Thailand sebuah negara yang unik.Kepesatan kemodenan hanya tertumpu di Bandaraya Bangkok.
Wilayah Satun , sebuah wilayah paling selatan di Pantai Barat Thailand. Bersempadan dengan negeri Perlis di utara Malaysia.
Pintu masuk utama adalah Wang Kelian. Selain dari itu ferry dari Langkawi atau melalui Hatyai.
Kali ini saya ingin memaparkan keunikkan kenderaan di Thailand yang mungkin anda tidak jumpa di Malaysia.
Pickup adalah kenderaan utama di Wilayah Satun. Ini kerana penjimatan dari segi bahanapi. Bahanapi diesel lebih murah berbanding dengan petrol.
Selain dari itu pickup mudah digunakan untuk perladangan seperti mengangkut baja dan hasil ladang atau dusun.
Pickup juga digunakan sebagai kenderaan penumpang. Tidak menjadi kesalahan jika menaiki pickup dan duduk beramai ramai di belakang.
Anda lihat sendiri gambar lampiran.
Motor Roda Tiga
Motor roda tiga atau dikenali dengan panggilan cholay. Nama cholay ini diambil dari sebuah filem hindi , Sholay. Pengaruh filem hindi di tahun 60an dan sungguh kuat pada masyarakat melayu Satun yang ketika itu cuma bergantung pada TV dan Radio Malaysia.
Cholay digunakan untuk mengangkut hasil kebun getah , kelapa sawit, padi atau dusun buahan.
Cholay juga digunakan untuk mrmbawa family bersiar siar atau shopping.
Sila lihat gambar lampiran.
Jika anda ingin melawat Satun 3H2M
anda boleh menghubungi kami.
Kami akan mengatur program seperti
Berkayak arus deras
Memberi makan helang
One day snorkeling
Bersiar siar di kampung melayu Satun
Makan Seafood segar
Sila Whatsapp +66629728939
Facebook : Karlisa Latisya
.....KTM dari KL Sentral ke Arau
Dijemput Van dari Arau ke Satun
Kami memberi bajet yang paling minima untuk anda menikmati percutian yg damai, seolah olah anda berada di tahun 70-an Malaysia
Ulasan