Langkau ke kandungan utama

Kembara Ke Wilayah Satun Thailand


Kembara Ke Wilayah Satun Thailand
Selepas anda membaca artikel 10 SIRI Melayu Satun Selepas 1909 , kini anda ada pilihan dalam rancangan melawat Wilayah Satun. Salah satu program percutian anda dan kumpulan adalah melakukan aktiviti sosial atau khidmat masyarakat bersama penduduk Melayu Satun pula. Dalam anda bergembira dan menenangkan fikiran, menghayati keindahan alam, anda juga berpeluang belajar dari pengalaman dengan melakukan lawatan di kampung kampung melayu di Wilayah Satun. Iktibar dan pelajaran boleh anda perolehi dan dikongsi bersama dengan generasi muda masyarakat Melayu Malaysia.
Wilayah Satun yang bersempadan dengan Perlis di utara Malaysia adalah bekas Mukim dalam negeri Kedah suatu masa dahulu. Keunikan Wilayah Satun adalah keaslian yang masih terpelihara dari arus pembanggunan. Ada ura ura untuk membina jalan darat kedua dari Tammalang Satun ke Bukit Putih di Perlis. Itu semua dalam perancangan dan pintu masuk biasa dari Wang Kelian ke Satun dibuka dari jam 7,00 pagi hingga 7.00 malam.
Bukan sahaja tempat tempat peranginan dan percutian yang ada boleh lawati.Akan tetapi anda boleh lawati kampung kampung yang dihuni oleh masyarakat Melayu Islam Satun. Kini cuma tinggal sekadar 12 kampung yang masih bertutur dalam Bahasa Melayu dalam loghat Kedah bercampur Siam. Antara kampung yang anda boleh lawati:-
1.      Kampung Chalung ( 30 km dari Wang Kelian )
2.      Kampung Guar Ban Khuan ( jiran Kg Chalung )
3.      Kampung Kelubi ( Jiran Kg Guar )
4.      Kampung Kubang Kiambang ( Jiran Kg Kelubi )
5.      Kampung Pengkalan Jintan @ Kalan Yin Tan ( 5 KM dari Kg Guar )
6.      Kampung Che Bilang
7.      Kampung Tanjong Pauh @ Tanyong Po
8.      Kampung Tammalang
9.      Kampung Tanjung Gabus,Pulau Panjang ( sempadan dengan Kuala Perlis )
10.  Dan ada dua tiga kampubg yang berdekatan
Anda dan kumpulan anda boleh belajar dan mengenal kehidupan Masyarakat Melayu Satun Selepas Perjanjian Bangkok 1909. Banyak iktibar dan pengalaman hidup yang baru boleh di ambil. Ini boleh menguatkan jatidiri anda sebagai Bangsa Melayu yang merdeka. Sila hubungi kami di email karlisahalim@gmail.com atau Facebook Karlisa Latisya atau +66943160495.


