MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 10
Makan,Makanan dan Permakanan
Status Halal
Thailand boleh di pertikaikan . Sebagai contoh produk makanan segera jenama CP
yang dijual di “ Seven Eleven “ . Sosej atau “lokcin” bahasa orang Satun,
sebagai contoh sosej ayam ada logo halal dan perisa babi tiada logo halal.
Produk ini datang dari syarikat yang sama. Besar kemungkinan datang dari kilang
yang sama.
Bila
pelannggan membeli sosej, sosej akan dibuka plastik bungkusan dan di masuk
dalam ketuhar . Memang ada dua ketuhar di Seven Eleven. Pisau cuma satu dan
papan pemotong juga satu. Sosej babi atau sosej ayam dipotong atas papan
pemotong yang sama dan menggunakan pisau yang sama.
Sosej babi
dan ayam di tempatkan dalam peti sejuk yang sama. Letaknya bersebelahan antara
satu dengan yang lain.Jika pekerja Islam mungkin dia memasukkan dalam ketuhar
yang atas untuk sosej ayam. Tapi adakah pekerja bukan Islam faham atau boleh
mengikut peraturan bila suasana kedai yang sibuk ? Inilah persoalannya.
Kedai makan
milik orang Buddha, walaupun tiada logo halal tetapi diistihar sebagai Kedai
Makan Halal. Mereka menjual semua jenis makan kecuali daging babi. Minuman
keras ( arak) dijual bersama.Tukang masak adalah orang Buddha. Binatang anjing
berkeliaran keluar masuk kedai. ( pengalaman penulis bersama sama rakan rakan
Melayu Satun ). Bagi pendapat penulis ,adalah diragui status halalnya.
Tesco Lotus dan Makro
Di Pasaraya
besar ini, di pamerkan logo halal dan sijil halal disetiap produk dan gendola
menyimpan produk. Walaubagaimana pun, Daging Halal dan Ayam Halal bersebelahan
dengan produk babi. Sebagai contoh, selepas pelanggan membeli daging babi, dia
ke gendola produk ayam. Selepas tangannya menyentuh daging babi tanpa basuh dia
akan menyentuh daging atau ayam. Laluan ke stor penyimpan produk produk ini
melalui pintu yang sama. Besar kemungkinan peti sejuk penyimpan produk produk
ini di kongsi bersama,wallahu aklam.
Kebanyakan
masyarakat makan ikut selesa tanpa menhirau sangat status Halalnya. Bagi mereka
produk itu dari satu bangsa yang sama,iaitu bangsa Thai. Bagi mereka yang
mengambil berat tentang status Halal, banyak produk dibeli dari Malaysia dan
mereka banyak menggunakan produk Malaysia.
Walaupun
kini ada kesedaran tentang status halal makanan, tetapi langkah langkah menitik
berat tentang status halal sangan longgar dan penguatkuasaan boleh dikatakan
tiada langsung. Oleh kerana terlalu banyak TERMAKAN produk haram, besar
kemungkinan jiwa mereka telah berubah menjadi lebih “keras” . Inilah nasib
bangsa Melayu yang telah dijajah dan pengajaran ini perlu diambil iktibar oleh
penduduk dan masyarakat Melayu Malaysia.
Kesimpulan
Masyarakat
Satun rata rata menerima diri mereka sebagai Thai Muslim bukan lagi orang
Melayu. Kesan Dasar Thesapiban dan bantuan Wan Baharuddin berjaya mengubah
minda Melayu Setul menerima adat dan budaya Thai Buddha tanpa mereka mengakui
dan sedari . Dalam masa 10 tahun bahasa Melayu akan terus hilang di bumi Melayu
Setul. (pendapat penulis dari pengalaman menjadi guru di Satun)
Melayu Satun
Selepas 1909 sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran bagi masyarakat Melayu
Malaysia. Walaupun kerajaan tidak Islam 100% tetapi kehidupan seharian untuk
beribadat dan menjalani kehidupan seharian yang diberkati terbuka luas tanpa
halangan. Cuma sikap masyarakat yang memilih untuk memiliki yang haram.
Berbeza
dengan Masyarakat Melayu Satun, mereka tiada pilihan. Seratus enam tahun
dijajah dan dipaksa mengikut adat dan budaya Thai Buddha, lama kelamaan jiwa
telah sebati dan menjadi keras. Islam sekadar pada pakaian tetapi dalaman
berROHkan MAJUSI.Wallahu Aklam.
Bahasa
Melayu di Satun perlu sokongan moral dari pihak yang berkemampuan dan
berkebolehan dari Malaysia. Jika aktivis Bahasa Melayu sayangkan Bahasa Melayu
dan Bangsa Melayu di Satun, sesuatu perlu dilakukan dengan segera bagi
memastikan Bahasa Melayu terus bertapak di hati Melayu Satun.
Wassalam
Katakunci : Melayu
Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand
Rujukan
Bacaan :
1. Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph.D) adalah pensyarah kanan
di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan
seorang felo pasca kedoktoran kehormat di University of Wollongong, Australia.
2. Hara Sitaro : Rencana
ini dipetik daripada Dewan Bahasa September 2011
3. Wiki Melayu
4. Astro News
6. Jurnal Melayu (9)2012: 99-112 Ahmad
Fathy al-Fatani
7. Kajian Sosial Ekonomi Narathiwat
Rujukan
Lisan :
1. Haji Ismail Pongsu Seribu ( berbual
di perkarangan Masjid Mambang )
2. Azmi Baharom Negeri Sembilan (
berbual di Pak Bara Satun dan beliau bernikah dengan warga Thailand )
3. Shakir Taha ( berpengalaman bersama
Aman Pattani )
4. Haji Ghazali ( Iman Surau Kg Guar Ban
Khuan )
5. Wan Alee ( Pengetua Tadika
Misbahuddin )
6. Penduduk Kampung Guar Ban Khuan Satun
Pengalaman
penulis bermastautin di Satun menjelang 2 tahun. Bertindak sebagai aktivis
Bahasa Melayu . Mengajar Bahasa Melayu di dua buah sekolah di Satun.
Ulasan
Kita sebagai aktivi mampu berusaha.
Kejayaan milik Allah