Peristiwa benar Tapi Sukar Di Percayai 1
1. Kira kira sebulan kami berpindah di Kg Guar Satun . Pada jam sekitar 11 mlm ( 12 mlm Malaysia ) , suami sy buka tingkap sambil minum teh dan memerhati keluar . Tiba tiba datang sekumpulan kanak kanak sekitar umur 10th - 12th dalam 12 org. Dalam keadaan berbogel terjun ke sungai di hadapan rumah. Suami saya memanggil dan bertanya " siapakah budak budak ini, malam malam buta dok mandi sungai ". Dia lantas buka pintu untuk pergi melarang mereka. Saya sempat menghalangnya. Kami berdua memerhati gelagat mereka sehingga kelibat mereka hilang. Siang keesokkan harinya, suami kepondok tahfiz untuk bertanya pada ustaz. Ustaz menjawab bukan pelajar Tahfiz dan sambil tersenyum ustaz berkata " sg itu pun milik Allah dan biarlah semua hamba Allah menumpang mandi. Sampai hari ini kami tertanya tanya siapakah mereka ?
Peristiwa Benar Tapi Sukar Di Percayai 2
Suatu Pagi sebelum waktu subuh, suami saya bergegas ke Masjid untuk dapatkan mic untuk azan subuh. Jarak rumah kami dengan rumah jiran pertama dlm perjalanan ke Masjid 1 km. Dalam perjalanan dia terserempak dengan 6 ekor kucing hitam.
Saya di rumah bersama baby kecil dlm umur 3 bln. Selepas suami bertolak,rumah kami didatangi beberapa ekor kucing mengeliling rumah sambil mengiau..Perbuatan itu dilakukan sehinggalah terbit matahari.
Bila suami sampai dirumah saya pun menceritakan peristiwa itu. Dia kata dia ada terserempak dgn 6 kucing hitam tapi tak fikirkan yang bukan bukan.
Misteri ini pun masih belum terjawab.
Peristiwa Benar Tapi Sukar Di Percayai 3 :
Kebiasaan kami bersiar siar di waktu malam. Maklumlah dulu kat KL dan Penang . Pada suatu malam kami balik dari Pak Bara dalam jam 12 mlm. Melalui jalan ke rumah kami jalan di pinggir sungai tanpa rumah orang.
Di satu jalan bertentangan dengan Kubang Auyong seekor ular yang besar. Ukuran lebih kurang 8-12 inci ukurlilit sedang melintas jalan.Kepalanya dah melepasi jalan dan dibelukar.Tak nampak.
Kami memberhentikan kereta dan menunggu ia selesai melintas dalam 5-10 minit juga.
Esoknya suami saya ke surau berdekatan untuk solat zohor. Dia bercerita pada tuan imam Pakcik Dali atau Ghazali Bin.Osman.
Menurut pak cik Dali, kira kira 50 tahun yg lalu ada seorang penduduk kg yg melahirkan anak berupa Naga. Rumah penduduk berkenaan di hadapan rumah tuan imam masjid misbahuddin Ban Khuan.
Menurutnya lagi, dia telah bermimpi suatu ketika dahulu bahawa, anak kelahiran itu bersemayang di sungai 200 meter dari rumah kami dan berhampiran dgn kubang auyong.
Samada ini satu suratan atau kebetulan wallahuaklam. Apapun pencerita adalah mereka yg boleh di percayai. Misteri ....
Ulasan