MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 9
Hilang Bahasa
Thailand
sebuah negara perlancongan. Sektor perlancongan menyumbang ekonomi terbesar
Thailand. Perlancong paling ramai melwat Thailand datangnya dari Malaysia. Oleh
itu bahasa Melayu amat penting dalam komunikasi dengan perlancong dari
Malaysia. Sebagai contoh dari sempadan Wang Prachan hingga ke Pekan
Chalung,tiada kampung yang penduduk boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Dari
sempadan Chalung ke Tha Phea tiada kampung yang boleh menutur bahasa Melayu.
Dari Tha Phea ke Pak Bara dan Tung Wa dan Manang tiada seorang pun yang mengaku
mereka Melayu ,apa lagi berbahasa Melayu. Semua tempat ini adalah tempat
tumpuan perlancong. Bukan saja tidak boleh berbahasa Melayu,malah bahasa
Inggeris sekadar 2% - 3% dari penduduk yang boleh bertutur.Disini masyarakat
Satun tidak nampak kepentingan bahasa Melayu dan bahasa ke – 7 dunia dalam
sektor perlancongan. Walaupun usaha dilakukan,tetapi tiada bahan bacaan yang
cukup,bahasa Melayu Satun akan pupus di telan zaman.Tambahan pula masyarakat
yang masih buta IT dan buta huruf melayu dan Inggeris membataskan mereka
mengetahui dunia luar.
Tahun Buddha
Tahun Buddha
diguna pakai diseluruh Thailand. Kini tahun Buddha adalah 2558 atau lebih 543
tahun dari tahun Masihi. Kesan dari Dasar Thesapiban mengaburi mata rakyat
Thailand kepada kemajuan dunia luar. Ada yang menganggap Thailand lebih maju
dari semua negara di dunia. Kecanggihan teknologi semuanya tertumpu di Bangkok
yang dihuni lebih 20 juta penduduk.Tambahan pula,semua sistem komputer dalam
bahasa Thai dan laman web juga berbahasa Thai,maka ramai yang buta ilmu luar
dan terlalu mengangungkan Thailand sebuah negara Maju dan Moden.
Hakikatnya
tahun itu menipu rakyat. Ia adalah satu senjata yang tersembunyi . Rakyat Islam
dan Buddha di paksa mengikut Tahun Buddha. Oleh kerana dasar penipu maka
lahirlah masyarakat yang suka menipu. Bagi penulis , mendapati ramai dikalangan
rakyat Thai kuat dan pandai menipu ( bukan semua ) . Sebagai contoh, penulis
pernah berbual dengan seorang bekas guru dari Malaysia yang pernah menjadi
tenaga pengajar sukarela di Pattani. Mereka di sana menggunakan Malaysia
sebagai platform mencari dana tetapi menggunakan membuat lawatan sambil
berlajar di Acheh.
Contoh Dialet Melayu Satun
Berikut saya
berikan beberapa contoh bahasa atau dialet Melayu Satun. Oleh kerana mereka
berbual dalam bahasa loghat kampung,maka mereka sukar untuk memahami Bahasa
Melayu Baku .
1. Kau dan Hang – Kamu atau Awak
2. Bergelut – Segera atau cepat
3. kelih – nampak atau tengok
4. gerek – basikal
5. Sewer – Seluar
6. Aiyer – Air
7. sam yet – simpang tiga
8. percum – mesyuarat
9. Nuri – kenduri
10. chot – pakir
11. fai den – lampu isyarat
12. kayu rul – pembaris
13. sekol – sekolah
14. Malay – Melayu
15. farang – orang putih atau orang
Inggeris
16. Rod tu – Van
17. mengakala – Bila
18. Buah telo –buah betik
19. Longkong – Buah Dokong
20. nat – pasar hari
Ada banyak
lagi bahasa dalam loghat Kedah dan loghat bercampur bahasa Thai dalam perbualan
harian. Oleh kerana tiada pendidikan formal untuk Bahasa Melayu Baku maka
masyarakat Melayu Satun lama lelamaan akan melupai bahasa keturuana mereka.
BERSAMBUNG DISINI
Katakunci : Melayu
Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand
Ulasan