Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Suasana Hari Hari Versi Thai

GOOGLE : TRAVEL BLOG MALAYSIA THAILAND Lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Elina telah diterjemah dalam bahasa Thai. Lagu ini menjadi VIRAL di media sosial sekarang ini. Anda boleh download di Facebook :  KARLISA LATISYA   Liriknya sama cuma dialih bahasa. A: Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira E: Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi Tutur dan kata yang sopan saling memaafi Suasana hari raya walau di mana pun jua Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa ( korus 1 ) A: Kuih dan muih beranika macam Makanlah jangan hanya di pandang E: Ketupat rendang sila nikmati kawan Penat memasak malam ke pagi ( korus 2 ) A: Wajik dan dodol jangan lupakan Peninggalan nenek zaman berzaman E: Asyik bersembang pakcik dan makcik Hai duit raya lupa nak di beri A & E: Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba sya...

Resepi Phat Phet Satun

Resepi Phat Phet Satun (Masak Pedas ) Udang atau Ayam sahaja Untuk 2-3 orang Makan Phat Phet Udang Bahan-bahan 1. Udang 250-300 grm 2. Cili Kering segengam tangan direndam air panas dan dibuang biji 3. Bawang merah 5-6 labu 4. Bawang putih 4 ulas 5. sebatang serai dihiris halus 6. lada hitam sesudu teh 7. asam keping 2-3 keping 8. daun limau purut 2-3 helai Bahan tumis sebiji bawang merah dan 2 ulas bawang putih dihiris Cara membuatnya Bahan 2 - 6 ditumbuk sehingga lumat Cara Memasak Tumis bawang merah dan putih dengan sedikit minyak Masukkan bahan yg ditumbuk goreng sehingga pecah minyak masukkan udang Masukkan garam dan aji secukup rasa Tuangkan 1/2 cawan air ## boleh ditambah petai jika mahu Masukkan asam keping Masukkan daun limau purut Kacau dan biar sampai masak Citarasanya mesti pedas Travel Blog Malaysia Thailand

Resepi Tom Yam Untuk Hasrul Hassan

Resepi Tom Yam Satun ini kami dedikasi untuk Blogger  Hasrul Hassan  atau FB :  Hasrul Hassan  untuk tatapan anda semua. Pernah dipost di FB :  karlisa.latisya  dan mendapat sambutan dan permintaan dari rakan rakan FB. TOM YAM Udang Sotong Ikan Siakap Bahan-bahannya 1. Pes Tom Yam ( kena beli jenama dari Thai. Nak buat susah dan tak berbaloi ) 2. Lengkuas 1 ketul kecil di ketuk2 3. Serai 2-3 batang di ketuk2 4. Cili padi 10-15 biji di ketuk2 5. Bawang Besar putih - 1biji besar dihiris 6. Daun limau purut - 3-5 helai 7. Air Semangkuk Besar 8. Limau nipis - 1 biji diperah airnya 9. Gula 1 sudu teh atau secukup rasa 10. Garam secukup rasa 11. Aji 1 sudu teh Cara Memasak - panaskan air - masukkan lengkuas,serai dan cili - bila air mendididih masukkan   udang, sotong dan ikan Tunggu sampai masak - masukkan pes tom yam 2 sudu teh.( jgn terlebih nnt pahit ) - masukkan perahan limau - gula garam dan aji - masukkan daun limau pur...

Resipi Kengsom Ban Khuan Satun

Resipi Kengsom ini sayada dah ost di FB :  Karlisa Latisya  . Hari ini saya post di blog untuk rujukkan kawan kawan. Kengsom Ikan Siakap Bahan Bahan 1. 2 batang serai di potong kecil kecil 2. Cili kering 12-15 biji 3. Bawang putih 3 ulas besar 4. Bawang Merah 5 biji 5. kunyit 1 sudu teh 6. garam 2 sudu kecil 7. Aji 1 sudu 8. Gula 1 sudu 9. Asam keping 3-4 10. Belacan ( ikut citarasa ) Caranya : cili kering di potong dan dibuang biji direndam dlm air panas 5 minit Semua bahan kecuali asam keping ditumbuk atau di blender Cara masak 1. Air semangkuk atau secukupnya, dipanaskan. Di masukkan bahan yang di tumbuk tadi . Tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan yang telah dipotong tadi kedalam periuk. Masukkan asam keping Biarkan sampai masak. Rasakan..kurang masin tambah garam. # ikan : kembung , ikan pari atau ikan sembilang pun boleh. Selamat mencuba . Klu xjadi PM saya. Travel Blog Malaysia Thailand.

