Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Perlukah Lesen Antarabangsa Ke Thailand

CJS Satun 406 KANGAR, 28 Jan (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang memandu di Thailand tidak perlu memiliki lesen antarabangsa, sebaliknya cukup dengan lesen yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Duta Thailand ke Malaysia Damrong Kraikruan. Malah, beliau turut menafikan pihak berkuasa Thailand ada mengeluarkan arahan rakyat Malaysia yang mahu memandu kenderaan di negara itu perlu memiliki lesen memandu antarabangsa berkuat kuasa 1 Feb ini. "Penyebaran maklumat mengenai perkara itu seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali. "Atas semangat ASEAN, negara anggota memperakui lesen memandu yang dikeluarkan pihak berkuasa masing-masing dan sah digunakan untuk memandu di kalangan negara anggota," katanya. Damrong ditemui di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, malam tadi. Menurut maklumat yang disebarkan di laman sosia