Memandu di Satun Thailand tidak sama seperti memandu di Malaysia. Walaupun jalannya agak elok dan highway tanpa tol tetapi di Highway ada U-Turn , ada simpang dan ada Traffic Light.
Risiko kemalangan sangat tinggi kerana beberapa faktor dan perlu diberi perhatian.Antaranya :-
Risiko kemalangan sangat tinggi kerana beberapa faktor dan perlu diberi perhatian.Antaranya :-
- 90% penunggang motosikal tanpa lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Oleh itu kita perlu berhati hati dengan mereka. Mereka tidak tahu dibulatan nak ikut kanan atau kiri. Di simpang kena berhenti sebelum membelot . Mereka menunggang songsang arus. Bila kemalangan , 99.9% kenderaan plat Malaysia akan disalahkan. Mereka enggan report jika kemalangan dan kalau report pun plat Malaysia menjadi mangsa.
- Di Highway elak memandu dilorong kiri. Biaq pi lah kalau depa nak hon atau flash light. Ini untuk mengelak risiko terlanggar motosikal di lorong kiri. Lorong paling kiri adalah laluan motosikal pergi dan balik.
- Elakkan memandu di lewat malam hari dalam jarak yang jauh. Risiko kemalangan tinggi kerana motosikal roda tiga keluar pergi menoreh getah. Kita keliru kerana kebanyakkan motosikal kegunaan kerja tiada lampu belakang dalam istilah lain " not well maintanance ". Boleh naik pi kerja saja.
- Jangan ikut kereta plat Thai terlalu hampir. Risikonya , kemungkinan pemandu tiada lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Mereka nak belot atau berhenti ikut suka hati.
- Memandu perlahan didalam pekan atau bandar. Selalunya di pekan sesak dengan kenderaan yang parking ikut suka hati.
- Pakai talipinggan keledar atau topi keledar, risiko disaman ( pau ) amat tinggi jika plat kenderaan anda berwarna hitam.( plat malaysia).
- Jangan parking ikut suka, jika kereta anda DILANGGAR anda yang terpaksa membayar gantirugi pada yang melanggar.
- Jangan langgar lampu isyarat kerana di setiap simpang di Satun Thailand atau di seluruh Thai ada CC TV . Nanti anda di viral . Mereka langgar tidak mengapa.
- Bila ditahan roadblock dan disaman , minta surat saman dan resit. Nilainya sekadar ratus baht saja. BUKAN ribu.
- Walaupun Thai macam koboi tapi anda dinasihatkan jangan jadi koboi. Jika kemalangan " makan tak habis". Masa tu anda baru tahu langit tinggi atau rendah. Anda tetap bersalah tanpa melakukan kesalahan. Ada setengah wilayah / provinsi " boleh buat kenduri arwah" .
Sepuluh panduan yang amat berguna. Walaupun anda dah berjuta kali memandu atau menunggang di Thailand , anda dinasihatkan berhati hati. Malang tak berbau. Kena sekali anda tobat tak masuk dah.
Jika berlaku kemalangan yang memerlukan bantuan :-
Kedutaan Malaysia Di Bangkok
33-35 , South Sathorn Road , Thungmahamek, Sathorn, Bangkok , Thailand.
No Tel : +66-2-679 2208 / +66-2-678 2270
Konsulat Jeneral Di Songkhla
No.4 , Sukhum Road, Muang District, Songkhla 90000, Thailand
No Tel : +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274
Atau
Whatsapp : Abg Joe atau Cikgu Joe
+66629728939 / Karlisa +66887553209
Jika berlaku kemalangan yang memerlukan bantuan :-
Kedutaan Malaysia Di Bangkok
33-35 , South Sathorn Road , Thungmahamek, Sathorn, Bangkok , Thailand.
No Tel : +66-2-679 2208 / +66-2-678 2270
Konsulat Jeneral Di Songkhla
No.4 , Sukhum Road, Muang District, Songkhla 90000, Thailand
No Tel : +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274
Atau
Whatsapp : Abg Joe atau Cikgu Joe
+66629728939 / Karlisa +66887553209
Ulasan