Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Backpackers Homestay Satun 3H2M

Backpackers Homestay 3H2M Program backpackers homestay 3H2 malam ini membuka peluang kepada backpackers muda menghayati kembali suasana kampung melayu Thailand. Program ini diadakan di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Sebuah kampung yang masih brrtutur dalam bahasa melayu yang dikelilingi oleh masyarakat yang bertutur bahasa Thai. Antara aktivi : 1. Berkayak selama 2 jam di sungai berhampiran. 2.Bersiar siar ke sekeliling kampung dengan motosikal roda tiga yang dikenali sebagai " sholay ".Melawat tempat tempat bersejarah dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong. 3. Melawat Bandar Satun , muzium dan tempat tempat sejarah. 4. Melawat Tammalang dan menaiki boat dan memberi makan kepada ratusan ekor helang. Melawat replika ketam dan taman hutan bakau. 5.Mandi sungai sambil bermain flying fox. Pakej termasuk Bilik penginapan 2 malam Hari 1 Lunch Tea time BBQ Dinner Hari 2 Breakfast Lunch Tea time Dinner Day 3 Breakfast Harga Pakej RM250 seorang/minima 6

Panduan Backpackers Ke Koh Lipe

Panduan Backpacker ke Koh Lipe Satun Thailand KTM KL Sentral ke Hat Yai Kelas dua tempat tidur bawah. Minima 2 orang. Aggaran Bajet. KTM - RM120 return Tuk tuk stesen Hat Yai ke Stesen Mini bus Pak Bara RM10 return Minibus Hat Yai Pak Bara RM40 return Bilik share 2 orang 2mlm RM160/org. book agoda. Tiket Ferry RM150 return Snorkeling RM80/sehari plus lunch Makan 5 kali RM110 Total dalam RM670/seorang 3H2M Minima 2 org sebab kongsi bilik. p/s cer jumlah , betul x. Kalau ada problem komunikasi kol saya. Nak booking tiket ferry insyaAllah dapat membantu tp kalau agen minta deposit, bank in je kat saya . +66629728939 Whatsapp & Line Harap membantu.

Kembara Motor Program Mini Library

Program Mini Perpustakaan Dan Kursus Teknik Mengajar Bahasa Melayu , Tadika Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand. Pengenalan Tadika Misbahuddin adalah kelas Bahasa Melayu dan Fardu Ain adalah satu satunya sekolah rakyat yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Wilayah Satun. Matapelajaran yang diajar :- 1. Bahasa Melayu ( rumi dan jawi ) 2. Asas Fardu Ain 3. Hadis dan Al Quran Sejumlah 232 pelajar dari usia 5 tahun - 12 tahun belajar disini setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Manakala sebelah malam diadakan kelas Iqra pada setiap malam. Tadika ini ditubuhkan oleh penduduk kampung untuk mempertahankan Bahasa Melayu dari terus pupus di bumi Thailand amnya dan Wilayah Satun khasnya. Sumbangan keringat penduduk kampung dan bantuan dari rakyat Malaysia. Jumlah guru sukarela adalah 15 orang. Seorang guru sukarela dari Malaysia yang menetap disini membantu memantapkan Bahasa Melayu. Program Mini Perpustakaan Program ini dianjurkan oleh

KL Hatyai Pak Bara Koh Lipe

Ke Koh Lipe dari KL menggunakan pengangkutan udara atau darat. Anda perlu ke Hatyai terlebih dahulu.Samaada anda menaiki pesawat, KTM atau Bas Ekspress. Berikut sebagai panduan Dari Hat Yai ke Jeti Pak Bara anda ada beberapa pilihan untuk ke sana. Setiba di Hat Yai ( samaada Air Port atau Stesen Keretapi atau stesen bas express ) 1. Teksi : Harga antara THB2000 sebuah 4 penumpang . Terus ke Jeti Pak Bara. 2. Van ( 10 - 12 penumpang ) Harga dari THB2500 - THB3500 sebuah. Terus ke Jeti Pak Bara 3. Minibus , harga dari THB180 - THB 200 seorang. Akan tetapi anda perlu mengambil kenderaan awam ( tuk-tuk atau teksi ) ke Stesen Minibus di pinggir Bandar Hat Yai. Disana baru anda menaiki minibus ke Pak Bara . Masa perjalanan kira kira 2 jam ke Jeti Pak Bara. Setiba di Pak Bara anda perlu menempah tiket pulang ke Hat Yai di Kaunter Tiket berhampiran. Harga THB350/seorang. Tetapkan waktu pulang anda dengan attendan tiket bagi menyesuaikan dengan tiket speedboat anda. Untuk Temp

