MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 8
Hilang Wilayah , Hilanglah Melayu
Terbukti
dalam sejarah bangsa Melayu pernah memiliki peradaban yang tinggi dalam
meluaskan empayar jajahan. Dari Selatan Temasik hinggalah ke Surat Thani
,wilayah melayu berkembang luas. Oleh kerana tiada perancangan dan dasar
kerajaan yang sistematik maka dengan mudahlah bangsa Melayu dijajah.
Kerajaan
Melayu lampau tidak berjaya memperkenal dasar pememerintahan sehinggakan rakyat
menjadi bangsa yang berilmu. Dasar pelajaran
sekadar lisan dari tok guru tok guru disampaikan kepada rakyat ketika
itu. Tiada ilmu khusus tentang membina tamaddun,cuma sekadar ilmu fardu ain dan
fardu kifayah dalam penyebaran agama Islam.
Walaupun
pemerintah berjaya mengembangkan Agama Islam tetapi kesetian rakyat dan
ketaatan rakyat yang memiliki jatidiri bangsa tidak kuat. Ini membuat rakyat
mudah dijajah minda dan membuang jatidiri bangsa.
Mukim Setul
yang dulunya sebahagian dari wilayah Kedah kini hilang jatidiri Melayu setelah
106 tahun dijajah oleh Kerajaan Siam.Sekadar 31 tahun di jajah, kesetian orang
Melayu Setul telah berubah kepada kesetian Raja Siam,bilamana Raja Siam membuka
pintu sempadan membenarkan Jepun menyerang Tanah Melayu tanpa dibantu oleh
orang Setul. ( pendapat penulis )
Orang Satun Kini
Hidup 106
tahun dalam negara yang longgar undang undang membuat masyarakat disini tiada
displin dan tatacara kehidupan. Bergaduh dan membunuh sesama sendiri adalah
budaya sebahagian remaja Satun. Dalam pemilihan Ketua Wilayah,65% masyarakat
melayu mengundi bukan Melayu menjadi Ketua Wilayah. Ini semua kerana mereka
lupa asal usul dan jadi diri. Duit menjadi raja dalam setiap aktiviti. Dasar
Thesapiban menjadikan mereka sejiwa dengan Thai Buddha. Pada hemat penulis lagi
10 tahun , SATUN akan menjadi Trang,Phuket,Krabi,Phatalung dan Surat Thani.
Bahasa Melayu akan hilang dan pupus 95% dari bumi Satun. Bagi rakyat yang lahir
dari tahun 2000 masihi ,Bahasa Thai adalah Bahasa Ibunda dan mereka tidak tahu
lagi bahasa melayu. Mereka lebih rela menjadi BANGSA YANG TIADA JIWA ,
menumpang bangsa orang lain dan berbangga dengan bangsa Thai Buddha. Sebagai
balasan mereka akan dijajah sampai mati dan hilang jatidiri.
Islam Di Satun
Dari 65%
umat Islam 20% berpegang kepada fahaman Wahabi,Germuda dan Syiah.Selebihnya
Ahli Sunnah Waljamaah yang diwarisi turun tumurun.Dalam golongan ini ada yang
kuat dan cenderung kepada ajaran agama dan ramai yang telah longgar.Dan lagi 5%
telah hilang akidah akibat hidup terlalu bebas.
Dari 65%
penduduk Islam , 60% daripada mereka telah terpengaruh dengan Dasar Thesapiban.
Mentaliti dan pemikiran Thai Buddha kuat dipegang. Ada seorang rakan penulis
,dari Negeri Sembilan yang berkahwin dan menetap di Pak Bara berpendapat, Orang
Islam Thai, jasad Islam tapi hati majusi. Ini pendapatnya setelah 10 tahun
menetap di Satun.
Oleh kerana
terlalu banyak mazhab Islam di Satun ( Thailand amnya ) maka mudah bagi pihak
pemerintah mengawal masyarakat Melayu di Satun. Permusuhan antara penganut
mazhab dan perpecahan dalam masyarakat kian ketara. Banyak surau surau dan
masjid menurut mazhab masing masing dibina. Percanggahan hukum hakam agama
menjadi punca perpecahan.
Untuk
mendirikan masjid atau surau, tiada bantuan atau dana dari kerajaan. Masyarakat
mencari dana dengan menganjurkan jamuan teh menjemput masyarakat berdekatan
menderma. Ada juga antara mereka mencari dana di Malaysia. Rakyat Malaysia
tanpa pengetahuan dengan masalah di Thailand akan cepat bersimpati dan menderma
kepada mereka. Lebih lebih lagi di Wilayah Pattani,Yala atau Narathiwat.
Kekadang mereka ini mengambil kesempatan diatas keperihatinan rakyat Malaysia.
Sebagai
contoh,sebuah badan kebajikan pelajaran di Wilayah Selatan Thailand. Mereka
mencari dana di Malaysia dan digunakan untuk membantu penubuhan kelas bahasa
Melayu. Mereka menghasilkan buku buku dalam bahasa Melayu,tapi hasilnya tidak
memenuhi keperluan dan standard bahasa Melayu yang betul. Malah ada sahabat
saya yang pergi membantu mereka untuk menghasilkan buku buku tetapi khidmat
nasihat tidak diterima. Mereka melayan aktivis aktivis dari Malaysia bukan
kerana ilmu bahasa Melayu tapi sumbangan kewangan sahaja. ( Lihat contoh buku )
Penulis
pernah terbaca dalam akbar Utusan Malaysia bahawa , sebuah pusat Syiah yang terbesar
di rantau Asean akan dibina di Satun. Projek asal menurutnya, akan dibina di
Gombak Selangor tetapi telah di kesan oleh pihak berkuasa. Dana sumbangan
kerajaan Iran bernilai RM24 Juta , khabarnya telah sampai ke Satun. Sampai hari
ini penulis belum lagi dapat mengesan tempatnya. Ini kerana agak susah untuk
kita bergaul dengan golongan Syiah disini kerana mereka lebih selesa bergaul
sesama sendiri dan banyak berselindung identiti.
