuk Passport Malaysia di Balai
Imigresen sebelah kanan pintu pagar sempadan.
2.
Berbaris untuk pemeriksaan passport
3.
masuk ikut kiri,sehingga ke hujung
pejabat,terdapat pejabat Kastam Thai untuk pengistiharan kereta.
Siap segala urusan , anda telah bersedia memandu di
Thailand.
Pengenalan Tentang Wilayah ( Negeri ) Satun . Ibunegeri atau
ibu wilayah adalah Bandar Satun. Satun juga merupakan nama sebuah Daerah.
Kalangan orang utara memanggil SATUN dengan SETOI. Di Negara Thai, Nama
Wilayah,Nama Ibu Wilayah dan Daerah
digunakan nama yang sama . Oleh itu menimbulkan kekeliruan kepada
pelancong.
Antara Daerah di WILAYAH SATUN.
1.
Daerah Khuan Don . Nama Bandar Khuan Don.
Meliputi dari sempadan Wang Prachan sehingga ke jalan ke Hat Yai.
2.
Daerah Satun , Nama Bandar juga Satun. Ada
beberapa pekan kecil dalam daerah Satun. Antaranya Chalung , Klong Kut,Tammalang,Che
Bilang,Ban Khuan dan Tanyong Po.
3.
Tha Phea ,jalan dari pekan Chalung ke Pak Bara
Langu dan Trang atau Krabi.
4.
Langu . Pak Bara dalam daerah Langu.
5.
Thung Wa, daerah yang bersempadan dengan Langu
dan Wilayah Trang.
6.
Manang , daerah tanah tinggi dan popular dengan
Kayak
7.
Khuan Kalong,daerah yang bersempadan dengan
Phattalung
Rujuk Pada Peta
Add caption |
Anda berada di Lokasi A , ( Wang Kelian ) anda memandu lebih
kurang 19km anda akan berjumpa dengan LOKASI B. Anda belok kiri dan memandu
lebih kurang 7km anda akan berjumpa simpang pertama di LOKASI C. Lokasi C ada
dua traffic Light.
LOKASI C
1.
Anda belok kanan di Traffic Light pertama,anda
akan ke Pekan Khuan Don dan terus ke Hat Yai
2.
Anda belok kiri di traffic light pertama , anda
ada pilihan samada ke Bandar Satun atau ke Langu ( Pak Bara )
3.
Anda belok kiri dan terus selepas trafic light
no.2 , anda akan ke Bandar Satun ( LOKASI D ) lebih kurang 10 km
4.
Anda belok kiri di TRAFFIC LIGHT no 1 dan belok
kanan di TRAFFIC LIGHT no 2 anda akan ke Tha Phea, Langu (LOKASI H) ,Pak Bara LOKASI I ),Thung
Wa, Trang atau Krabi.
Dari Lokasi A ke Lokasi B anda akan menggunakan Lebuhraya
4184 dan belok kiri guna Route 3005.
Dari Lokasi B ke Lokasi C anda akan guna route 3005.
Dari lokasi C ke lokasi D anda akan menggunakan Lebuhraya
406.
Dari C ke H anda akan
menggunakan Lebuhraya 416.
Tempat Tempat Menarik
Dari lokasi A ke B anda akan bertemu dengan dua destinasi
perlancongan :-
1.
Nat atau Pekan Hari Sabtu dan Ahad di Wang
Prachan
2.
Thaleban. Hutan simpan dan tasik semula jadi
3.
Air terjun Ya Roi ( Namtok Ya Roi )
Dari Lokasi C ke Lokasi D pula,anda boleh melawat beberapa
tempat tempat menarik dan pusat membeli belah.
1.
Lokasi C adalah Pekan Chalung
2.
Selepas traffic light no 2 ke lokasi D, 1 km anda
akan jumpa satu lagi traffic light.Anda belok kiri, dan masuk ke Ban Khuan atau
dalam bahasa Melayu Kampung Guar. Selesap simpang 100 meter,disebelah kanan ada
sebuah masjid. Nama masjid itu adalah Masjid Misbahuddin. Di Kampung Guar anda
akan bertemu dengan 100% penduduk berbahasa Melayu. Di kawasan Masjid
Misbahuddin ada sebuah sekolah tadika yang mengajar Bahasa Melayu kepada anak
anak penduduk yang berusia dari lima tahun ke duabelas tahun pada setiap hari
Sabtu dan Ahad.
3.
Dari Kampung Guar atau ( Ban Khuan ) anda boleh
memandu terus sehingga terjumpa simpang T ( Kampung Kalan Yin Tan ) dan belok
kiri ke jalan Che Bilang dan Tanyongpo. Dari Simpang Kalan Yin Tan anda memandu
sehingga jumpa simpang T yg kedua. Ke Kanan ke Lokasi G atau Che Bilang. Jika anda
belok kanan , anda menuju ke Bandar Satun ( Lokasi D ) dan juga simpang ke
Lokasi F ( Tanyong Po ).
