Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Koh Bulone Satun Thailand

Koh Bolone terletak 22 KM dari Jeti Pak Bara , Satun , Thailand. Kepulauan Bulone merangkumi tiga buah pulau kecil yang masih belum tercemar. Antaranya Koh Bulone Le , Koh Bulone Don dan Koh Bulone Pai. Kejernihan air laut bak kristal diantara bulan Nov hingga April menjanjikan kilauan batu karang didasar lautnya. Kepulauan ini jarang dikunjungi pelancong kerana tidak popular dan kurang promosi. Jika anda ingin melawatnya , anda boleh menyewa bot panjang. Program Sehari Jelajah Pulau Dan snorkeling 1.Harga pakej THB10,000/sebuah bot/muatan tidak lebih daripada 10 penumpang ( dewasa dan kanak-kanak ) termasuk Bot Panjang ( muatan 10 orang sahaja ) ***Permit ( Job Order Travel Agent ) ***Insuran ***Tour Guide ***Life Jacket Makan Buffet Snokel Gear *** WAJIB 2. BERSEDIA THB200/orang untuk cukai Taman Negara jika diminta pengawal. 3. Penginapan bermula dari THB800 hingga THB1000 semalam. 4. Sila hubungi Karlisa Travel WHATSAPP +66830948948

Cerita Di Satun Thailand et

Gaya Hidup dan Sara Hidup Tiga tahun yang lalu, bila berpindah ke Satun dari Malaysia, saya telah mengubah gaya hidup. Berbaki wang RM300 selepas membina rumah batu campur plywood, kami sekeluarga meneruskan kehidupan. Kerja pertama saya , menyeludup minyak petrol dari Wang Kelian ke Satun . Kereta tangki penuh 45 liter isi RM75.00 dan jual RM120 dan untung RM45.00. Sehari buat 3 kali , dapat RM135 , dalam hati not bad. Masuk hari ke-7 pihak berkuasa Malaysia tahan dan minta derma , satu trip RM50. Saya kata gila kot, untung baru RM45 camna nak bagi. Depa kata kalau tak boleh bagi , depa nak sita kereta. Setelah berbincang, mereka lepaskan dan saya tak boleh angkut minyak lagi. Kerja dah tak da, camna nak hidup ni. Sabtu dan Ahad saya pergi mengajar secara percuma seperti biasa kepada murid murid miskin di kampung. Selang beberapa hari saya di tawarkan bekerja di sebuah kedai hardware kampung dengan pendapatan purata 5 hari THB300 dan sebulan THB1200 . Ringan sedikit beban kewang...