MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 5
Daun Ketum atau Daun Biak
Ketum atau
biak juga salah satu jenis dadah yang digunakan bagi tujuan hayal. Segengam
daun ketum direbus dengan air .Bila mendidik ianya disejukkan dengan campuran
ais. Adakala mereka mencampurkan dengan coca cola untuk mendapat cita rasa yang
lebih dan menghayalkan. Penulis pernah bertanya, apakah kesan selepas meminum
air ketum dan menghisap ganja.Jawapan, menurut
mereka badan jadi kuat untuk esoknya pergi menoreh getah.Dari
pemerhatian penulis,kebanyakan yang meminum air ketum dan ganja adalah mereka
yang paling malas bekerja. Bangun tidur lewat ditengahari dan kehidupan tidak
terurus.Cuma yang lebih dewasa dan berumah tangga yang bekerja bila
menggunakannya.
Walaupun
aktiviti ini diketahui oleh masyarakat setempat, penulis pernah dilarang agar
jangan menegur atau mecampuri urusan mereka dan jangan menghalang aktiviti
mereka. Ini kerana golongan remaja yang berumur 15 tahun hingga 25 tahun boleh
bertindak diluar batasan. Penggunaan senjata api yang dibeli atau buatan
sendiri berleluasa di sini dan diselurh Thai. Walaupun ada undang undang tetapi
penguat kuasaan tidak ketat dan terlalu longgar. Sepanjang 2 tahun penulis di
Wilayah Satun, tak kurang dari sepuluh kejadian bunuh menggunakan senjata api
berlaku disini dan berpuluh yang cedera terkena tembakan atau tikaman.
Penulis
pernah berbual dengan golongan ibubapa disini mengenai sikap liar dan ganas
remaja,mereka memberi alasan yang remaja akan berubah bila sudah dewasa. Mereka
mengambil contoh dengan sikap liar mereka sewaktu remaja. Pada hemat penulis ,
mentaliti majoriti penduduk Melayu Satun 20 tahun kebelakang .
Masalah Sosial Remaja Dan Kahwin Muda
Boleh
dikatakan setiap rumah disekitar tempat tnggal penulis,ada saja seorang atau
lebih anggota keluarga yang terlibat
dengan masalah sosial. Antara masalah sosial remaja disini :-
1. Hamil sebelum Nikah
2. Pengaulan Bebas
3. Masalah senjata api dan gengsterism
4. Masalah Dadah
5. Mencuri
6. Berhenti sekolah terlalu awal
7. Judi
8. Arak
Masalah
remaja liar dan permasalahan remaja disini berterusan kerana kurang kekangan dari undang undang dan
kawalan ibubapa yang longgar. Tiada undang undang Islam bagi masyarakat Islam
di Satun walaupun penduduk Islam 70% dan ketua Wilayah adalah dari keturunan
Thai Buddha.Ibubapa yang menoreh getah seawal pukul 2 pagi dan pulang 9 pagi
gagal memberi perhatian kepada anak anak. Jangan hairan bila selang 10 rumah
ada kedai kopi.Ini kerana bila balik menoreh mereka akan singgah minum kopi
sebelum pulang mandi dan berehat sambil tidur.Budaya melepak di kedai kopi
sangat sinonim bagi masyarakat melayu disini. Ini bukan kerana mereka malas
bekerja tapi kebanyakkan baru pulang menoreh getah.
Oleh kerana
waktu tidur yang kurang di waktu malam,ibubapa menambil kesempatan merehatkan
badan disiang hari.Dalam tempuh ini,anak anak remaja yang tidak bersekolah
terbiar tanpa kawalan. Berada dirumah tidak boleh bising dengan bunyian TV atau
Radio.Oleh itu remaja akan melepak di tepi tepi sungai dipinggir kampung. Rakan
rakan dalam kumpulan yang ramai membuat remaja jadi berani dan boleh melakukan
apa saja. Di usia begini, remaja lain menimba ilmu,remaja yang terbiar,
terpinga pinga mencari identiti. Oleh itu banyak aktiviti tidak sihat berlaku
dalam masyarakat.
Dimasa ini,
keinginan melakukan perkara yang menganggap diri sudah dewasa kian
memuncak.Oleh kerana tiada penguatkuasaan undang undang melarang remaja berkhalwat
atau berdua dua dalam bilik,maka dengan mudah mereka melakukan akitiviti ini
tanpa pantauan.Resort atau hotel murah boleh disewa semurah THB100 untuk sejam
digunakan remaja untuk membuktikan kedewasaan. Maka terjadilah hamil diusia 13 tahun.
Jalan pintas penyelesaian adalah menikahkan diusia yang terlalu muda.
Perkahwinan
diusia muda bukan penyelesaian kepada masalah ini sebaliknya hanya sekadar
untuk menutup malu kepada masyarakat. Peceraian diusia muda banyak berlaku
disini. Pasangan yang berkahwin muda masih lagi dalam saraan ibubapa. Mereka
belum matang untuk memasuki alam rumah tangga. Peceraian membuat anak anak yang
masih kecil hidup terbiar dibawah pengjagaan Atuk dan Nenek. Maka inilah wajah
yang bakal menjadi pemimpin masa akan datang masyarakat Satun. Benar kata
pepatah “ kalau hendak tengok masa depan,lihatlah remaja masa kini”.
Pusat
hiburan dibuka seawal 6 ptg hingga lewat malam. Walaupun penjualan arak dan
kawalan had umur remaja, tetapi penguatkuasaan sangat longgar.Maka
berpeleseranlah remaja dipinggir bandar Satun menghabiskan waktu malam.
Ada juga
kalangan pelajar kolej yang memncari wang saku dengan menjadi GRO atau Pelacur
.Mereka ini dari golongan remaja dari wilayah lain atau mereka tinggal jauh
dari tempat belajar. Maka tinggal dirumah sewa tanpa kawalan dan selian
ibubapa. Akitiviti mereka bebas tanpa larangan.
BERSAMBUNG DISINI
BERSAMBUNG DISINI
Katakunci : Melayu
Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand
Ulasan