4.
Dari Lokasi C ke Lokasi D,selepas Kg Guar Ban
Khuan, anda memandu terus mengikuti Lebuhraya 406, lebih kurang 6km anda boleh
singgah untuk shopping di MAKRO SATUN. Selepas Makro, jika anda memandu
terus,dikiri ada sebuah tapak projek lapangan terbang. Di Tapak itu,setiap awal
Mac akan di adakan Festival Layang Layang Sedunia Satun.
5.
Dari Makro lebih kurang 3km , disebelah kiri ada
sebuah Pasaraya BIG C.
6.
Anda akan memasuki Bandar Satun. Mercu tanda
adalah sebuah masjid yang dikenali dengan nama
MASJID MAMBANG SATUN.
7.
Berhampiran masjid terdapat Menara Jam Besar dan
Muzium Satun atau Kuden Mansion. Disini terdapat banyak Hotel dan resort untuk
anda bermalam
8.
Pada hari Sabtu malam Ahad, diadakan sebuah
Pasar Malam yang di kenali Saturday Night Market.
Dari Lokasi D ke
Lokasi E ( Satun ke Tammalang )
Jarak dari Lokasi D atau Bandar Satun ke Tammalang kira kira
4km hingga 5 km sahaja. Tammalang adalah sebuah perlabuhan nelayan di Wilayah
Satun. Disini terdapat dua buah jeti :-
1.
Tammalang Pier ( Jetty ke Langkawi )
2.
Jeti ke Kampung Tammang Hulu dan Tammalang
Hilir, sebuah pulau kecil .
Aktiviti Di Tammalang
Di Tammalang anda boleh melakukan beberapa aktiviti yang menarik
, antaranya :-
1.
Menaiki bot tambang dan melawat perkampung nelayan. Penduduk
kampung 100% boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika anda datang dalam
kumpulan minimum 10 orang , anda boleh bermalam bersama penduduk kampung di
Homestay yang disediakan.
2.
Melawat Jeti Tammalang dan bergambar dengan
replika KETAM BATU GERGASI.
3.
Melawat Taman Hutan Bakau dan memanjat menaran
tinjau setinggi 5 atau 6 tingkat. Pemandangan Negeri Perlis jauh kehijauaan di
seberang.
4.
Melawat gua yang pintunya di permukaan laut. Anda
perlu menyewa bot dan minimum 10 orang,
5.
Jika anda ingin mandi laut , anda perlu menyewa
bot ke Koh Yau ( minimum 10 orang )
6.
Memberi makan Helang di pelantar .Terdapat lebih
dari 80 ekor helang akan menyambar makan jika anda mencampaknya.
Anda boleh bermalam di Bandar Satun atau di Homestay
Tammalang. Bajet dari THB1000 seorang
minimum 10 orang untuk 2H1M.
Replika Ketam Di Tammalang |
Menara Tinjau Tammalang |
PUYU TAMMALANG |
Memerhati Helang Di Tammalang |
LOKASI F ( Tanyong Po
)
Untuk ke Tanyong Po atau
nama asalnya Tanjung Pauh ada dua pilihan jalan, antaranya :-
1.
Dari LOKASI C , anda memandu ikut Lebuhraya 406
ke Bandar Satun ,anda jumpa traffic light no 3 dan anda belok kanan ke Ban
Khuan ataua Kg Guar. Dari Kampung Guar atau ( Ban Khuan ) anda boleh memandu
terus sehingga terjumpa simpang T ( Kampung Kalan Yin Tan ) dan belok kiri ke
jalan Che Bilang dan Tanyongpo. Dari Simpang Kalan Yin Tan ( Pengkalan Jintan )
anda memandu sehingga jumpa simpang T yg kedua. Anda belok kiri dan memandu
lebih kurang 4km anda akan jumpa simpan dan belok kanan,ikut Papan Tanda Jalan.
Memandu sehingga jumpa simpang T dan belok kiri ke Tanyong Po.
2.
Dari Lokasi D , dari Masjid Mambang anda memandu
ke Simpang T jalan sehala dan belok kanan dan jumpa traffic light dab belok
kiri. Memandu sehingga jumpa Traffic Light dan belok kanan.Memandu lebih kurang
5-6 km dan belok kiri. Ikut Papan Tanda Jalan. Memandu sehingga jumpa simpang T
dan belok kiri ke Tanyong Po.
