Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

CJS Satun 406

CJS Satun 406,  cafe, kedai cenderamata, Karlisa Travel dan Homestay milik cikgu joe satun. Lokasinya di CJS SATUN 406 4052, Pak Nam, La-ngu District, Satun 91110 088 755 3209 https://goo.gl/maps/DRq4m2pg58r Anda boleh singgah disini untuk melepaskan lelah sebelum ke destinasi seterusnya. Sila hubungi Whatsapp atau kol ke 1. +66887553209 pejabat 2. +66864706211 CJS 3. +66830948948 Karlisa Email : karlisahalim@gmail.com

Air Terjun Wang Shaithong Satun

Wang Saithong Waterfall atau Air terjun Wang Saithong, terletak dalam Daerah Langu Satun Thailand.Dari Pak Bara lebih kurang 40km. Link Lokasi :  https://goo.gl/maps/vYkDWdMboRo Bayaran Masuk : THB200/pax ( pandai pandai hangpa nego ) Air terjun Wang Saithong adalah satu daripada Satun Geopark. Dipercayai dasar air terjun ini terdiri daripada fosil atau tanah yang wujud lebih juta tahun. Jika kita sekali pandang, kita akan rasakan dasar air terjun ini seperti licin. Bila kaki menyetuhi dasarnya terasa tapak kaki melekap. Dasarnya seperti tanah liat, namun tidak lembut seperti tanah dan tidak keras seperti batu. Air terjun ini sungguh unik dan tidak sama seperti airterjun yang kita biasa kunjungi. Airnya mengalir dicelah celah pokok dan ada satu yang agak tinggi. Tempat yang unik dan perlu dilawati jika berkunjung ke Wilayah Satun. Antara gambar yang menarik dirakamkan. #wangsaithong #CJS #cjswangsaithong Air Terjun Wang Shaithong Satun Air Terjun Wang Shai...

CIKGU JOE SATUN : I AM SEPUPU

CIKGU JOE SATUN : I AM SEPUPU Sempena Hari Malaysia akan datang Cikgu Joe Satun akan melancarkan T-Shirt " I AM SEPUPU " bagi mengenang jasa Sahabat Sahabat CJS yang banyak membantu aktiviti aktiviti memartabatkan Bahasa Melayu di Satun Thailand. Size S,M,L,XL,2XL dan 3XL akan dijual dengan harga THB350/helai. Pembelian anda semua adalah kesinambungan meneruskan perjuangan dan kehidupan di Satun. Bak kata AHLI NUJUM NEGARA : Senang Aku Senang Jugalah Hangpa. Boleh Tara tu. #cikgujoesatun Cikgu Joe Satun I AM Sepupu

RAYA DUA KALI

Raya Dua Kali Suatu pagi yang cerah , aku melengung di tepi tingkap sambil mengihirup kopi . Peristiwa ini berlaku tiga tahun yang lalu, masa tu aku baru beberapa bulan saja di Satun. Rumah pun sekerat bata dan sekerat plywood.  Biasanya musim begini selalunya hujan, tapi pagi ni , cuaca sangat cerah. Tiba tiba terdengar suara takbir raya sayup sayup. Maklumlah rumah ku agak terpencir di pinggir kampung di tepi sungai. Dengar pengunguman , Hari Raya Aidil Adha besok tapi mengapa mereka bertakbir. Aku bergegas memakai pakaian melayu satu sut. Aku kira, aku tersilap dengar pengunguman tv dan aku berjalan ke masjid.Masa tu kenderaanku hanyalah kaki.  Sampai di Masjid yang berdekatan rumah kira kira 1km , kelihatan ramai jemaah sedang bertakbir. Aku berwuduk dan menunaikat solat sunat Masjid.  Selepas itu duduk dan sama sama bertakbir. Selesai Khutbah , aku dengan hensem berpakaian Melayu bersamping ke rumah mertua kira kira 500 meter.Kelihatan mertuaku sekadar berkain pelika...

