Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Keliru Dengan Nama Wilayah,Daerah atau Bandar di Thailand

Selalu kawan kawan di Malaysia confuse antara Satun,Setul dan Setoi. Tiga tiga nama sama tempat. Satun atau di sebut "Stun" atau "setun" adalah nama bagi sebuah 1.Wilayah,Changwat atau province dan sama mcm negeri Malaysia 2.Nama sebuah Bandar dan ibunegeri 3. Nama sebuah daerah Antara daerah dlm Wilayah Satun:- 1. Satun Ampher Mueng 2. Khuan Don 3. Khuan Kalong 4. Thaphae 5. Langu 6. Manang 7. Thung Wa Begitu juga dengan W ilayah Songkhla Ibu Negeri Bandar Songkhla Daerah Songkhla Bandar atau pekan yang popular 1.Songkhla 2.Hat Yai 3.Sadao 4.Padang Besar 5.Dannok 6.Klong Ngek So kalau pi Hat Yai , Dannok atau Padang Besar bererti anda dah sampai di Wilayah Songkhla. Ada kawan saya bercerita, beliau memandu dari Satun ke Krabi. Bila lepas Wilayah Trang,nampak signboard Welcome To Krabi. Drive lagi jumpa lagi 50KM ,drive lagi jumpa lagi 30km. Keliru dia, Sebenarnya, Krabi juga nama sebuah wilayah ,Daerah dan Bandar. Yang kelirunya,papan tanda s...

Cerita Melayu Satun

Cerita Pertama Soalan Tanpa Jawapan Bagi kami masyarakat melayu di Kampung Guar Ban Khuan Satun , selesai sahaja solat sunat aidil fitri , kami beramai ramai akan berkunjung ke perkuburan.  Yang lelakinya membaca surah yassin beramai ramai. Pihak wanita menyediakan juadah makanan di rumah berhampiran dengan perkuburan. Budaya ini telah diamalkan sejak sekian lama. Ianya dilakukan dengan harapan persaudaraan dan silaturahim lebih erat terjalin disamping mengingati kepada yang telah tiada. Budaya ini juga menemukan saudara mara yang jauh merantau dan pulang sekali sekala ke kampung halaman. Ini juga memberi ruangan dan kesempatan pada mereka menziarah pusara saudara mara yang telah tiada. Apakah budaya ini dianggap " bidaah" ? Cerita Kedua Kerja memugar tanah dilakukan oleh generasi dulu diadakan bergotong royong. Tanah di bahagi bahagikan tanpa merizabkan jalan untuk tanah yg jauh ke tengah kerana dasar persaudaraan yang tidak berkira. Kini tanah itu dimiliki ole...

Sejarah Melayu Yang Dilupakan

Peta Wilayah Melayu di Selatan Thailand sebelum 1909. Dari 1909 hingga 1939 , hanya 30 tahun sahaja pemerintah memahami krator atau sikap orang Melayu. Dari 1939 - 2015 sekadar 76 tahun kerajaan membuddhakan budaya melayu. Tidak salah bagi sesebuah kerajaan memperkenalkan sesuatu dasar agar memudahkan pemerintahan dan mengeratkan integrasi kaum. Di Thai tiada ada bangsa lagi, semua warga adalah orang Thai atau Siam. Yang membezakan mereka adalah agama. Oleh kerana agama Buddh a itu sinonim dengan orang Siam , maka adat dan budaya ini jadi ikutan dan dianuti. Salahnya bangsa Melayu sendiri kerana terlalu bertolenrasi kepada bangsa lain. Sebagai contoh orang melayu tidak mahu jadi diri sendiri bila berkomunikasi dengan bangsa lain.Mereka sebolehnya ingin menjaga hati dalam setiap geri. Walaupun tidak boleh berbahasa seperti mereka, mereka akan cuba bercakap telo bangsa itu . Sikap tak pa dan biaq pi itu adalah sikap semulajadi melayu. Sehinggakan mengabaikan bahasa sendiri. ...

Peluang Bernikah Di Thailand

Di Petik dari FB Wall  Astora Jabat   Peluang bernikah atau mencari jodoh di Thailand Kepada Muslimin yang berkelayakan dan berhajat untuk memperisterikan gadis Mualaf Thai. Berikut adalah syarat-syaratnya : 1. Mukmin yang bertanggung jawab 2. Mukmin yang berkemampuan 3. Mukmin yang berilmu dan bersedia menjadi pembimbing dunia dan akhirat. Jika anda berkelayakkan dan berhajat sila hubungi terus dengan menalifon beliau . ( PM dan SMS tidak dilayan ) HP: +66828155502 # keutamaan yang lelaki bujang yang lain lain boleh di pertimbangkan

Panduan Memandu dan Menunggang Di Thailand

Panduan Memandu dan Menunggang Di Thailand : Solo Ride Solo Rider Convoy Fahami sikap orang Thai di Negara Sejuta Senyuman. - mudah senyum tetapi dalam senyuman ada dendam yang tak dijangkakan. Hati hati tutur kata dan tinkah laku. - mudah membantu - sangat rasis pada bukan warga dan sebangsa atau seagaman. Oleh itu memandu dengan penuh hemah kerana ada cakap dibelakang " org malay bawa kereta atau motor mcm siam xda undang-undang" -bila kemalangan walaupun anda dipihak benar pun anda akan bersalah.Oleh itu guna orang tengah rakan dari Thai juga tapi bkn nk menangkan anda cuma mengurangkan bebanan anda saja. - jangan anggap semua gadis atau wanita mudah diajak kehulu ke hilir. Silap silap makan peluru atau setidak pun buah tomoi kerana tomoi diajar dr sekolah rendah. Tempat Yang Perlu Dihindari - pusat hiburan - park kenderaan di depan pusat hiburan - kedai bkn islam - pilih hotel jauh dari kesibukan bandar. Kalau Dannok , skyview dan Hat Yai Paradise. Patuhi Undang Und...

