Melayu Satun Selepas 1909 SIRI 1
PENDAHULUAN
Melayu Satun
Selepas 1909 adalah sebuah siri bacaan yang bakal membicarakan tentang jati diri
bangsa Melayu Satun selepas Perjanjian Bangkok tahun 1909. Bagaimana Dasar Thesapiban yang
diperkenalkan pada tahun 1939 di seluruh Siam ketika itu untuk menyatukan semua
penduduk. Bagaiamana kesan dasar ini kepada bangsa Melayu yang dijajah ?
Bagaimana bangsa Melayu lupa diri,lupa asal usul dan hilang jatidiri ? Bagaimana
dasar ini meresap ke jiwa setiap penduduk Satun tanpa mereka sedari. Siri ini
akan mengupas dari kajian bacaan,cerita lisan penduduk warga emas dan
pengalaman penulis sendiri yang menetap disini lebih dari 2 tahun. Harapan
penulis agar siri ini dapat membuka minda Melayu seluruh dunia agar berpegang kuat
pada jatidiri bangsa Melayu. Memang Allah tidak akan tanya “apakah bangsa kamu
di hari akhirat”. Allah mencipta manusia berbangsa bangsa dan bersuku suku
hanya untuk kita saling :”}KJAQkenal mengenali antara satu sama lain. Allah
mencipta Nabi Muhammad SAW dari bangsa Arab dan menyatupadukan suku suku yang
bertelagah dengan Islam.
Bila sesuatu
bangsa itu dijajah,bukan jasad yang menerima kesan,tetapi seluruh jiwa dan raga
paling teruk menerima kesan. Setiap negara didominasikan oleh sesebuah bangsa
yang besar,maka bangsa yang berkuasa itu akan menyatupadukan bangsa yang lain
dari segi bahasa , adat , dan budaya.Paling teruk adalah agama. Lazimnya
manusia hidup , dibahu kanannya menggalas agama dan dibahu kirinya menggalas
adat. Jika adat sesebuah bangsa yang bukan menganuti Agama Islam, maka akan
terjadilah manusia yang berbaju Islam dan berbadan Siam-Buddha. Selamat membaca
dan merenung seketika.
SEJARAH SATUN
Selelepas
106 tahun ( 1909 – 2015 ) Perjanjian Bangkok
berlalu,sebuah mukim dalam Negeri Kedah yang telah di anugerah British kepada
Raja Siam. Alasannya kerana Satun atau nama sebenar SETUL lebih sinonim dan
cenderung kepada budaya Siam. Kelansungan seorang Wakil Sultan Kedah dipercayai
anak saudara Bendahara Wan Muhammad Saman yang belot kepada Raja Thai.
Jasa Wan Baharuddin
kini kenali KUDEN dikenang dengan terbinanya sebuah memorial berupa sebuah
rumah diabadikan sebagai sebuah Muzuim Satun dan dikenali dengan Kuden Mansion.
Beliau dipercayai mengantikan wakil sultan iaitu anakanda Sultan iaitu Tengku
Kudin. Tengku Kudin ketika itu berada di medan perang di Selangor.Baginda
berjuang membantu negeri Selangor ketika itu di kancah perang.Oleh kerana tiada
khabar berita ,baginda diistiharkan meninggal dunia. ( menurut cerita dari pengkaji
sejarah Kedah yang kami temui di perkarangan Masjid Mambang).
Kuden banyak
membantu Raja Siam memerintah Satun ketika itu. Setul ketika itu dihuni lebih
dari 90% Melayu Islam telah mengalami revolusi mental dan di tarbiah akal dan
budaya yang lebih cenderung kepada adat dan budaya Thai. Kini populasi Melayu
Setul tinggal kurang lebih 65% dan sekadar tidak sampai 10% memperkenalkan diri
mereka sebagai orang Melayu .Selebihnya lebih berbangga dikenali dengan Muslim
Thai.
KETERANGAN
LOGO SATUN :
Simbol Wilayah Satun juga simbol
mengambarkan Dewa Pra Samut Thewaa duduk diatas batu di laut dan dibelakangnya
matahari terbenam. Dipercayai dewa ini penjaga Laut Andaman.Kesan dari Dasar
Thesapiban,logo juga telah di Buddha kan.
Dasar Thesapiban ( Ratniyom ) oleh
Perdana Menteri Siam Pibol Songgram (1939-1944)
Ciri-ciri
Dasar Thesapiban :-
1. Dasar yang memaksa semua penduduk
Siam mengikut Budaya Siam-Buddha
2. Menyatukan penduduk yang berbilang
bangsa kepada satu bangsa iaitu Bangsa Siam (Thai )
3. Menggunakan satu bahasa sahaja iaitu
Bahasa Siam ( Thai )
4. Mengunakan sistem pendidikan aliran
Thai di sekolah kerajaan dan bahasa Melayu diharamkan.