Menarik Di Tanyong Po
Tanyong Po popular dengan makanan lautnya. Terdapat banyak
restoran di tepi pantai. Sambil menjamah makan,anak anak boleh mandi manda di
laut. Jangan lupa untuk membeli belacan sebelum pulang. 80% belacan Tanyong Po
di eksport ke Malaysia.
LOKASI G ( CHE BILANG
)
Pulau Sarai Che Bilang |
Ada dua jalan yang boleh anda guna untuk ke Che Bilang.
1.
Dari LOKASI C , anda memandu ikut Lebuhraya 406
ke Bandar Satun ,anda jumpa traffic light no 3 dan anda belok kanan ke Ban
Khuan ataua Kg Guar. Dari Kampung Guar atau ( Ban Khuan ) anda boleh memandu
terus sehingga terjumpa simpang T ( Kampung Kalan Yin Tan ) dan belok kiri ke
jalan Che Bilang dan Tanyongpo. Dari Simpang Kalan Yin Tan ( Pengkalan Jintan )
anda memandu sehingga jumpa simpang T yg kedua.Anda Belok ke Kanan dan memandu
sampai ke Che Bilang
2.
Dari Lokasi D , dari Masjid Mambang anda memandu
ke Simpang T jalan sehala dan belok kanan dan jumpa traffic light dab belok
kiri. Memandu sehingga jumpa Traffic Light dan belok kanan.Anda memandu lebih
kurang 10km sampai penghujung jalan ke Che Bilang.
Che Bilang
Sebuah kampung melayu nelayan. Penduduk berbahasa
melayu.Terdapat sebuah jeti kecil untuk ke Koh Sarai atau Pulau Serai. Di Koh
Sarai anda boleh bermalam di resort ala homestay di tengah laut. Bila air surut
terhampar sebuah beting pasir yang sangat besar dan panjang. Anda boleh mencari
siput,kepah dan remis. Aktiviti malam,makan malam dengan hidangan ketam batu
dalam perbagai rasa masakan. Bila air pasang anda boleh mandi manda atau
memancing di atas pelantar di laut.
Pantai Tanyong Po |
Pantai Tanyong Po |
Restoran Di Tanyong Po |
LOKASI H ( LANGU)
LOKASI I ( PAK BARA ) DAN LOKASI J ( MANANG )
Dari Lokasi C ( Chalung ) di Traffic Light No 2 , anda belok
ke kanan dan memandu kira kira 36 km ke Bandar Langu. Anda boleh membelok ke
kiri di Traffic Light Pertama Langu dan belok kiri lagi di Pekan Langu dan
memandu terus ke Pak Bara, jaraknya kitra kira 10 km
PAK BARA
Pak Bara adalah pekan perlabuhan kecil. Terdapat sebuah
jeti untuk anda ke pulau pulau Peranginan. Antara pulau pulau :-
1.
Koh Lipe ( Paling Popular ) Aktiviti snorkeling
dan scuba diving sangat popular disini. Pantainya putih bersih terletak lebih
kurang 67 km dari jeti Pak Bara. Terdapat banyak resort dan hotel disini . Di
Koh Lipe terdapat sebuah pekan yang dikenali dengan Walking Street.
2.
Koh Tarutao
3.
Koh Adang
4.
Koh Bulone
5.
Koh Klang
6.
Koh Hin ngam ( Pulau Batu Hitam )
7.
Koh Khai ( Pulau Telur)
Bagi yang mengemar aktiviti snorkeling, anda boleh mengambil
pakej sehari ke Koh Lipe. Kosnya diantara THB1990.seorang.Pakej ini termasuk :-
1.
tambang speed boat
2.
makan tengahari dan minumpetang
3.
Insuran
4.
Peralatan snorkeling
5.
cukai taman negara
6.
tour guide
Pakej bermula dari jeti Pak Bara pada jam 9.30 pagi waktu
Thai dan berakhir jam 5.30 ptg waktu thai.
Anda akan dibawa ke Koh Khai , Kho Hin Ngam,Koh Cabang,Koh
Rawi dan Koh Lipe.
Jika anda ingin bermalam di Koh Lipe, banyak resort dan
hotel di Koh Lipe. Harga dari bilik berkipas THB1000 semalam sehinggalah
THB10000 semalam. Kemudahan restoran islam juga mudah didapati di Koh Lipe.
Cuma harga makanan di Koh Lipe berbeza seganda dari Pak Bara.
Gambar Coral di Koh Lipe |
Selain dari itu, di Pak Bara juga popular dengan makanan
lautnya. Ada berderetan kedai dan restoran makan di sepanjang Pantai Pak Bara.