Suasana Masyarakat Melayu di hujung 70-an dan di awal 80-an
Jika anda ingin mengimbau kenangan hidup di kampung kampung di Malaysia di hujung 70-an dan awal 80-an , anda patut melawat disini. Pada zahirnya anda nampak macam keadaan dah moden, tapi bila anda menyusuri masuk kedalam kampung anda akan merasai perubahannya. Akan lebih terasa bila anda turut beramah mesra dan berbual dengan mereka.Cara mereka berfikir tidak sama macam orang Melayu Malaysia berfikir. Kehidupan dan tatacara kehidupan juga anda akan rasa perbezaannya.
Pakaian
Kebanyakkan masyarakat masih lagi bersarung sekiranya berada di sekitar kampung. Tak kira lelaki atau perempuan,tua atau muda. Mereka mundar mandir ke pekan berhampiran sekadar berkain pelikat. Jarang sangat nampak wanita berbaju kurung. Kalau yang bertudung pun, tudung stail lama dan tak moden macam cara wanita Malaysia bertudung. Adalah janggal bagi mereka jika ke masjid bagi lelaki berbaju melayu dan bersuluar panjang. Jika anda memakai sampin,lagi anda dipandang janggal.
Majlis Kenduri
Jika kenduri anda akan dihidang makanan. Jika ada yang ikut cara ‘layan diri” mereka akan kata, ikut orang Malay ( Ma lay ) atau ikut Malaysia. Mereka tidak suka cara layan diri dan dianggap perkara itu sangat menyusahkan. Mereka masih bergotong royong dan kebanyakkan dibantu oleh kaum kerabat sendiri. Kalau dulunya jiran sekampung , kini telah sedikit sedikit berubah. Musim cuti sekolah , kenduri berkhatan kerap diadakan. Majlis kenduri berkhatan agak besar. Khemah didirikan,cuma juadah yang dihidangkan ada juga nasi tapi kebanyakkan laksa kuah asam pedas ( Kuah Masam ) dan kuah lemak. Kanak kanak akan diraikan dan anda perlu sedekah wang kepada kanak kanak yang berkhatan itu. Bila anda memberi wang anda akan dibalas dengan bunga telur.
Musim Kemarau
Bila musim kemarau , kanak kanak dan ada juga orang dewasa yang bermain wau. Mereka mula bermain wau selepas selesai musim menuai padi. Budak budak akan bermain jerami padi. Mereka membuat pondok pondok dan ada yang bermain perang caplom . Jika musim cuti sekolah ramai kanak kanak sekolah dan orang dewasa yang menimba ikan atau mengagau ikan di parit atau ban.
Motosikal dan kenderaan
Motosikal dinaiki oleh tiga orang dewasa adalah pemandangan biasa disini. Motosikal beroda tiga yang diubah suai banyak terdapat disini. Motosikal itu panggil “SHOLAY”. Sholay adalah nama sebuah filem hindi suatu ketika dulu. Kepada yang mampu mereka memiliki pick-up sebagai kenderaan. Pick Up banyak terdapat disini berbanding kereta biasa ( mereka panggil kereta prebet atau sebenarnya Private Car ) kerena diesel murah , mudah untuk masuk ke kebun atau dusun dan boleh dinaiki lebih dari 10 penumpang. Penumpang akan bersila di belakang. Pick up selalu digunakan jika ingin menghadiri majlis kenduri atau menziarah kematian. Jarak sehingga 300 km pun mereka akan membawa penumpang di belakang. Mereka tidak kisah panas maupun hujan.
Memandu motosikal disongsang jalan dan tanpa topi keledar dan menaiki 3 dewasa adalah pemandangan yang biasa di jalan jalan atau highway di Wilayah Satun. Kebanyakan mereka tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan. Dikhabarkan 85% penunggan motosikal tanpa lesen memandu dan tidak tahu peraturan jalanraya.Oleh itu jika anda memandu kenderaan dari Malaysia,SILA BERHATI HATI. Jika kemalangan memang sukar diselesaikan melainkan dengan sogokan wang yang lumayan.
Perahu Panjang Nelayan
Bagi penduduk dipersisir pantai, mereka kebanyakkan memiliki perahu pancung ( perahu panjang atau perahu ekor biawak ) . Perahu kebanyakan dibuat dari kayu dan berejin diesel. Ini kerana harga deisel lebih murah berbanding petrol. Lagipun ternologi membuat perahu fiber glas belum lagi popular di disini. Jika mereka ingin memiliki perahu fiber glass,mereka akan menepah di Malaysia.

Menoreh Getah
Kebanyakkan penduduk atau 70% penduduk bekerja disektor ladang dan menjadi nelayan. Mereka menoreh getah seawal 12.00 mlm waktu Thai sehingga 3.00 pagi. Mereka kan siap bekerja sekitar pukul 8.00 pagi hingga 10 pagi. Kebiasaan mereka akan tidur selepas waktu zohor sehingga waktu asar. Pada waktu malam, sekitar jam 9.00 malam waktu Thai, suasana akan sunyi sepi kerana kebanyakkan penghuni sudah tidor untuk persediaan menoreh pada awal pagi.
Rumah dan Kediaman
Walaupun buruk rumah meeka,lantai tetap berturap jubin. Ini kerana mereka tidak suka menghias rumah dengan sofa atau kerusi di kebanyakkan rumah kampung. Dihadapan rumah mereka akan membina tempat duduk . Mereka suka berbual diluar kerana udara lebih nyaman sebab kebanyakan rumah tiada bersyiling. Jika rumah papan atau kayu, dinding dibuat dari ayaman buluh. Ada juga yang membina pondok pondok buluh dihadapan rumah bagi tujuan bersantai dan menyambut jiran jiran yang bertandang.Kebanyakan rumah memilik perigi kerana disini sukar mendapat bekalan air yang disediakan kerajaan. Air untuk minuman akan dibeli dikedai kedai runcit berdekatan.Di musim kemarau mereka akan mencuci pakaian disungai sungai yang berhampiran.

Perlancongan dan Kajian Sosial Masyarakat
Jika anda atau kumpulan anda dari Jabatan Kerajaan,IPT ,sekolah atau NGO yang ingin membuat lawatan dan melakukan khidmat sosial anda boleh menghubungi kami di email karlisahalim@gmail.com atau Facebook Karlisa Latisya atau +66943160495 . Kami berpengalaman menguruskan aktiviti aktiviti seperti dinyatakan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand ? Bagaimana hendak bawa kereta ke Thailand ? Cara-cara nak bawa kereta Malaysia ke Thailand ? Ini adalah antara soalan yang sering karm terima dari pembaca ? Ini jawapan  nya :-  Baca Disini 1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement) di mana-mana Balai Polis atau JPJ . 2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran. Contoh Surat Kebenaran Pemilik FORMAT SURAT RASMI 1.PEMILIK ALAMAT PEMILIK NO MYKAD NO HP 2.PEMBAWA ALAMAT PEMBAWA NO MYKAD NO HP 3.KERETA JENIS KERETA WARNA NOMBOR PENDAFTARAN PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand. Tandatangan P