Wang Kelian Ke Pak Bara Dan Koh Lipe

Untuk ke Koh Lipe anda perlu memandu ke jeti Pak Bara. Dari Wang Kelian Ke Pak Bara , selepas urusan Passport di Komplek Kastam , anda memandu terus ke Border Wang Prachan. Selesaikan urusan passport dan declaration kenderaan. 1.Passport 2.Geran kereta ori atau copy 3. Insuran ke Thai ( dibeli di Changloon atau Padang Besar ) 4.Surat Kebenaran dari pemilik kenderaan jika anda bukan pemilik. Anda memulakan perjalanan ke Jeti Pak Bara. Jarak perjalanan lebih kurang 76km. Anda baca panduan dari Google Map ini. Shared route From Wang Prachan Border to Pak Bara Beach via Route 4184 and ทางหลวงชนบท อำเภอ ละงู 416. 1 hr 13 min (76 km) 1. Head north toward Route 4184 2. Turn left onto Route 4184 3. Turn left onto Route 406 4. Turn right onto ทางหลวงชนบท อำเภอ ละงู 416 5. Turn left onto Route 5080 6. Continue onto Route 3003 7. Continue onto Route 5080 8. Continue onto Route 3003 9. Continue onto Route 5080 10. Turn right onto Route 2006 Continued... For the best route in

Koh Lipe

Koh Lipe Koh Lipe adalah pulau kecil terletak di laut andaman pantai barat selatan Thailand. Koh Lipe terletak dalam Wilayah Satun. Panduan Ke Lipe Pengunjung perlu ke Jeti Pak Bara yang terletak kira-kira 60km dari Bandar Satun. Sekiranya anda dari Wang Kelian, anda memandu terus ke Pekan Chalung, kira kira 30km. Dari Pekan Chalung kira kira 46km ke Jeti Pak Bara. Tambang dan Jadual Harga Tiket Dewasa = THB 1200 pergi balik Kanak2 = THB900 pergi balik ( kanak2 dari 4th - 11th ) Jadual Feri ( waktu thai ) 9.00 am 11.00 am 01.00 pm 03.00 pm Jarak dari Pak Bara ke Koh Lipe kira-kira 67km Kemudahan Terdapat banyak resort dan hotel di Koh Lipe. Anda digalakkan menempah online untuk memudahkan urusan. The Reef Hotel Baan Kasirin 2 Blue Triber Garden Beach Resort Gecko Lipe Resort Gippsy 2 Bungalow Corner Resort Harga dari RM80++ - RM160++ Boleh login Agoda utk booking Sebarang Pertanyaan WhatsApp +66629728939 #kohlipe #pakbara #satun #satunsia

Tambang dan Jadual Ferry Pak Bara - Koh Lipe

Tambang dan Jadual Feri Pak Bara ke Koh Lipe . Musim cuti sekolah akan tiba pada November hingga Disember. Berikut adalah Jadual dan Tambang Feri dari Pak Bara ke Koh Lipe. Tambang dan harga pergi balik Dewasa              - Thb1200 Kanak - kanak  -  Thb 900 Jadual bertolak 09.00 pagi 11. 00 pagi 01.00 tengahari 03.00 petang *** jadual dan harga tertakluk pada perubahan. Anda dinasihatkan menempah bilik di Koh Lipe terlebih dahulu. Melalui Agoda atau Hotel.com Anda perlu berada sekurang kurangnya 15minit di jeti Pak Bara sebelum waktu bertolak. Tempahan yang dibuat perlulah disertakan deposit minima THB1500, Dengan bank in ke akaun Bangkok Bank. Contoh : Maybank2u ke Bangkok Bank http:// www.maybank2u.com.my / mbb_info /m2u/public/ personalDetail04 .do? chCatId =/ mbb /Personal/ ACC -Accounts& programId =ACC04- FundsTransfers & cntTypeId =0& cntKey = ACC04.01 Contoh CIMB ke Bangkok Bank https:// www.cimbclicks.in.th / service_charges.htm Pert

Apa Yang Menarik Di Satun

Apa yang menarik di Satun ? Bagaimana nak melawat Satun. Satun terletak di mana ? Bermacam macam soalan di kemukakan .Satun terletak berjiran dengan Perlis. Pintu masuk utama , Wang Kelian. Wang Kelian terdapat sebuah pos Kastam dan Imegresen Malaysia. Manakala Wang Prachan terdapat pos Kastam dan Imegresen Thailand. Persedian memasuki Thailand :- 1. Transport sendiri ( kereta atau Motor ) 2. Geran kereta atas nama sendiri ori atau photostat. Jika kereta bukan milik sendiri, surat kebenaran pemilik di perlukan. Contoh google prosedur membawa kereta ke Thailand. 3. Passport atau Border Pass, manakala Border Pass hanya terhad kepada penduduk sempadan . Jika ingin ke Krabi atau Phuket , Passport diwajibkan kepada semua warga Malaysia dan border tidak di terima. 4. Beli insuran kereta Tempat tempat menari di satun , sila google. Jika anda ingin perkhidmatan pemandu pelancong sila hubungi kami.

