Wilayah Satun
Wilayah
Satun , dalam versi Thai . Nama asalnya adalah SETUL atau dalam loghat Kedah di
sebut Setoi. Setul adalah nama sejenis buah seperti manggis tetapi kulitnya
berwarna kuning bila masak dan isinya putih dan rasanya masam masam manis.
Satun adalah
nama bagi sebuah Wilayah ( negeri ) atau Changwat dalam sebutan Thai. Satun
juga nama bandar dan ibu wilayah Satun. Satun , nama bagi sebuah daerah.
Ramai yang
keliru dengan nama Wilayah di Thailand ini . Contoh Songkhla juga nama sebuah
wilayah,sebuah daerah dan nama ibu wilayah bagi Wilayah Songkhla.
Daerah Dalam
Wilayah Satun
Nama Wilayah
1. Meuang Satun
2. Khuan Don
3. Khuan Kalong
4. Tha Phae
5. Langu
6. Tungwa
7. Manang
|
Nama
Asal
1.
Setul Mambang
Segara
2.
Dusun
3.
Padang Kecil
4.
Rakit
5.
Laut
6.
Sungai Upe
7.
-
|
Lebih
daripada 70% penduduk di Wilayah Satun adalah Islam. Manakala bakinya 30%
adalah Buddha. Walaupun majoriti penduduk Islam tetapi Satun di perintah di
bawah Gabenor beragama Buddha . Simbol Wilayah Satun juga simbol mengambarkan
Dewa Pra Samut Thewaa duduk diatas batu di laut dan dibelakangnya matahari
terbenam. Dipercayai dewa ini penjaga Laut Andaman.
Dari jumlah
keseluruhan penduduk Satun lebih kurang 315,000 orang , 220,500 adalah umat
Islam cuma 94500 orang penganut Buddha sahaja akan tetapi bila mengundi , wakil
Islam tewas . Ini kerana budaya politik wang dan mentaliti umat Islam Satun
sudah diresapi dengan mentaliti atau roh majusi didalam kehidupan.
Umat Islam
Satun terlalu bebas bermazhab tanpa kekangan dari pemerintah. Maka timbul
perbagai mazhab dan ikutan umat Islam di wilayah yang dahulunya berpegang kuat
kepada Ahli Sunnah Waljamaah. Kini masyarakat berpecah belah dan tidak bersatu
membuat mereka senang di perintah dan dikawal . Kekeliruan dalam fahaman Islam
membuat masyarakat Islam Satun kini mudah digoyang dan menjadi pengikut yang
setia pada pentadbiran kerajaan Buddha Thailand.
Keluasan
Wilayah Satun 2479 KM Per Segi. Berjiran dengan Songkhla di timur. Di utara
Trang dan Pattalung . Di selatan Perlis dan Langkawi.
Keywords:
Wilayah Satun,Setul,Setoi,Bandar Satun,Pekan Satun,Satun
Ulasan