MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 7
Kesan Dari Sikap Kurang Membaca
Keberkesanan
Dasar Thesapiban kepada penduduk Melayu Satun amat mudah di lihat. Apabila
pengharaman Akhbar berbahasa Melayu di Thailand, dan dasar pelajaran yang
memberi ilmu sekadar tahu kepada masyarakat banyak kesalahan ejaan pada nama
nama kampung Melayu. Tiada ilmuan bahasa Melayu yang memantau penulisan ejaan
pada papan tanda jalan dan penamaan dalam peta ( pendapat penulis ). Pendapat
ini kuat dengan sokongan sebuah papan tanda nama sebuah kampung di Satun. Nama
dalam tulisan Thai “ MASJID KAMPUNG LUBUK BATU “ tetapi bila di tulis dalam
Bahasa Melayu jadi “ Musjid Kampung Loh Boh Batu”. Papan tanda ini jelas
menunjukkan bahawa penduduk disini tidak peka dengan Bahasa Melayu.
Oleh itu,
nama Wilayah Satun atau dalam Thai disebut SETUN atau STUN sebenarnya lahir
dari loghat dan lenggok bahasa Thai dari perkataan SETUL. Oleh kerana tiada
ahli Bahasa Melayu yang menegur maka penggunaan SATUN menjadi kebiasaan dan
diterima pakai ( pendapat penulis)
Contoh lagi,
dalam peta ditulis Che Bilang tetapi di papan tanda jalan di tulis Je Bilang.
Banyak lagi kesalahan ejaan nama nama melayu yang disalah eja di Satun kerana
masyarakat Melayu terpengaruh dan terkesan dengan dasar Thesapiban. Contoh
kesalahan :-
1. Pengkalan Jintan jadi Kalan Yin Tan .
Ini terjadi kerana sebutan loghat Kedah yang kuat bagi masyarakat disini.
Pengkalan selalunya dalam loghat disebut Kalan maka bila dieja Kalan tiada
siapa yang tahu akan kesalahan ejaan. Manakala Yin tan , dieja dalam sebutan
loghat Thai yang gagal menyebut huruf J dan abjab Thai J . Maka Y digunakan
mengganti J. Contoh nama wanita Jamilah tapi ejaan Yamilah.
2. Kubang Belut jadi Kubang Palod
3. Bukti Ketri jadi Gradree
4. Tanjung Pauh jadi Tanyong Po. Sama
juga dengan Jintan , J diganti Y manakala PO adalah loghat Kedah Pauh disebut
Poh maka Thai mengeja Po.
5. Wang Belacan jadi Wang Prachan
Hampir
banyak tempat lagi di Satun dan Wilayah Selatan Thailand yang mengalami mangsa
revolusi bahasa hasil Dasar Thesapiban.Dasar diperkenalkan kepada rakyat dan
rakyat buta bahasa ibunda maka kesempatan mengubah dari jatidiri bangsa Melayu
menjadi jatidiri bangsa Thai Buddha.Melalui bahasa , pemerintah Thai berjaya
memerintah Satun dengan berkesan.Menyedari rakyat Satun yang buta bahasa
Melayu, maka dengan mudahlah bahasa Melayu di Siam kan .
Katakunci : Melayu
Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand
Ulasan