Satun adalah satu satunya Wilayah di Thailand yang masih selamat untuk di lawati. Satun bebas dari ancaman bom dan keganasan. Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu anda mengambil perhatian :-
- Di border Wang Kelian/Wang Prachan. Pastikan borang TM6 , TM3 dan TM 2 diisi dan diserah kembali sewaktu keluar. Jangan lupa insuran kereta Thailand , boleh dibeli di Padang Besar ( depan stesen petronas ) atau di Changloon. Pastikan geran kereta ori atau copy diendos di PDRM. Salinan My Kad pemilik kenderaan pinjam berserta surat kebenaran dari pemilik. Sebagai persedian , anda dinasihatkan membeli insuran perjalanan.
- Dari Wang Kelian jika ingin ke Pak Bara atau Koh Lipe , anda memandu 19km + - sehingga temui simpang ke kiri di Kampung Chabang Tiga ( Ban Khuan Sato ). Dari simpang anda pandu 7km +- anda akan temui simpang T lampu isyarat dan belok kiri. Dari situ pandu 100 meter ke lampu isyarat ( Chalung )dan belok kanan .Anda pandu 36km ke Langu sehingga temui simpan T lampu isyarat dan belok kiri . Pandu 10km dan terus ke Pak Bara.
- Semasa memandu, anda digalakkan cenderong ke lorong kanan . Ini kerana mengelak dari bertembung dengan motosikal yang menunggang songsang arus. Juga berhati hati disimpang simpang kecil kerana motosikal membelok tanpa berhenti dan melihat kiri dan kanan. Anda Di Nasihatkan agar berhati hati dan memandu pada kelajuan yang selamat.
- Sekiranya kemalangan , anda dinasihatkan berbincang atau menghubungi kenalan yang fasih berbahasa Thai. Sekiranya tiada , anda boleh hubungi kami di +66629728939 atau +66887553209 atau +66887552809 , Karlisa atau Abg Joe.
Tempat Tempat Menarik Di Satun
Kayak di Ban Khuan ( 30km dari Wang Kelian )
Bandar Satun ( Masjid Mambang, Muzium dan Khao Tok Praya Wang )
Tammalang
Tanyongpo
Manang
Wang Saithong
Pak Bara
Koh Lipe
Koh Bulone
Bo Chet Luk
Thamlay Stagedon Thung Wa.
Jika anda berhajat melawat Kelas Bahasa Melayu kami, sila datang setiap hari Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi.
Ulasan