Proses Nikah Di Siam

Proses Nikah Di Siam ( Pasangan Malaysia ) Day 1  ( Ahad - Khamis ) 8.30 - 4.00  1. Pasangan 2. Passport 3. Gambar ukuran passport 4. Surat cerai jika janda 5. Mas Kahwin 6. Bayaran Nikah Majlis Agama Thb4000-Thb5000 *** Urusan Sah dilakukan di Majlis Agama Satun,Songkhla,Yala,Narathiwat dan Pattani saja. Day 2  Daftar Di Konsulat Malaysia Songkhla ( 8.00 - 12.00pm saja ) 1. Bawa Dokumen dari Majlis Agama 2. Ambil Nombor 3. Serah Dokumen 4. Isi borang 5. Serah borang dan tunggu esok petang untuk buat collection Day 3 Konsulat Malaysia Songkhla ( 1.00 pm - 3.00 pm ) 1. Ambil Nombor 2. Mengambil borang untuk proses pendaftaran di Malaysia 3. Balik ke Border 4. Selesai urusan passport di Thai dan Malaysia 5. Line telefon masuk 6. Bini miskol berpuluh kali 7. Bini kol tanya ( abang pi mana 3 hari off hp ) 8. Mula nak muhong  9. Perang kecil meletus 10. Mood honeymoon hilang 11. Tok Laki mula takut nak balik rumah Day 4 1. Bini mu...

Kelebihan Nikah Warga Thai, Satun

Orang yang dok di Malaysia selalu bayangkan syok ooo, kalau dapat kahwin dengan orang Thai dan tinggal di Thai. Disini aku nak kongsi sikit info untuk panduan kepada mereka yang ditakdirkan nikah dan tinggal di Thai. Kelebihan Kahwin Warga Thai 1. Bini lawa dan hantaran 2 atau 3 kali ganda Malaysia 2. Thai food makan sampai cemuih 3. Masat tak perlu pi, bini pandai. Nak lalu kedai masat pun tak boleh. 4.Boleh kecek siam sikit. 5. Setiap bulan boleh ride pi border, chop passport dan balik. 6. Nak pi kedai beli rokok pun bini teman, last sekali dia beli 4 karton setiap bulan. Tak perlu pi kedai 7.Pi kenduri duduk diam dan sopan santun ja, sebab orang sebelah sembang kita tak tau apa. 8. Sepupu sepapat lawa lawa, boleh tengok ja. sembang tak reti bahasa. 9. Beli harta benda nama bini, bukan kerana sayang kat bini, nama kita tak laku. 10. Bini halau, balik malaysia , pakai spender. ANDA NAK CUBA KLIK DI SINI Nikah Di Songkhla Thailand

Nikah Di Songkhla

Masjid Wilayah Songkhla Masjid ini terkenal dikalangan warga Malaysia untuk bernikah. Saamada berpoligami atau kahwin lari. Peraturan demi peraturan diperkenalkan bagi menghalang pasangan warga Malaysia bernikah diluar kariah. Namun tidak menghalang atau mengurangkan pernikahan ini. Saban hari tidak kurang dari 30 pasangan yang berurusan disini. Untuk makluman anda , yuran pernikahan telah pun dinaikkan sehingga THB5000/sepasang. Anda dinasihatkan tidak menggunakan agen atau orang tengah . Peraturan ini diperkenalkan bagi mengelakkan penipuan dan cas yang tidak munasabah. Penggunaan agen berkemungkinan akan menyulitkan proses permohonan anda. Anda sekali lagi akan menghadapi masalah semasa mendaftar di Majlis Agama Islam di Malaysia. Anda mungkin dikenakan tindakan bernikah tanpa kebenaran diluar kariah. Dan berpoligami tanpa kebenaran. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk naik turun mahkamah . Kes 2 Ada pasangan yang menggunakan perkhidmatan agen dan mengaturkan pern...

Nikah Di Songkhla Thailand

Nikah Di Songkhla Thailand Untuk makluman tuan tuan dan puan puan, Cikgu dah tak buat urusan Nikah ni. Sebab 1. Di Satun , dokumen selalu silap, nak patah balik jauh. 2. Songkhla jauh Oleh itu sesiapa nak guna perkhidmatan Nikah sila hubungi http://nikahdisiam.wasap.my Orang Malaysia , jujur dan amanah. Dia boleh bawa terus ke Songkhla. Anda buat ja temujanji dengannya. ps: sebenarnya cikgu takut kat bini. Hangpa klik sini http://nikahdisiam.wasap.my # nikahdisiam NIKAHDISIAM.WASAP.MY nikahdisiam.wasap.my Add caption

