Langkau ke kandungan utama

Melancong Dan Berbakti Di Satun

Melancong ke Satun sambil berbakti membantu kami mempertahankan Bahasa Melayu dari pupus di Satun Thailand.

Satun dahulunya 100% berbahasa Melayu . Kini cuma tinggal 10% sahaja penduduk boleh berbahasa Melayu.

Atas kesedaran ini kami kini giat membantu masyarakat di sini terutama di Ban Khuan Satun. Kini kami mendidik lebih dari 200 pelajar belajar Bahasa Melayu. Mereka terdiri dari seawal usia 5 tahun hingga 12 tahun.

Kami mengajar secara percuma. Kami mendapat sokongan daripada masyarakat setempat. Kini kami sedang siapkan buku buku bahasa melayu dalam versi murid berlidah Thai. Dari tahap tadika hingga ke darjah 6. Semua buku buku di fotostat dan diberi kepada murid kerana kami tidak ada dana untuk mencetak.

Disamping itu kami sedang menyiapkan sebuah banggunan 3 tingkat yang telah siap 70% pembinaan dan telah pun diguna walaupun tiada kemudahan letrik , pintu dan tingkap.

Anda bersama kami menyelamatkan bahasa melayu dan memberi pelajaran fardu ain kepada pelajar disini .

Anda sekadar menempah perkhimatan perlancongan kami seperti :-
1. Menempah hotel
2. Tiket ferry ke Koh Lipe
3. Pemandu pelancong
4. Tempahan makanan
5, lain lain perkhidmatan berkaitan perlancongan.

Sebahagian keuntungan kami akan gunakan dalam mempertahankan bahasa melayu dan pelajaran fardu ain di Tadika Misbahuddin , Masjid Misbahuddin , Ban Khuan , Satun Thailand.
Hubungi kami di Whatsapp +66629728939
Email: karlisahalim@gmail.com
Facebook : Karlisa Latisya
visitsatun.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...