Kembara Ke Wilayah Satun Thailand Selepas anda membaca artikel 10 SIRI Melayu Satun Selepas 1909 , kini anda ada pilihan dalam rancangan melawat Wilayah Satun. Salah satu program percutian anda dan kumpulan adalah melakukan aktiviti sosial atau khidmat masyarakat bersama penduduk Melayu Satun pula. Dalam anda bergembira dan menenangkan fikiran, menghayati keindahan alam, anda juga berpeluang belajar dari pengalaman dengan melakukan lawatan di kampung kampung melayu di Wilayah Satun. Iktibar dan pelajaran boleh anda perolehi dan dikongsi bersama dengan generasi muda masyarakat Melayu Malaysia. Wilayah Satun yang bersempadan dengan Perlis di utara Malaysia adalah bekas Mukim dalam negeri Kedah suatu masa dahulu. Keunikan Wilayah Satun adalah keaslian yang masih terpelihara dari arus pembanggunan. Ada ura ura untuk membina jalan darat kedua dari Tammalang Satun ke Bukit Putih di Perlis. Itu semua dalam perancangan dan pintu masuk biasa dari Wang Kelian ke Satun dibuka dari jam 7,