Melihat Bunga Matahari Di Satun

Melihat Bunga Matahari Di Satun biasanya pada bulan Januari,Februari dan Mac setiap tahun. Melihat Bunga Matahari Di Satun, lokasinya di klik sini   https://goo.gl/maps/MitEPnAqpGu Khao Tanom ,  Thung Bu Lang, Thung Wa District, Satun 91120 Melihat Bunga Matahari Di Satun Anda boleh bermalam di Pak Bara kerana disini anda tak sunyi dengan aktiviti, penginapan mudah dan kemudahan makanan halal yang banyak. Hangpa boleh baca disini untuk mencari resort dan hotel https://satunsiam.blogspot.com/2018/08/hotel-dan-resort-di-pak-bara-satun.html Melihat Bunga Matahari Di Satun Melihat Bunga Matahari Di Satun Melihat Bunga Matahari Di Satun

Satun Wonderland Siri 3

Satun Wonderland Siri 3 Aku dah tulis tentang Satun Wonderland Siri 1 dan Satun Wonderland Siri 2 So hangpa Hash Tag (# satunwonderlandsiri1 dan # satunwonderlandsiri2. Saamada kita check in di  Thamalai Satun  Resort atau di Langka Beach Resort area Pak Bara Satun Thailand. Lebih kurang 76km dari Wang Kelian. 1. Koh Bulone Day Trip ( maximum 10paxs per group ) Tengok Gambar. 2. Berkayak di Sungai 10km termasuk 1km menyusuri Gua Tujuh Liku. ( chet khod cave ) 3.Mandi air terjun di Wang Saithong ( Thb200/dewasa dan Thb100/kanak² cukai Taman Negara. 4. Berkayak Laut di Koh Khao Yai Info lanjut klik page  Karlisa Travel  atau whatsapp Puan  Karlisa Mikael +66887553209 # satunwonderlandsiri3 Koh Bulone Karlisa Travel Koh Bulone Karlisa Travel Koh Bulone Karlisa Travel Koh Bulone Karlisa Travel Koh Bulone Karlisa Travel Koh Bulone Karlisa Travel Koh Bulone Karlisa Travel Koh Bulone Karlisa Travel ...

Satun Wonderland Siri 2

Satun Wonderland Siri 2 Semalam kita dah cerita tempat tempat menarik sekitar Pekan Satun, Thung Nui , Ban Khuan , Tanyong Po , Tammalang dan Khuan Don. Tamat 2H1M dan hari yang kedua ni kita ke Pak Bara pula. Dari Border Wang Kelian atau Wang Prachan lebih kurang 71km ke Pak Bara View Point. No.1  Dulu dataran ini dikenali dengan nama " Sib Pek Lan atau 18 juta " . Kini ia dikenali dengan nama Pak Bara View Point, simbol ikan malin yang banyak di perairan Andaman. Disini anda boleh selfie , bersantai makan ais kelapa ,somtam , pulut ayam bakar dan lain lain. Setiap petang Sabtu dan Ahad ada Nat disini. Klik link berikut https://goo.gl/maps/AspAJd53uzL2 dari Border ke Pak Bara View Point. No.2 Setelah puas selfie , pi check in bilik dulu, mandi ka , lebih kurang , satgi nak pi makan seafood pula. Ada banyak resort dan hotel menjadi pilihan tapi saya rekemen tiga saja. No.3 Dah siap mandi dan pakai lawa lawa , pi makan pula di Nava Seafood . Saya rekemen Tomyam Seafood dan Ken...

Hotel dan Resort Di Pak Bara Satun

Hotel dan Resort di Pak Bara Satun, Thailand yang dicadangkan oleh CJS :- 1. Thamalai Resort Jumlah Bilik 1. Bilik VIP ( 1 bilik 1 King Thb1000 ) 2. Bilik Std ( 1 bilik 2 katil Thb800) 3. Bilik Std ( 5 bilik 1 King Thb800 ) 4. Bilik Bajet ( 2 Bilik 1 Queen Thb500 ) Harga dari Thb500 - Thb800 semalam Lokasi berdekatan Pak Bara View Point Tokey Islam Booking Whatsapp :  Whatsapp  :  +66830 948 948  https://wa.me/66830948948 Lokasi :  https://goo.gl/maps/PaSZezfHduM2 Booking Thamalai Resort ( copy/paste ) Nama : Check In : Check Out : Total Room: Remark : =============================================== 2. Langka Beach Resort Harga : THB1000/mlm seaview Lokasi berdekatan Pak Bara View Point Tokey Islam Booking Whatsapp :  Whatsapp  :  +66830 948 948  https://wa.me/66830948948 Lokasi :  https://goo.gl/maps/xxYRRWAFXir BOOKING LANGKA BEACH RESORT ( copy/paste ) Nama : Check In : Check Out : Total Room Rema...