Biar Gambar Berbicara Keindahan dan Keunikan Satun Thailand

Biar Gambar Berbicara Keindahan dan Keunikan Satun Thailand WELCOME TO SATUN THAILAND Kali ini biar gambar berbicara mengenai Wilayah Satun dan tempat tempat menarik. Keindahan dan keunikan Wilayah Satun adakala sukar dirakam dengan gambar mahupun dengan kata kata. Hanya dengan berkunjung ke sini anda akan merasai keindahan dan keunikkannya. Ini sekadar sebahagian dari gambar gambar dalam koleksi kami. Sepanjang menjalani aktiviti perlancongan di Wilayah Satun perbagai kenangan indah , pahit dan manis di tempuhi. Kepuasan bila kami berjaya membuka mata umum kepada keindahan dan keunikkan Wilayah Satun. Perjuangan kami belum selesai. Memartabatkan bahasa Melayu di Wilayah Satun adalah sasaran utama. Industri Pelancongan ini membantu kami memperjuangkan Bahasa Melayu akan tidak pupus ditelan arus zaman akibat sistem persekolahan yang membataskan Bahasa Melayu di Bumi Thailand. Selamat menghayati KEINDAHAN DAN KEUNIKAN WILAYAH SATUN,THAILAND. TRAVEL BLOG MALAYSIA THAILAN

Ulangkaji Prosedur Membawa Kenderaan Malaysia Ke Thailand

Ulangkaji Prosedur Membawa Kenderaan Malaysia Ke Thailand 1. Geran kereta ori atau photostat . Kalau photostat sebolehnya dapatkan andose dari mana mana balai Polis . ( Kekadang saja di tanya ) 2. Bukan pemilik kenderaan. Bawa surat penyerahan pemilikan sementara dari pemilik kenderaan yang namanya tercatat di dalam geran . 3. Beli insuran untuk memasuki Thai di Changloon, Bukit kayu hitam , Padang Besar atau wakil insuran yang berdekatan pintu sempadan. 4. Passport atau Bo rder Pass 5. Lesen memandu. Proses di Pintu Sempadan Thailand 1. Selesaikan urusan passport 2. Bawa geran passport ( surat pemilikan sementara jika bukan pemilik) ke Pejabat Kastam 3. Anda akan diberi satu salinan declaration form selepas ditanda tangani. 4. Duit kopi jika di minta. Prosedur Memandu di Thailand 1. Lesen dan insuran di tunjukkan jika ada Polis Road Block JANGAN LUPA Prosedur Bila Balik Ke Malaysia. 1. Selesaikan urusan passport 2. Serakkan Declaration form kembali di Pejabat K

Panduan Melawat Wilayah Satun Thailand

Wilayah Satun , terletak di Selatan Barat Thailand.Satun adalah wilayah yang kecil dan tenang.Bandar Satun juga dikenali sebagai " Clean City" , "Serenity", Prisitine Nature ( Bandar Bersih , Ketenangan dan Alam Semulajadi )  1.  KLIK UNTUK INFO 2018  2.  BACA DISIN UNTUK INFO TERKINI 2015 3. CONTOH Itinerary Melawat Satun KLIK Book Hotel dan resort Tiket feri ke Koh Lipe Transpot dari Hat Yai ke Pak Bara/Koh Lipe Semua pakej dan perkhidmatan pemandu pelancong boleh hubungi KARLISA TRAVEL di  Whatsapp  :  +66830 948 948  https://wa.me/66830948948 Whatsapp +66887553209 https://wa.me/66887553209 CJS Satun 406 Wilayah Satun di hijau oleh hutan semulajadi yang belum diterokai dan pulau-pulau disekitar Laut Andaman yang belum dicemari.Wilayah ini tidak pernah digemparkan oleh serangan pengganas atau dicemari dengan pergaduhan kaum atau agama. Wilayah Satun tidak sepopular dengan Songkhla atau tempat percutian seperti Krabi dan Phuk