Bagi Gerakan
Wahab pula, mereka ini bergerak secara
terang terang. Bercampur gaul dengan masyarakat cuma dalam ibadat mereka selesa
disurau atau masjid mereka sendiri.Bagi gerakan Germuda juda sama, mereka ini
selalu adakan perjumpaan sesama mereka di Satun.
Walaupun
apapun pegangan mereka, tetapi masyarakat Islam masih lagi melakukan ibadat dan
berpegang kuat pada amalan dahulu. Sebagai contoh :-
1. Kenduri arwah hari pertama,keduadan
ketiga.Hari ketujuh ,hari ke 44 dan ke 100.
2. Jika yang berkemampuan,mayat arwah
akan dibaca surah Al Quran 7 hari 7 malam di atas kubur.
3. Amalan Bomoh dan menilik nasib sangat
kuat disini. Masyarakat masih lagi mempercayai bomoh. Mereka menemui bomoh
untuk mendapat kerja,bertanding jawatan,nombor ekor,sakit misteri dan lain lain
lagi yang berkaitan.
Berbalik
kepada pemerintah dan masyarakat Islam di Thailand khasnya. Pemerintah sekarang
lebih mudah mengawal aktiviti mereka kerana perpecahan di kalangan umat Islam. Oleh
kerana masing masing bermusuhan , maka kekuatan umat Islam menjadi lemah kerana
mereka tidak sepakat seperti waktu dulu. Pada hemat penulis,di tiga Wilayah
Yang Bergolak, kemungkinan untuk merdeka atau mendapat taraf atonomi sangat
tipis. Ini kerana dikalangan mereka membawa misi perjuangan yang berbeza.Rakyat
Melayu di Malaysia disuapkan berita penderitaan untuk meraih simpati . Tanpa mengusul
periksa, mereka menderma dan membantu tapi hakikatnya cerita letupan atau
tembakan rakyat kabur dalam motif yang sebenar. Penderitaan di tindas kerajaan
adalah perkara yang boleh mencairkan hati nurani rakyat Melayu Malaysia.
Hakikatnya cara mereka berjuang kemerdekaan diera IT telah ketinggalan zaman
dan asas perjuangan telah jauh tersimpang dari asal.
Kalau kita
selalu mengikuti komen “Facebook Bangkok Post” jika ada isu 3 wilayah ada
komentar dari orang Thai-Buddha menyuruh kerajaan menghalau pembrontak ke
Malaysia. Ini mengambarkan bahawa rakyat Malaysia dan Malaysialah yang membantu
aktiviti keganasan di 3 Wilayah. Hakikatnya orang Thai-Muslim nampak muka orang
Malaysia hanyalah duit dan derma. Dari segi ilmu pengetahuan , mereka masih
menganggap mereka lebih maju dan canggih. Ini sebenarnya kerana DASAR
THESAPIBAN berjaya meresap ke dalam jiwa seluruh umat Thai Muslim Thailand. Mereka
di tahun 2558 dan Malaysia baru sekadar 2015 , mana mungkin lebih bijak dari
rakyat Thai.
Cuba anda
derma buku atau peralatan pembelajaran , buku akan berhabuk tanpa disentuh oleh
mereka. Ini kerana mereka MALAS membaca dan ramai yang baca tapi tidak
faham,ramai lagi yang tidak boleh membaca. Hakikatnya mereka lebih selesa baca
tulisan Thai. Mereka hanya mahu duit. Mereka mahu buat pembanggunan dan perkara
yang pada mereka memberi faedah. Mereka juga suka berlumba lumba membina
banggunan dan persekitaran yang selesa dari menambah ilmu pengetahuan . Mereka
sebenar tidak tahu bahawa ilmu pengetahuan itu boleh mengubah banggunan yang
usang kepada bentuk yang baru.
Hakikatnya
inilah salah satu inti pati Dasar Thesapiban. Cuba tengok Wat Siam . Banggunan
yang indah.Pintu gerbang yang kukuh dan gagah berdiri . Disamping patung patung
yang tersergam indah. Ini bentuk pemikiran orang Melayu Satun masa kini.
Sebenarnya mereka tidak mampu untuk melaksanakan. Malaysialah negara destinasi
memungut derma. Di Kampung tempat tinggal penulis,boleh dikatakan selang 10
rumah ada surau. Dalam satu kampung ada 2 atau tiga masjid. Keperluan masjid
bukan keutamaan bagi mereka yang sebenarnya disituasi ekonomi yang tidak
mengizinkan. Akan tetapi prestej dan juga perpecahan masyarakat setempat
membuat mereka bersaing. Itulah hakikat dan perkara sebenar yang mereka tidak
nampak.
BERSAMBUNG DISINI
BERSAMBUNG DISINI
Katakunci : Melayu
Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand
Ulasan