Langkau ke kandungan utama

Sejarah Melayu Yang Dilupakan



Peta Wilayah Melayu di Selatan Thailand sebelum 1909. Dari 1909 hingga 1939 , hanya 30 tahun sahaja pemerintah memahami krator atau sikap orang Melayu. Dari 1939 - 2015 sekadar 76 tahun kerajaan membuddhakan budaya melayu. Tidak salah bagi sesebuah kerajaan memperkenalkan sesuatu dasar agar memudahkan pemerintahan dan mengeratkan integrasi kaum.
Di Thai tiada ada bangsa lagi, semua warga adalah orang Thai atau Siam. Yang membezakan mereka adalah agama.
Oleh kerana agama Buddha itu sinonim dengan orang Siam , maka adat dan budaya ini jadi ikutan dan dianuti.
Salahnya bangsa Melayu sendiri kerana terlalu bertolenrasi kepada bangsa lain. Sebagai contoh orang melayu tidak mahu jadi diri sendiri bila berkomunikasi dengan bangsa lain.Mereka sebolehnya ingin menjaga hati dalam setiap geri. Walaupun tidak boleh berbahasa seperti mereka, mereka akan cuba bercakap telo bangsa itu .
Sikap tak pa dan biaq pi itu adalah sikap semulajadi melayu. Sehinggakan mengabaikan bahasa sendiri. Kini cuma tinggal berapa peratus saja Melayu Thai boleh berbahasa Melayu di sekitar Satun, Songkla, Narathiwat , Yala dan Pattani.
Bagi pencinta sejarah Melayu Malaysia pula berharap suatu hari nanti wilayah ini kembali menjadi milik melayu. Mereka bermimpi sendirian dalam mencari kisah lama tanpa menghirau yang nyata kini majorati orang Melayu Thai tak tahu pun yang mereka itu melayu.
Maka pengkaji sejarah ini menubuhkan kelab sejarah melayu tetapi di kalangan mereka bukan orang melayu Thai itu sendiri.
Menulis artikel dan memaparkan atifek sejarah melayu thai di dalam blog tetapi yang boleh baca cuma melayu mereka bukan melayu thai.
Ada yang lebih perihatin menghulurkan sumbangan derma atas dasar agama dan bangsa. Penerima sekadar mendapat kenyang seketika.
SEPATUTNYA
Dana itu diberi pada pusat bahasa melayu yang wujud di sana.
Pastikan dan pantau pusat itu agar tiada salah guna dana.
Didik orang melayu berbahasa melayu agar mereka mahir supaya mereka dapat baca sejarah dan faham sejarah melayu.
Sumbangan Dana untuk mendidik melayu berilmu lebih baik.
Bagi saya yg lahir tahun 1980 pun tidak tahu sejarah perjanjian Bangkok 1909 sehinggalah berkahwin dengan orang Malaysia. Cuba anda bayangkan berapa juta rakan sebaya dan mereka di bawah usia saya ?
Mereka tak tahu tentang sejarah bangsa melayu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...