Sambal Belacan Ban Khuan Satun

Resipi ini saya post dalam Facebook :  Karlisa Latisya  telah mendapat perkongsian yang paling banyak. Oleh itu saya kongsi pula dalam blog untuk tatapan anda semua. Sambal Belacan Ban Khuan Bahan Bahannya 1. Cili padi atau cabai melaka 12 biji 2. Bawang Merah 3 biji 3. Bawang putih  1 ulas 4. Garam 3/4 sudu teh 5. Gula 1/2 sudu teh 6. Aji 1/2 sudu 7. Belacan 1 sudu 8. Isi Ikan kembung rebus 1 ekor 9. air asam jawa secukup rasa ( 3biji asam) 10.Perah limau sebelum di hidangkan. Semua bahan di tumbuk lumat. Masuk ikut step.sampai habis bahan Travel Blog Malaysia Thailand Book Bilik di Pak Bara Satun Book tiket speedboat Pak Bara Koh Lipe WhatsApp : +66 62972 8939

CERITA MISTERI DI BAN KHUAN SATUN

Peristiwa benar Tapi Sukar Di Percayai 1 1. Kira kira sebulan kami berpindah di Kg Guar Satun . Pada jam sekitar 11 mlm ( 12 mlm Malaysia ) , suami sy buka tingkap sambil minum teh dan memerhati keluar . Tiba tiba datang sekumpulan kanak kanak sekitar umur 10th - 12th dalam 12 org. Dalam keadaan berbogel terjun ke sungai di hadapan rumah. Suami saya memanggil dan bertanya " siapakah budak budak ini, malam malam buta dok mandi sungai ". Dia lantas buka pintu untuk pergi melarang  mereka. Saya sempat menghalangnya. Kami berdua memerhati gelagat mereka sehingga kelibat mereka hilang. Siang keesokkan harinya, suami kepondok tahfiz untuk bertanya pada ustaz. Ustaz menjawab bukan pelajar Tahfiz dan sambil tersenyum ustaz berkata " sg itu pun milik Allah dan biarlah semua hamba Allah menumpang mandi. Sampai hari ini kami tertanya tanya siapakah mereka ? Peristiwa Benar Tapi Sukar Di Percayai 2 Suatu Pagi sebelum waktu subuh, suami saya bergegas ke Masjid untuk dapatkan...

Pantai dan Pulau Yang Menarik Di Krabi

Pantai dan Pulau Yang Menarik Di Krabi Krabi menjanjikan banyak tempat tempat yang menarik. Dengan keindahan pantai dan pulau pulau yang cantik lagi menawan.  Krabi terdapat lokasi dua pantai bertaraf dunia Ao Nang dan Hat Rai Le yang menawarkan banyak aktiviti menyelam dan sukan pantai.Disini terbina banyak hotel , resort dan tempat penginapan .Disamping itu restoran , kedai makan dan juga perniagaan yang lain terdapat disini. Selain dari itu terdapat banyak tarikan perlancongan disini. Antaranya  tebing batu kapur yang menakjubkan dan pembentukan batu yang menjadikannya syurga bagi para pendaki batu. Taman Negara pula terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandar Krabi. Begitu juga dengan tasik, gua dan pemandangan alam yang menakjubkan. Pantai Ao Nang Ao Nang adalah pusat pelancongan yang meriah di Krabi. Ia mempunyai suasana yang santai sebuah bandar kecil.Dengan kemudahan resort pantai, keselesaan hotel yang moden, dan keramahan penduduk yang menetapkan d...

Panduan Melawat Krabi

Panduan Melawat Krabi Sedikit Panduan melawat Krabi dan tempat tempat menarik. Wilayah Krabi terletak kira-kira 814 kilometer dari Bangkok . Salah satu destinasi yang paling menarik di selatan Thailand. Merangkumi kawasan seluas 4708 kilometer persegi. Bersempadan di barat Krabi adalah Laut Andaman.Manakala sempadan utara adalah Surat Thani dan Phang-nga . Di sempadan selatan adalah Wilayah Trang dan Laut Andaman dan di sempadan timur adalah Nakhon Si Thammarat . Krabi adalah destinasi percutian yang ideal penuh dengan tarikan semula jadi termasuk pantai berpasir putih, terumbu karang yang menarik, Terdapat banyak pulau-pulau besar dan kecil juga hutan yang  menghijau dengan gua dan air terjun. Melalui Wang Kelian Malaysia 1.        Bertolak ke Pekan Chalung melalui Wang Prachan 2.        Ikut jalan ke Langu ( Pak Bara ) 3.        Dari Langu ke Tung Wa 4.    ...