Memandu di Satun Thailand tidak sama seperti memandu di Malaysia. Walaupun jalannya agak elok dan highway tanpa tol tetapi di Highway ada U-Turn , ada simpang dan ada Traffic Light. Risiko kemalangan sangat tinggi kerana beberapa faktor dan perlu diberi perhatian.Antaranya :- 90% penunggang motosikal tanpa lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Oleh itu kita perlu berhati hati dengan mereka. Mereka tidak tahu dibulatan nak ikut kanan atau kiri. Di simpang kena berhenti sebelum membelot . Mereka menunggang songsang arus. Bila kemalangan , 99.9% kenderaan plat Malaysia akan disalahkan. Mereka enggan report jika kemalangan dan kalau report pun plat Malaysia menjadi mangsa. Di Highway elak memandu dilorong kiri. Biaq pi lah kalau depa nak hon atau flash light. Ini untuk mengelak risiko terlanggar motosikal di lorong kiri. Lorong paling kiri adalah laluan motosikal pergi dan balik. Elakkan memandu di lewat malam hari dalam jarak yang jauh. Risiko kemalangan t