Melawat Satun Banner

Bahasa Thai Siri 1

Melancong ke Thailand pastinya menjadi lebih menyeronokkan sekiranya kita mampu berkomunikasi menggunakan bahasa tempatan secara asas. Sebagai pembuka tirai, Bahasa Thai Siri 1 ini akan membekalkan anda dengan kosa kata serta ungkapan ringkas yang paling kerap digunakan oleh pelancong semasa berkunjung ke restoran, pasar, mahupun ketika bersiar-siar. Walaupun loghat sebutan kadangkala berbeza mengikut kawasan, perkataan yang disenaraikan di bawah adalah rujukan sebutan terdekat yang mudah difahami oleh masyarakat setempat.

Siri Belajar Bahasa Thai


1. Nama Tempat, Lokasi & Persekitaran Kedai
Bahasa Melayu Bahasa Thai/Siam Biasa Didengar & Ucap
Pasar / MarketTalat-
RumahBan-
Kedai / RestoranRarnRan
JalanThanonta non
Muslim / IslamMuslim-
HalalHalalhalan
Bersihsaatsa at
Kotorsokobrot-
Pantaihaat-
Tepi pantairim haat-
Kerusikau ekau “e”
Mejatok-
Pondoksum pai-
Lap mejacet tok-
Kain tualapa kon nu-
Tisutisu-
Basuhlarnglaang
Tandassuamsuamt
2. Urusan Memesan Makanan, Pertanyaan Harga & Bayaran
Bahasa Melayu Bahasa Thai/Siam Biasa Didengar & Ucap
Menurai cheu are-hanrai cheu “a” han
Tolong bawakan saya menuOao rai cheu are-han hai pomOao rai cheu “a” han hai pom
Ini Berapa?Ni thau rai?-
Itu Berapa?Nan thau rai?-
Berapa Harga?Thau Rai?-
Berapa kesemuanya?Thung mod thau rai?-
MahalPheng-
MurahThookTuuk (bunyi 'u' panjang)
BanyakMak Mak-
SikitNid Noi-
Wang / Duitngen-
Cepat sikitrip noi-
Kira harga / Minta Bilkid ngernkid ngen
Cukup / Dah kenyangpor laewim liau / por liau
Dah habis / Siapsed laewsed liau / mot liau
Minta / Tolongkhor-

Langkah pertama ini pastinya akan memudahkan hari pertama kembara anda di bumi gajah putih. Pastikan anda mempraktikkannya dengan senyuman! Untuk melengkapkan penguasaan perbualan anda, sila ikuti perkongsian siri yang seterusnya di bawah. Sentiasa rujuk portal rasmi www.satunsiam.com untuk tips travel terkini.

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

1 comment for "Bahasa Thai Siri 1"

Ruly Sibat Masiga April 25, 2022 at 7:37 AM Delete Comment
Terbaik..
WhatsApp Karlisa Travel