Aktivis Bahasa Melayu Satun Thailand

Gambar Tahun 2014 di FB : karlisa.latisya , Sempena Sambutan Kemerdekaan " Disini Lahirnya Sebuah Cinta " . Hampir separuh usia saya kini saya.habiskan di Malaysia . Bahasa Melayu saya fasih dan setaraf rakyat Melayu Malaysia dan lebih baik dari kaum lain ( rasanya ) . Saya mula menjejak kaki ke Malaysia pada tahun 2000 dengan bahasa Melayu telo Siam . Tahu baca cuma tulisan jawi dan sedikit tulisan rumi. Setelah berkahwin dengan orang Malaysia seorang Aktivis Melayu , bahasa Melayu saya kian baik.  Saya dah faham membaca novel melayu dengan penggunaan bahasa Melayu Baku dan sangat puitis. Kini kami pulang ke Satun memberi khidmat sosial dengan mengajar Bahasa Melayu secara percuma kepada lebih 200 pelajar berusia 5 - 12 tahun. Semoga perjuangan kami sebagai aktivis Bahasa Melayu di restui dan di berkati selalu dan Allah memudahkan urusan kami disini dengan perbagai cabaran yang getir. Mana nak meneruskan kehidupan seharian Cabaran dari penguatkuasa tempatan. Cabaran dar...

Kampung Guar Ban Khuan Satun

Kami aktivis bahasa melayu di Satun Thailand Sahabat sahabat FB :   Karlisa Latisya  atau sahabat blogger  yang bercadang berkunjung ke Satun ( Pak Bara, Tammalang , Tanyong Po atau Chebilang ) jemput singgah di Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan Satun. Boleh kita berkenalan dan mengeratkan silaturahim. Bagaimana nak ke sini. 1. Dari Wang Kelian Drive lebih kurang 19km akan jumpa simpang di Chabang Tiga. Sebelah kanan ada Masjid Chabang Tiga. Belok kiri. 2. Dari simpang drive 7 km akan jumpa Traffic Light. Belok kiri. 3. Dalam 200 meter jumpa Traffic Light. Pekan Chalun g ( kg . cina ) . Kalau belok kanan ke Pak Bara. Ambil jalan terus ke Bandar Satun. 4. Kira kira 1 km jumpa Traffic Light. Belok kanan dan akan nampak Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan. 5. Disana cari cikgu Malaysia ( suami saya ) . InsyaAllah semua orang kenal. Masyarakat boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau yg tak tahu bercakap , bukan orang kampung.

Jemput Melawat Ke Tadika Melayu Satun

Sahabat sahabat FB yang berkunjung ke Satun ( Pak Bara, Tammalang , Tanyong Po atau Chebilang ) jemput singgah di Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan Satun. Boleh kita berkenalan dan mengeratkan silaturahim. Bagaimana nak ke sini. 1. Dari Wang Kelian Drive lebih kurang 19km akan jumpa simpang di Chabang Tiga. Sebelah kanan ada Masjid Chabang Tiga. Belok kiri. 2. Dari simpang drive 7 km akan jumpa Traffic Light. Belok kiri. 3. Dalam 200 meter jumpa Traffic Light. Pekan Chalun g ( kg . cina ) . Kalau belok kanan ke Pak Bara. Ambil jalan terus ke Bandar Satun. 4. Kira kira 1 km jumpa Traffic Light. Belok kanan dan akan nampak Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan. 5. Disana cari cikgu Malaysia ( suami saya ) . InsyaAllah semua orang kenal. Masyarakat boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau yg tak tahu bercakap , bukan orang kampung.

AKTIVIS BAHASA MELAYU SINGAPURA

Saya ( FB : NOOR ADAM  )  telah mengumpulkan beberapa buku cerita kanak2 yang baru, ringan, tipis dan menarik berwarna warni. Buku2 adalah derma kawan2. Masih ada yg belum saya ambil dari kawan2. Banyak buku yang masih baru. Buku dalam bahasa Melayu dan ada juga bahasa Inggeris atau dwibahasa.Alhamdulillah terima kasih kawan2. Buku2 ini akan saya hantar ke Satun utk membantu kawan saya Karlisa Latisya memperjuangkan bahasa Melayu di Sekolah Bahasa Melayu di Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand. Semoga pihak sekolah dapat menyediakan satu ruang perpustakaan supaya pelajar2 boleh meminjam buku dan membaca. Guru2 juga boleh mengadakan sesi membaca buku di situ bersama pelajar. Kalau kawan2 mahu membantu pihak sekolah menyediakan kos rak-rak buku, meja dan kerusi, boleh hubungi Puan karlisa suami isteri. Saya juga boleh membantu mengumpulkan apa yg mampu dari kawan2 di Spura utk membeli perkakas perpustakaan. Kalau ada yg mahu menghadiahkan buku cerita menarik boleh hubu...