Resort dan hotel juga banyak di sekitar Pak Bara. Harga dari serendah THB650
sehinggalah THB1600 semalam.Pada setiap hari Sabtu dan Ahad ada sebuah pasar
malam yang dibuka di tepi pantai Pal Bara.
Disekitar Pak Bara, anda boleh melawat Mo Ko Phetra National
Park dengan bayaran THB100 seorang bagi pengunjung Malaysia. Di taman itu anda
boleh bersiar siar di sepanjang jeti simen yang mengelilingi sebuah bukit.
Pemandangan yang indah di tepi pantai dan udara yang dihembus angin sepoi sepoi
bahasa.
Anda juga boleh pergi ke sebuah pulau berdekatan untuk
aktiviti pantai. Koh Lidee terletak kurang dari 5 KM dari jeti Mo Ko Phetra.
Tambang sebuah bot dari THB2500 – THB3000 bagi muatan 10 penumpang.
Bila waktu petang, anda boleh ke pantai Pak Bara, yang mana
terletak sebuah beting pasir untuk anda mengambil angin petang dan menyaksikan
matahari terbenanm. Air laut yang surut membolehkan anda berjalan sejauh 2
hingga 3 km di beting pasir itu.
Istana Pasir Pantai Pak Bara |
Untuk yang datang berkumpulan, mereka boleh melakukan
sukaneka pantai di pantai Pak Bara dan pada malamnya diadakan acara BBQ.
Taman Tepi Pantai Pak Bara |
LOKASI J ( WANG SAI
THONG MANANG )
Dari Lokasi H atau Pekan Langu, anda memandu lebih kurang
30km ke lokasi. Disini terdapat beberapa sungai dan jeram .Aktiviti berkayak
arus deras sangat popular. Ada dua aktiviti berkayak menjadi pilihan :-
1.
Berkayak 9 km melalui Chet Kod Cave sejauh 1 km
2.
Berkayak 10km melalui jeram yang agak mencabar
Perbezaan yang ketara bila anda melalui dua jalan berkayak.
Pengalaman memasuki gua yang panjang dan bertujuh liku amat gelap, menyeramkan
perasaan. Berbekalkan lampu suluh anda akan mendayung sehingga keluar dari
perut gua. Melalui jeram yang airnya laju menguji kecekapan anda mengendalikan
kayak.
Anda juga boleh bermalam disini. Menghirup udara segar malam
dipinggir hutan belantara dengan kesunyian malam bertemankan suarga cengkerik
dan unggas hutan. Makanan hendaklah ditempah awal atau anda membawa bekalan
makanan sendiri.
Kos berkayak THB 300 hingga THB350 seorang
Makan dari THB80 hingga THB150 seorang
Bilik dari THB450 hingga THB1500 semalam
Minimum pakej 10 orang.
Pemandangan Di Pintu Gua |
Persiapan Berkayak |
Kayak Di Manang ,Kanak Kanak |
SATUN DALAM KENANGAN
Rasanya 3H2M tidak akan melengkapapi untuk anda menjelajah
Wilayah Satun. Mungkin anda akan datang lagi untuk melakukan aktiviti yang
masih tercicir. Sebagai kenangan , sehelai baju t I LOVE SATUN menjadi kenangan.
Wilayah Satun di bahagian selatan dan berjiran dengan Perlis masih lagi
terdapat penduduk berbahasa Melayu. Antara Kampung yang masih lagi menggunakan
Bahasa Melayu :-
1.
Ban Khuan ( Kampung Guar )
2.
Chalung ( Kampung Cina)
3.
Kelubi
4.
Kubang Chamang ( Kubang Kiambang)
5.
Tammalang
6.
Tanjung Gabus ( Puyu)
7.
Chebilang
8.
Tanyong Po ( Tanjung Pauh)
9.
Sedikit orang lama di Bandar Satun
Bahasa Melayu akan lenyap di telan zaman. Oleh itu kami Travel Blog Malaysia Thailand,berusaha
gigih mempertahankan bahasa Melayu dari LENYAP di telan zaman di Bumi Setul (
Setoi atau Satun) . Kami bergiat menjalankan aktiviti masyarakat dengan membuka
kelas bahasa melayu di Kampung Guar bagi membantu mengekalkan Bahasa Melayu.
Sekiranya anda ingin membantu kami mempertahankan BAHASA
MELAYU di bumi Satun, anda datang melawat Satun dengan menggunakan perkhidmatan
kami. Serba sedikit dari keuntungan yang kami perolehi akan membantu kami terus
mempertahankan BAHASA DAN BUDAYA MELAYU di SATUN.
INSYAALLAH semoga Allah membalas budi baik anda.
masjid Misbahuddin |
Kanak Kanak Kelas Bahasa Melayu |
Ulasan
dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH
berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-
dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH
berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-