5. Mengantikan ‘bin” atau “binti” kepada
nama baka atau keturunan ( namsekon)
6. Ejaan nama Melayu telah di Siam kan.
Contoh , Jamilah jadi Yamillah , Sukri jadi Sukeree,Jelita jadi Jelitta .
7. Memecil Melayu Islam dalam bidang
politik
8. Penghijrahan beramai ramai kaum
Siam-Buddha ke wilayah wilayah Melayu
Walaupun
pemerintahannya sekadar 5 tahun,tapi dasarnya diguna pakai sehinggakan hari ini
walaupun bukan dalam terus terang. Akan tetapi dasar dasarnya terus digunakan
bagi mendominasi memerintah majoriti Bangsa Melayu di Selatan Thai dengan
menyimbangi majoriti keseluruhan
penduduk Thai yang berbangsa Thai-Buddha.
Dasar
Thesapiban ini memaksa penduduk Melayu Islam samada suka atau tidak,menerima
adat dan budaya Thai-Buddha dalam kehidupan. Alasannya bila memperkenalkan
dasar ini,untuk mengeratkan keharmonian dan integrasi antara Melayu Islam dan
Thai-Buddha. Ianya juga memudahkan dasar kerajaan dipatuhi oleh semua rakyat.
Agak
beruntung kerana Wilayah Satun berjiran dengan negeri negeri Melayu seperti
Kedah dan Perlis. Tambahan pula masyarakat mempunyai pertalian rapat
persaudaraan dengan penduduk nengeri negeri Melayu. Maka masih lagi ada berbaki
rakyat yang masih kuat pegangan kepada adat budaya dan bahasa Melayu di Satun.
Masyarakat
bernasib baik kerana dasar ini tidak memaksa mereka menukar agama dari Islam ke
Buddha. Akan tetapi pada tahun 1949 , Negara Siam bertukar nama kedapa Kingdom
Of Thailand. Dasar ini secara halus menukar jatidiri Melayu kepada Muslim Thai.
Pada tahun ini juga bangsa Melayu tidak lagi diguna pakai dalam pendaftaran ,
mereka dikenali dengan bangsa Thai-Muslim atau Muslim Thai. Dari 7 daerah di
Satun, hanya tinggal 1 daerah saja yang masih menggunakan bahasa Melayu. Kini
sekadar kurang lebih 12 kampung yang masih bertutur dalam Bahasa Melayu .
Bahasa yang digunakan dalam loghat Kedah dan kini banyak bercampur dengan
perkataan Thai dalam pertuturan harian.
Kesan Dasar
Thesapiban kepada Thailand amnya dan Satun khasnya
1. Wilayah-Wilayah Melayu seperti contoh,Trang
(Terang ),Phuket (Bukit ) ,Krabi,Phattalung,Surat Thani,Nakhon
Sitamarat,Songkhla ( Singora ) dan lain lain wilayah selatan hilang jati diri
Melayu. Kini , tiada lagi penduduk disini yang mengakui yang mereka adalah
Bangsa Melayu. Mereka lebih berbangga dengan gelaran Bangsa Thai-Muslim.
2. Wilayah Pattani,Yala ( Jala ) dan
Narathiwat ( Menara ) paling menentang kuat dasar ini. Penentangan terhadap
kerajaan berlangsung sehingga sekarang.
3. Sekolah-sekolah di ajar dalam aliran
Bahasa Siam ( Thai ). Bahasa Melayu diharamkan terus dari dipelajari
sehinggalah dua tiga tahun kebelakang ini mula diajar kembali kerana penubuhan
Asean Economic Commitee ( AEC ).
4. Pada abad ke 19, Satun ( Setul )
majoriti 90% Bangsa Melayu menghuninya,kini sekadar 65% sahaja yang tinggal.
Mereka yang masih bertutur bahasa Melayu dalam lingkungan 12 kampung sahaja.
5. Perpindahan beramai ramai penduduk
Siam Buddha ke semua wilayah Melayu.
6. Walaupun ditentang kuat di 3 Wilayah
( Pattani,Yala dan Narathiwat ) tetapi dengan kemasukan dasar ini ke dasar
pelajaran di sekolah sekolah,mahu tidak mahu penduduk terpaksa akur . Dalam
kata lain terima dalam terpaksa atau terima tanpa di sedari kerana menghantar
anak ke sekolah kerajaan.
7. Kalau masyarakat Siam Buddha
menganggap raja sebagai dewa,tapi orang Muslim Thai mendewakan raja. Dalam kata
lain raja adalah segala kebaikan bagi mereka.
BERSAMBUNG DI SINI
BERSAMBUNG DI SINI
Katakunci : Melayu
Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand
Ulasan